Minggu ini adalah minggu terakhir bagi tahun 2010. 2010 telah menambah satu tahun lagi pengalaman kepada saya. bagi saya 2010 adalah tahun tranformasi diri saya.
Menjadi Bonda.
2010 memberi pengalaman saya sebagai seorang ibu untuk seorang puteri. saya ucapkan terima kasih buat mama yang mampu mendidik kami berlima dengan jaya sedangkan saya masih terkial membesarkan hanya seorang cahaya mata. pengalaman menjadi ibu mendidik saya berfikir labih jauh. jauh lebih hadapan. cuba membina satu masa depan mungkin. buat saya jika berkesempatan terutamanya anak dan generasi penyambung waris saya. sehingga hari ini saya masih lagi berfikir... bonda yang bagaimana saya mahu jadi. garang? lembut? tegas? saya masih belum ada jaapan. saya biarkan sahaja masa berlalu menjadi diri saya.
Kerja
tahun 2010 masih belum memecah rekod sibuk saya pada tahun 2007. tahun ini saya rasa cuma sekali atau dua sahaja saya pulang lebih jam 10 malam. Namun saya kira tahun ini mencatat rekod caca merba dalam kerja. saya bukan lagi hanya membuat tugas hakiki tetapi lain-lain tugas yang di arah dari masa kesemasa. agak remeh apabila tidak dapat fokus hanya dalam sesuatu kerja. Remeh tapi pengalaman untuk saya dalam membina kemahiran multi tasking dan berlajar memfokus pelbagai pelkara dalam satu masa.
Bos Baru
Tiga tahun saya bekerja memberi pengalaman bertemu dengan 5 persenaliti yang bertanggungjawab sama ada langsung atau tidak dalam kerja saya di organisasi saya. lain bos lain caranya. tugas saya menyelesaikan seperti yang diarahkan. ada yang memberi kebebasan penuh kepada saya (sehingga saya seperti merasakan tiada bos), namun ada juga yang memantau setiap perkara yang saya lakukan. keduanya ada pro dan kontra. kebebasan memberikan saya berdikari, belajar sendiri dan lebih berinisiatif dan berani membuat keputusan serta berani mengambil risiko serta bertanggung jawab terhadaop setiap tindakan. Pantauan pula memberikan sedikit jaminan perkongsian tanggungan risiko kepada saya dan juga perkongsian maklumat dan pengalaman yang lebih efektif.
Perubahan persekitaran kerja dan personaliti
Saya merasai perubahan persekitaran kerja saya. lebih banyak isu-isu remeh mengganggu kerja dan pemikiran saya disini. perubahan yang bukan saya klasifikasikan tidak kondusif untuk bekerja. Tiga tahun bekerja bagi saya baru setahun jagung. namun sudah cukup untuk mengubah sedikit persenaliti saya. hujung tahun ini lebih-lebih lagi saya rasakan. cuba saya tepis namun saya harus menghadapi kenyataan. saya lebih serius, lebih tegas dan lebih garang. mungkin bukan ciri-ciri yang saya idamkan.... harus saya perbaiki. hujung tahun ini sahaja dua kontraktor saya marahi kerana kelewatan prestasi kerja.... (tahun 2007-2009 saya tak pernah marah sesiapa pun). Kalau saya biarkan saya, masa hadapan saya.... ; saya dapat bayangkan saya adalah seorang bos yang garang.. haha.
Rutin Harian
Tahun ini mungkin bukan rekod sibuk bekerja namun rekod saya sibuk dalam hal ehwal rumah tangga. menjadi seorang ibu, isteri dan pengurus rumah tangga menjadikan saya tidak keruan. apatah lagi dengan perubhan kerja suami yang memerlukan dia komited dalam kerja dan sering pulang lewat. menjadikan saya agak sendirian. ditambahlagi saya merasakan saya belum lagi mencapai stamina saya sebelum mehirkan puteri saya. saya lebih cepat penat menjadikan banyak tugasan rumah tergendala.
timba pengalaman
Saya simpul kan tahun ini saya harungi pelbagai pengalaman yang meninggalkan pelbagai kenangan. pastinya lebih mematangkan diri.
No comments:
Post a Comment