Monday, November 05, 2012

Duhai wanita; Bersoleklah




Ha.. ha… cikgu bolian mesti suka entry ini (sebab dia selalu membebel pasal saya yang liat bersolek). Entry ini ditulis untuk memotivasikan diri sendiri yang memang selama ini teramatlah sempoi. Bila saya keluar hanya menyapu sunblok sahaja. Nasib baik sunblok saya adalah foundation jugak… maka nampaklah seperti berbedak sikit.

Hukum bersolek bagi wanita adalah harus. Bagi ulama-ulama kontemporari seperti Al-Qadrawi, wanita sememangnya bersifat cantik dan suka akan kecantikan dan hiasan. Kata Abdul Halim Abu Syuqqah, dalam bukunya Tahrirul Mara'h fi asri arrisalah, berhias pada wajah dalam batasan wajar adalah HARUS bagi wanita. Lagipun, memang fitrah wanita suka berhias....dalam batas.

Lat say that dalam batas adalah sekadarnya. Nampak kemas. Tidak berlebihan. Tak juga Nampak macam plastic apatah lagi opera cina. Atau paling senang untuk difahami, bila kita bersolek orang kenal… kita tak bersolek pun orang kenal dan cam lagi. Tidaklah sampai bila kita bersolek orang dah kurang pasti (bagi yang jarang bersolek) ataupun kalau kita tanggalkan solekkan orang dah tak cam kita (bagi yang selalu bersolek). Nampak sangatlah solekkan itu dah mengubah wajah.

Senangkan faham. Ok. Dalil bagi wanita bersolek ini dipinjam dari blog ustazah Fatimah sharha seperti berikut:

Dalam satu hadis sahih Bukhari Muslim, ada sahabiah bernama Subaiah binti al-Harits. Dia ditinggalkan suami. Bila nifasnya berakhir (habis iddah), dia bersolek untuk tarikan para peminangya. Seorang lelaki bernama Abu Sanabil bin Ba'kak datang kepadanya lalu bertanya, "Aku lihat kamu bersolek, kamu nak nikah lagi ke?" (Dalam Riwayat Bukhari kitab Talaq). (Dalam riwayat Bukhari Kitab Peperangan pula disebut), lalu Abu Sanabil meminangnya. Tapi Subaiah enggan berkahwin dengannya."

Jika ada pihak tak mengizinkan wanita bersolek sedikitpun, ia seakan-akan mahu mengongkong wanita berada dalam tempoh iddah sepanjang usianya. Luaskan ufuk minda dengan apa yang Islam longgarkan. Boleh beli bedak, krim pelindung matahari, celak, pelembap bibir dan seumpamanya.

Bila solekan wanita keterlaluan, ada ulama menegur. Kata Al-Qaradhawi, "Saya tidak memuji wanita yang meletakkan terlalu banyak warna pada wajahnya." (from blog sebarkan bahagia.blogspot)

So Jadi lepas ini marilahlah rajinkan tangan mencalit di muka. Kalau ikut “pada hemat saya’ style… macam biasa sunblock with foundation jenama Marbella. Saya sangat suka dia dan tak jumpa sunblok yang lebih best dari ini (mungkin sebab dah skali dengan foundation kot). Bedak asas Silky White. Hanya brand ini sahaja yang kena dengan kulit saya yang mudah gatal dengan brand-brand lain walaupun brand lain lebih mahal… dan silky white ini tersangatlah murah. (saya pesakit enzemma jadi pencuci muka dan sabun badan pun soap free). Tapi jarang pakai bedak asas sebab dah pakai foundation. Calit lip balm with gloss and sheer color skit. Haha… dah siap. Sempoi sangat. Cuuu pakai lipstick sikit ke…  

Saya pernah ada (masih ada lagi) eye shadow, pemerah pipi, conciller, eye liner dll. Tapi rasanya dah 3 tahun tak pakai. Tapi seandainya saya pakai pun… orang tak Nampak saya pakai pun… bagi yang suka, saya recommend jenama Kate. Sebab dia bagi Nampak bayang-bayang just nice sahaja untuk serikan wajah saya yang gelap tak putih ni. Hek eh.. cam perunding kecantikan pulak. Brand yang glamer memang tak mesra dengan saya… buat kulit saya gatal, dan muncullah ruam-ruam enzemma. Jadi bila dah dapat yang mesra alam dengan saya… saya akan setia pada yang itu sahaja.

Saya juga jarang menggunakan produk kecantikan tetapi lebih suka kepada produk penjagaan seperti pencuci muka, repair/night krim dll produk penjagaan (sangat susah mencari yang sesuai dengan kulit). Bagi yang mengalami masalah seperti saya… sila lihat ingredient. Saya tak pandai sangat… tapi saya guna pesan doc kat saya… cari produk yang soap and perfume free. Jadi biasanya tak wangilah….

Apapun yang kita calitkan… jangan lupa senyum… senyum buat muka kita lebih berseri tanpa perlu sebarang calitan dimuka…
Senyumlah….

No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...