Abdul Rahman bin Auf
kekayaannya memang luar biasa…Kakayaan hartanya tidak terlihat pada dirinya
yang sangat merendah diri dan bergaul dengan semua lapisan masyarakat. Walaupun
mempunyai kekayaan yang luar biasa hebat… dia terserlah dengan kebaikannya…
Sebaik tiba dimalam hari…
dia memasukkan duitnya ke dalam guni lalu mengetuk pintu-pintu kedai…
“Apa hajat mu malam-malam
begini”
“aku mahu bayar hutang”
“Kamu ini Abdul Rahman bin
Auf. Kamu kaya raya dan tidak berhutang…”
“ Ya aku tidak ada hutang.
Tapi aku kemari untuk membayar hutang saudara-saudara ku. Tolong maklumkan
kepada ku sekarang siapa yang berhutang dengan mu, akan aku langsaikannya saat
ini”
Itu Abdul Rahman… tak
hairan dia dijamin syurga dengan perwatakannya sebegitu rupa dahsyat baiknya…
Jangan pula kita jadi jutawan Alibaba… macam ali baba dapat seguni harta dari gua. Balik rumah dah berubah gaya…
cara jalan… cara batuk… cara duduk… semua berubah… nasib baik ali baba ada otak
waras nak berfikir…. Tak teruskan gaya-gaya yang dah nampak macam beruk dapat
bunga…
Sebagai manusia yang
kurang ilmu… kadang-kadang saya bertanya (tertanya-tanya) biasanya suami jadi mangsa… terutama bila
menonton TV. Lihat perkahwinan yang bagai kayangan. Gilang gemilang…
Banyak betul harta…
agaknya mereka ini memang kaya raya… bagaimana perasaannya bila kita sendiri
yang kaya raya… hidup senang… tak perlu bertungkus lumus bekerja.. harta
peninggalan keturunan makin berganda-ganda..
Itukan godaan dunia… bagi
mereka yang seperti Abdul Rahman… itu jutawan yang berfikir. Dia tahu Allah
turunkan ujian padanya berupa kemewahan dunia. Harta tidak dipinta… tapi rezeki
berganda-ganda… itu pinjaman Tuhan untuk nya.
Bagi yang lupa kewarasan
iman diulit kemewahanTerasa diri kaya rasa walhal miskin di
jiwa
Sebagaimana Sulaiman
Al-Rajhi… yang tidak takut kemiskinan di saat dia memiliki Kakayaan. Miskinkah dia sekarang..? Dihati saya dan jutaan umat yang lain... dia tetap seorang yang kaya dan beharta. Jutawan fakir...
Sesungguhnya kisah
sebegini meruntun jiwa saya. Membuatkan saya kembali tertanya siapa lah saya di
sisinya. Belum cukup garang ujian Nya pada saya, saya sudah pun rasa
kepayahannya..
Cukuplah rezeki tuhan
Semoga saya tidak diberi
ujian yang melupuskan ingatan dan kewarasan
Semoga Allah
terus melimpahkan rezekinya dan keturunanannya (dan juga ibu bapa saya). Amin...
No comments:
Post a Comment