Wednesday, December 26, 2012

Civic Hybrid Car Review


Setelah 3 bulan try hybrid car ini…
Bolehlah dibuat sedikit kesimpulan bagi pengguna lain yang mencari review hybrid car terutamanya Honda.

Car Types: Civic 1.5 hybrid

Tech: 1497 cc I4 i-VTEC petrol SOHC engine with Integrated Motor Assist (IMA) electric motor; 110 ps; 172 Nm (outputs are for engine + electric motor); lithium-ion battery pack, CVT

ini bukanlah kereta saya...
Tidak ada lain yang istimewa mengenai hybrid car selain daripada kereta ini terserlah dengan penjimatan minyak. Selain daripada teknologi hybrid yang digunakan, kereta ini angat mesra mengguna untuk membawa kereta dengan betul (bagi tujuan penjimatan minyak cara manual). Kenapa? Sila lihat gambar berikut:



Warna pada skrin ini menunjukkan cara pemanduan. Sama ada cara pemanduan yang eco friendly (hijau), sederhana (hijau biru), atau amatlah menggunakan minyak (biru). Jadi ini menyebabkan pemandu akan cuba maintain cara pemanduan (press and speed) supaya warna biru tu jarang keluar.
tak ada gambar yang exact untuk parameter anggaran guna minyak ni. jadi boleh rujuk gambar ini. kat atas kanan adalah parameter minyak. lep[as tu ada speed '0' dan disebelah speed itu adalah parameter anggaran penggunaan minyak per liter.

Ini adalah parameter penggunaan anggaran penggunaan minyak liter/km merujuk kepada cara pemanduan semasa. Jadi lebih kilometer lebih bagus cara pemanduan driver tersebut.

  
Cruise control, membolehkan pemandu remain speed dan menyebabkan penjimatan minyak tahap optimum.

Auto stop… auto stop akan active bila kereta sedang di ‘break’ dan gear mod drive. Jadi kenderaan ini amat jimat minyak pada ketika keadaan sesak mengharungi Jem di KL. Tapi bila auto stop active, kereta berada dalam keadaan mati (enjin mati), jadi air-cond ada blower sahaja. Bagi yang tak suka mod auto stop pasal air cond tak sejuk tukarlah gear lain selain ‘D’ maka auto stop akan deactivate. Tetapi tindakan ini tidak membantu penjimatan minyak dan skrin akan berubah jadi warna biru… (pun tak ada gambar)

Bagi penjimatan minyak menggunakan teknologi hybrid pula ada beberapa peringkat. Gambar di bawah menunjukkan 5 helai daun readiness penggunaan teknologi hybrid pada kereta. Peringkat pertama hanya ada 2 helai sahaja daun ini. Bagi pemandu jarak dekat macam saya. 3 bulan baru keluar 4 helai. So saya anggarkan 5 bulan baru complete 5 helai daun ini.

ini adalah statement yang ditunggu-tunggu (pasal kalau saya pun saya nak baca yang ini sahaja...)
Ketika 2 helai daun ini, penggunaan minyak bagi 300km (KL-Taiping) adalah lebih kurang RM35-45(ikut cara pemanduan). Bila 4 helai daun ini keluar penggunaan minyak telah berkurang kepada RM25-35. jadi buatlah anggaran sendiri bila complete 5 helai daun ini keluar… ( RM 15 ???? )… ini adalah pengalaman diri sendiri. driver lain mungkin lebih jimat kot. pasal pemanduan saya ni tak lah maintain eco-friendly. nanti bila dah complete 5 helai daun ni saya update lagi...




skrin ini adalah multifunction skrin. selain daripada tunjuk imej ini, ada juga imej clock, radio skrin, anggaran jarak yang boleh pergi sebelum minyak habis...
Skrin ini akan sentiasa memberi tahu jenis mod penggunaan tenaga kereta, sama ada menggunakan minyak, bateri atau kedua-dua nya.

Diakhir pemanduan, kereta ini akan bagi markah kat kita. namanya eco score. kalau dapat penuh baguslah kita bawak kereta. tapi kalau setakat dua tiga pokok... tak berapa baguslah tu.
ada 5 pokok. bagus tu. tapi pokoknya baru 2 helai daun. boleh grow sampai optimum saving fuel 5 helai. bila parameternya dah sampai kat 5 helai daun... bolehlah isi tank minyak sebulan sekali....


Disadvantages: tak ada kekurangan yang ketara bagi hybrid civic. Tapi kalau nak juga bolehlah di senaraikan seperti berikut.
1.     Bateri hybrid perlu diganti dalam tempoh 5-10 tahun (ikut penggunaan biasanya 8thn) dan sekali tukar RM 8k. (so duit jimat minyak tu kumpullah untuk ganti bateri ni nanti).
2.    kereta ini memang tak boleh jalan kalau tak ada minyak. Jadi walaupun boleh guna bateri, bateri tu hanya support minyak sahaja…
3.    buat masa ini Honda memang tak buat pilihan untuk civic hybrid sebab tak di keluarkan (kilang) bagi pasaran asia tenggara ini. Jadi civic hybrid yang ada adalah datang seketul dari Jepun hanya dengan satu spec sahaja. Jadi kalau berhajat nak kurangkan harga dengan tukar leather seat kepada fabric… atau tak nak paddle shift dan cruise control,  Honda tak dapat nak tolong. Tapi di masa akan datang mungkin boleh… (tapi harga pun mungkin dah tak ada subsidi - sekarang gov ada subsidi for hybrid car...).

Jom layan gambar-gambar ni

interior adalah sama dengan civic 2.0. complete with paddle shift, cruse control and leather seat


keyless key...

Push start button. pastikan key seperti yang ditunjukkan di atas ada bersama anda...

11 comments:

  1. macam mana nak tahu dia guna bateri atau minyak dari skrin diatas.anak panah bateri point to bateri maksudnya kereta tak guna bateri?anak panah minyak point to the car means kereta guna minyak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikut penafsiran saya pun macam tu jugak... ada beberapa keadaan. anak panah dari bateri kereta... (sedang menggunakan bateri), anak panak minyak ke kereta (sedang menggunakan minyak), anak panah bateri dan minyak keduanya point ke kereta (sedang menggunkan kedua-duanya), anak panah dari kereta ke bateri(sedang charging bateri)....

      Delete
  2. Multifuntion Screen tu boleh tukar wallpaper.. hee~

    ReplyDelete
  3. jgn beli hybrid bro, sekali batery kong...dekat rm10k... x smpai 5 thn blh kong dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf. saya tak bersetuju. Honda keluarkan warranty bateri sehingga 8 tahun. Penggunaan kereta saya sangat tinggi. 4 tahun penggunaan dengan perjalanan dah mencecah 180 ribu kilometer. bateri masih ok dan masih jimat minyak berbanding our second car proton iriz. condition kereta pun masih tip top. yang rosak cuma auto on/off side mirror yang bagi saya tak kritikal. saya jangkakan 7 tahun penggunaan kereta perjalanan akan mencecah 300 ribu kilometer.

      pengiraan mudah, sekiranya harga bateri mencecah 10k dibahagi dengan 300k perjanalan, kos bateri jatuh 0.0333 sen per kilometer. atau RM 10 setiap 300 kilometer (jarak perjalanan kl-taiping). sedangkan kos penjimatan minyak setiap kali saya pulang ke kampung hampir RM 20. (iriz / wira = RM 50-60. Cyvic hybrid = 30-40) masih berbaloi kan??? dengan RM10kmacam mahal. don't run into unfair jugdement. kurang-kurang buat analisis mudah walaupun tak berapa nak tepat. tapi boleh dijadikan parameter pertimbangan.

      ini pengalamana saya yang as owner of hybrid car. owner lain bolehlah buat review masing-masing. mungkin owner lain ada masalah. yang bukan owner boleh buat penilaian sendiri.

      Delete
    2. Tak jugak..bateri ok jer. Harga beteri dlm rm4k jer...mana ada sampai rm10k...mengarut jer

      Delete
  4. kenapa kereta civic hybrid second hand ni murah?range dlm RM 40k ke atas je...ada problem ke dari segi second hand value

    ReplyDelete
  5. Kereta sy dh msuk honda utk check masalah (ima system checking, beteri system checking, dan break system checking... Lps kluar honda dia ckp beteri dpn kong n sy dh tuka baru pn masih ada masalah tu... Malah lg teruk bila start bunyi x smooth mcm sblom ni... Bunyi mcm kita start keta biasa... So mcm mna jln penyelasaian?

    ReplyDelete
  6. petang tadi baru balik dari honda service centre dengan seribu penyesalan. Kalau beli honda yang bukan hibrid pun tak apa. Ceritanya pagi tadi wife bawa kereta honda civic hibrid utk hantar anak ke sekolah. lepas call saya di ofis apa yang jadi...saya suruh dia bawa ke honda service centre dan saya tunggu disana oleh kerana dah macam2 indicator warning nampak kat speedometer katanya. Sampai di service centre...kereta kena scan. Masuk pagi petang baru tau keputusan. Detail juga scanner diorang ni. keputusannya amat mengejutkan kerana dikhabarkan bateri telah sampai pada penghunjung hayatnya dan perlu tukar. Nak tukar plak rasa macam kena buat loan sebab harga yang dikatakan RM5k-RM8k dah jadi RM10k buat masa sekarang. Hairan juga...sepatutnya turun harga tapi lagi naik harga.Makin lama makin menyampah bila dengar teknologi hibrid...makin lama simpan makin tinggi penyelenggaraannya. Daripada motor Side mirror rosak berjangkit pula pada button on/off side mirror. Selang lepas tu berjangkit pula dekat panel control aircond yang harganya RM2.4k. Lepas tu plak...compressor aircond plak buat hal...harga makin meningkat RM5.5k. Reverse Sensor pun rosak pun belum tukar lagi..sekarang ni bateri IMA plak dikatakan rosak. So gear box pun macam menunggu giliran dan mungkin bakal menanti kepada kerosakan. Spare part hibrid ni dah jadi mahal rasanya.Sebab terlalu special hinggakan spare part pun kena cari yang jenis hibrid juga. tak boleh sebarangan pakai spare part. spark plug pun kena pakai jenis irridium. harga satu RM80. So hibrid plak pakai 8 unit spark plug. Hmm bayangkan betapa tinggi maintainence teknologi hibrid ni.

    ReplyDelete
  7. Hallo....mslh awk...sama mcm sy...pg td dh anto kete ke Honda centre utk wwt pemeriksaan..ni br pihak Honda call...mklm kn...jangka masa cek mybe ambik mase...tp skrg pihak honda dh pastikn...bateri hybrid dh bermasalah....skrg tgh tg information dr pihak honda KL ttg warranty bateri tersebut...hrp2.....xde dtg dugaan yg berat...

    ReplyDelete
  8. Bertambah la kawan2. Sy pun pakai civic hybrid 1.5 tahun 2013. Kete xada masalah. Saya ikut je jadual servis dia tu. Cumanya mcm penapis yg dlm enjin dan air filter aircond sy beli kt luar or online. Lebih murah. Kete tu sy pakai cukup2 6 tahun. Mileage 240,000 km. Pastu dah trade in. Beli kete lain pulak. Hehe. Kalau tuan2 masih pakai civic hybrid lgi. Join la group facebook honda civic hybrid seluruh dunia. Kat situ ada masalah yg simple. Utarakan saje. Biasanya ada jawapan. Mcm tiba2 kete sy rosak sensor. Rupanya sensor xrosak. Bulb yg terbakar. Tukar bulb terus ok.Diy je. Rakan kt facebook byk membantu. Sedikit perkongsian dripada sya. Tq

    ReplyDelete

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...