Wednesday, September 26, 2012

Murah rezeki

Hari ni saya ke ofice....
Dari 2.30 sampai 4.30
Saja skodeng bilik saya....
Tak adalah blur nanti.

Sebenarnya cuba tolong mama buat cadangan untuk persidangannya ahad ini
Cari bahan kat internet.

Cuba risik surat tranfer yang baru
Belum dapat lagi.
Yang lama punya bulan 6 hari tu
Tapi dah ditangguhkan

Tapi saya jumpa satu surat yang best

Surat pengesahan kenaikan pangkat
Alhamdulillah
Dah confirm pun
(Mod hati sedang berbunga naik lagi gaji)

Alang2 dah duduk kat ofice tu terus semak borang gaji tertunggak yang kerani saya dah siapkan.
Ingat nak remind buatkan penyata perubahan terus
Cepatlah sikit gaji baru saya masuk
Rupanya dah buat pun
Cepat betul kerani saya ni buat kerja...
Selepas pelarasan masuk gaji baru dan tarik balik elaun memangku saya kena bayar kat kerajaan 900...

Huk huk...
Selama ni kerajaan terlebih bayar elaun memangku kah?
(Secara logiknya tidak masuk akal- otak saya sedang mengira dgn pantasnya)
Sib baiklah kerani saya tak hantar ke akaun lagi.
Jadi saya query kat akauntan yang 10 tapak dr bilik ofice sy
Beserta slip2 gaji saya
Rupanya ada figure yang salahfaham
Maka angka negatif di bawah sekali pun brrtukar kpd positif

Seronok betul kacau mama mukhsin ni(akauntan)
Sangat Komited mencari dan menyiasat figure mana yang menyababkan saya akan dipotong gaji....

Semoga saya dan keluarga sentiasa akan dimurahkan rezeki....


Monday, September 24, 2012

Cuti dah nak habis...!

Cuti cuma berbaki seminggu sahaja lagi. Pejam celik dah 3 bulan...
Akan kembalikah kepada dunia hactic life. Harap harap lambat lagilah surat transfer saya ke hq.
Lagi lambat.... lagi bagus. Kalau tak nak kena berulang kajang-kl.
Tempat kerja sekarang sebelah rumah sahaja....

Macam aiesyah dulu jugak...
Bila nak masuk kerja barulah strugle nak membotol susukan abu bakr....
Adik dah nak masuk 3 bulan...
Dah tau pulak dia rasa susu fresh dengan susu yang disejuk beku....
Susu simpan payah betul dia nak minum....
Aiesyah dulu main belasah je....

Lagi tak best bila masuk kerja hujung tahun ni...
Lagi banyak masalah...
Nak tutup buku tahun 2012.
Tapi tahun ni best sikit...
Bajet saya kan 00.00
Jadi tahun ni tak tutup buku sendiri.
Tolong org lain tutup buku je...
Tak adalah saya nak gaduh ngan orang lagi kan..

Keh keh.... tu cerita tahuh lepas
Dengan org no 2 kementerian saya ngamuk.
Tapi baguslah datuk K..
Saya ingat dah kena trasfer ke ministry lain.
Tak sangka pulak dia yang sampaikan sijil kecemerlangan saya...
Siap cakap...
Kalau nak dapat anugerah kecemerlangan tahun depan gaduh lah lagi dengan dia...
Tabik saya pada datuk yang very sporting n open minded
Tapi cam ner saya na gaduh ngan datuk.
Saya dah tak pergi meting datuk.
Tak ada mende nak report
Bajet kan 0.

Kp saya pun dah nak retire
Tahun depan tampuk pimpinan orang lain.
Dari saya masuk kerja sampai sekarang ni je lah kp saya
5 tahun saya dengan nya
Pe-elnya pun saya faham...

Lain orang lain lah pulak ragamnya...
Itu pun kalau sempat saya nak merasa sblm ke hq

En wan kata mintak je,lah transfer ke ministry lain di putrajaya
Boleh gi kerja sesama
Tapi bila pindah ke ministry baru
Rasa cam junior balik..
Nak kenal orang..
Orang pun baru nak kenal kita.

Kat kementerian lama
Sebelah ksu pun kita dah duduk
Kat ministry baru belum tentu,.....

Kat ministry lama banyak bos bos dah kenal kita
Jadi bila job rotation kita dapat post yang strategik sikit
Sebab bos lama akan tolong promote nama kita
Tolong melobi....

Tapi nak kena hati hati
Baik kita kerja
Harumlah nama kita bos bawa
Kalau macam cangkul kita kerja
Busuklah nama kita dia sebarkan.....

Ironi kehidupan,.....

Friday, September 21, 2012

Wednesday, September 19, 2012

Hentikan modul luar dpa?

Saya dikejutkan pemergian rakan seperjuangan...
Ini adalah kematian kedua dalam tempoh dua tahun.
Tahun 2010 dan 2012.

Keduanya ketika menjalankan modul tentera....
Yang pertama di kem jugra. Kali ini di kem wataniah pekan

Ketika tragedi 2010 terjadi
Semua pegwai pengajar diploma pengurusan awam (dpa), ditukarkan serta merta.
Dalam usaha untuk tidak mengulangi tragedi ini.
Modul luar dpa disemak kembali.

Yang telah tersurat tetap akan terjadi....

Masyarakat bertanya kembali...
Perlu kah pegawai tadbir diplomatik (PTD)kerajaan menghadiri kursus yang dikatakan merbahaya ini?

Masing-masing punya pendapat sendiri...

Bagi saya..
Modul luar bukan sesuatu yang vital...
Mungkin Hanya memberi nilai tambah

Amnya... hampir semua rakan seperjungan saya mengakui
Tanpa modul luar
Dpa adalah hampir bosan dan biasa
Modul luar menjadikannya sedikit luar biasa....
Namun berikanlah seguni ringgit di depan mata
tak akan mahu saya ulang semula..

Tatkala saya berkursus...
Modul bomba memang mencabar fizikal
Modul OBS yang mencabar mental
Modul polis dipertengahan antara keduanya
Modul tentera gabungan keduanya (fizikal dan mental)

Mendaki gunung, merentas paya
Merentas lautan 10jam dengan berkayak
Bersengkang mata dihutan malam hari...
Memikul beban lebih dari 15kg membawa O2 tank
Push up, star jump dan lompat lalat lebih dr 100x setiap satu
Dikerah, diuli.... hingga sebati semua aktiviti lasak dengan kami
Bunyi dentuman pistol senapang juga kami telah lali
Memang antara pengalaman yang tidak seorang pun antara kami akan lupakan...

Merbahaya...?

Saya tak pasti modul luar dpa sekarang...

Saya optimis bahaya ada dimana2
Dihutan, di lautan, mahupun dijalan raya.
Risiko tetap ada dimana-mana.
Modul luar dpa, tetap mempunyai risiko sendiri...

Antara kami usianya berbeza-beza
Ada teruna dara
Tak kurang yang anak sudah tiga
Ketahanan memang tidak sama

Tatkala fizikal dilanyak,
Mental di asak
Pemikiran kadangkala jadi separuh masak.

Apa yang saya mahu ketika itu
Hanya menghabiskan modul tanpa gagal....

Kerana itu kami sentiasa diingatkan
Sentiasa berhati-hati dan jaga keselamatan

Apa pun bahaya yang saya lalui...
Saya akui
Modul luar memang menguatkan mental dan semangat kami.

Pegawai dan pengajar dpa saya kira pasti gusar
Apa lagi yang perlu di tambah dan di bubar...
Semoga kalian lalui ujian ini dengan penuh sabar...

Kepada pelajar diploma pengurusan awam 2012
Semoga anda semua tabah dan gagah dengan dugaan ini....

Al fatihah buat arwah Aldy Hasmi Abu Hasan...
Semoga pemergian nya tidak disia siakan
Buat iktibar kita yang menguruskan 'kehidupan'
Memperbaiki segala kecacatan

Buku Tuhan sedang menguji...

Heaven on earth

Balik kampung at num 11 kampung guru, selama
Menghabiskan hujung syawal di sana..
Full house...
Kecuali abang nizam yang di sepanyol...
Hujung minggu ini baru balik.

Sempat memanggang ayam percik.
On the evening
Mama buat pisang bakar...

Sooooo yummy, said aiesyah...

Pisang bakar cicah kelapa parut

Sekali sekala
Back to the past
Seronok.....

Aiesyah dapat jumpa siti balik.
Siti dah kurus
5 hari di hospital...
Tapi kali ni dah tak gaduh.
Tak ada lagi aksi tarik rambut
Dah main elok
Sesekali bergduh rebut mainan...

Seronok aiesyah dapat jumpa nenek kesayangan
Sampai di kajang masih tanyaka nenek...

Tunggu bukan depan pulaklah ye my dear...
Kita balik kampung lagi....




penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...