Kemelut kedah akhirnya diakhiri dengan perletakan jawatan mb sedia ada dan istiadat perlantikan mb baru... sepanjang dua minggu ini kita di dombakan dengan pelbagai isu yg membabitkan kedua-dua tokoh politik ini. Namun yg menarik hati saya adalah isu perbandingan akedemik yg diutarakan....
Saya bukannya menyokong Ahmad Bashah. Apatah lagi saya bukan rakyat kedah. Selaku generasi pelapis negara, DMM seolah mewakili pembawaan kami. Tapi sebagaimana yg saya pernah dan berkali war-warkan... perbandingan akededemik formal ini hanya satu paremeter diantara beribu paremeter lain... yg memegang ijazah belum tentu berjaya dlm hidup. Jika tidak.... tak lah graduan hari ini seolah mengemis...
Seorang pemimpin yg mempunyai latar akedemik yg luas adalah satu kelebihan kepadanya dan contoh tauladan kepada rakyat. Namun jgn direndahkan potensi individu yg tidak mempunyai latar belakang sebegini.
Kita telah dijajah dari kecil lagi bahawa kepandaian hanya diukur dari sudut akedemik....!!!!
Sedangkan parameter kapandaian sangat luas...
Bijak dlm akedemik tapi tidak pandai menggunakan ruang dan peluang tidak berjaya juga... kalau benar generai y dan z yg dimonopoli oleh graduan ini bijak pandai... tidak pekerjaan pilihan hanya tertumpu kepada anggota perkhidmatan awam, exec syarikat dan lain-lain pekerjaan yg dipersepsikan standard dan kurang risiko. Industri yg penting dan menjanjikan pulangan tinggi kurang dipandang khususnya bidang perniagaan atau pertanian. Mungkin kerana tidak bertali leher.... modal.... tiada sokongan....
Kerajaan perlu memandang serius perkara ini. Jika generasi muda tidak mewarisi perkara ini industri ini dikhuatiri dimonopoli oleh warga asing atau export barangan asas negara terus meningkat.
Graduan-graduan ini diharap dapat memperluaskan bidang pertanian berskala besar, perikanan berteknologi tinggi seterusnya meninggikan status bidang usahawan tani ini. Atau memilih bidang pernigaan yg lebih komersil bagu membesarkan penguasaan kek ekonomi tempatan.
Benar.... utk melakukan semua perkara tersebut tidak perlu akedemik yang tinggi. Namun sokongan akedemik ini diharap dapat meluaskan pandangan dan mewaraskan pemikiran....
Saya bukanlah menyokong ahmad bashah... tapi perbandingan akedemik tak sepatutnya dibuat.....
Belajar, pembelajaran dan ketinggian akedemik perlu dijadikan satu "budaya".... bukan "berjaya".
Ilmu sepatutnya mewaraskan pemikiran. Orang yg berilmu bukan tertakluk hanya kepada pemegang ijazah.
Perbandingan akedemik bukanlah sesuatu yg bijak untuk dilakukan apatah lagi diviralkan....
Kalau sekarang pun dah banyak kenyataan-kenyataan seperti "berjaya tanpa ijazah"... takut takut nanti budaya menuntut ilmu ini longlai dan mati.... sebab menuntut ilmu untuk berjaya... untik dapat kerja, bukan menajamkan akal yg ada. Kalau dah tak ada ijazah pun boleh berjaya, tak payahlah bersusah payah masuk IPT. Yg dapat ijazah belum tentu dapat kerja. Persepsi ini ditakuti menjalar ke generasi kemudian hari.
Sebeb itulah menuntut ilmu kena tanam dlm minda kerana Allah
ReplyDeleteRezeki Allah bagi, ilmu Allah bagi. Usaha kita cari.
Walau masih ramai yg bergantung mencari kerja dgn 'kertas' yg ada tapi sudah ada juga yg kakak lihat yg ada 'kertas' menceburkan diri di bidang pertanian/perniagaan sendiri.
mama komen ...sudah lama tidak membaca tulisan kamu..
ReplyDeletepd perhatian mama ...anak anak yg masih dibangku sekolah dan sememangnya mereka itu malas belajar AB inilah menjadi ukuran mereka...apa yg mereka perlu adalah air liur/ BOLEH berhujah cukup
jgn ikut AB dia mengkin yg terakhir pilihan PM ..