Monday, December 30, 2013

Happy Birthday Aiesyah @ Upin & Ipin mini Carnival

This is how we celebrate Aiesyah birthday last 21st December....
@ upin Ipin Carnival..... 

seawal jam 10.00 kami dah sampai kat bukit jalil ni. waktu ni orang tak crowded lagi.

Emmm... tangkap gambar jugak dengan upin ipin tapi pakai service photo booth dia...RM45... 
reaksi aiesyah dengan adik adalah ekspresi muka aneh dan terkejut...
terkejut sebab tak sangka agaknya upin dan ipin tu sikit punya besar..... tak macam dalam kartun. kecik comel jer kan... sampai budak berdua ni takut nak dekat...
jadi waktu photo shoot tu memang lah ada problem sikit... puas memujuk Aiesyah dengan Abu Bakr sampai terpaksa didukung kedua-duanya.

 Mei Mei dan Mail tengah buat show...
 
Adik memang sangat khusyuk sampai tak mata...

Sheikh Muzaffar pun ada. Aiesyah tak faham pun angkasawan tu apa... dia kata pergi bulan boleh pakai tangga jerrr..


Maskot Mamee pun ada... nampak tak muka adik tu... cam tu jugaklah rupanya waktu tangkap gambar dengan upin ipin.

Banyak jugaklah Aiesyah membeli belah barangan U&I kat sini... programnya memang banyak utk toodler... dari pagi sampai petang. Aiesyah boleh tengok show sambil baring berbantalkan riba Bonda pulak... (cam tengok TV). tapi tak larat nak tunggu sampai petang. dalam jam dua kami dah balik... waktu kami balik tu... baru terperasan yang orang dah bersesak... mujur kami datang awal. 

Selain dari upin dan ipin ada jugak Pada Zaman Dahulu... tapi tentulah tak meriah Upin dan Ipin...

Lain kali bila Les' Copacque buat carnival... nak datang lagi! 






Friday, December 20, 2013

The Curly Gurl Re-Again

Rambut Kakak hanya 2x kali sahaja dipotong. pertama dicukur pada hari ke 10 oleh datuk dan neneak... ke dua ketika berusia 2 tahun... sebab ada ruam yang teruk di leher....


3 Days....

5 Month (dah cukur hari ke 10)

1 Year

1 Year n Half

2 Year


 3 Years

 3 years n half


Tomorrow is Aiesyah 4th birthday....... she will be 4 years...

lambat betul nak tunggu dia genap tahun ... bulan 12....

Happy birthday Aiesyah Humaira




Tuesday, December 17, 2013

Bebelan Hati: Selamatkah tiba ke Destinasi; M, C dan DG




Kenapa pulak hanya 3 skim ni saya sebutkan? Bukan menganaktirikan skim lain… tapi yang tiga ini dekat dengan saya. pertamanya sebab saya sendiri skim M (PTD), Mr Habib Pegawai Sains dan mama, abah, kakak dan hampir separuh sanak-saudara saya cikgu… jadi dekat dihati…. Atau mungkin jugak perlu saya sebutkan Doktor sebab adik dan adik ipar saya keduanya doctor. Dah dekatlah tu dengan Mr habib pun sebab semua mereka di Hospital….

P/S
saya dapat membayangkan... 10 tahun akand atang kalau baca entry ni saya akan senyum sorang-sorang..... mungkin pada waktu tu persepsi saya pun dah berubah....

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
GURU DIHATIKU 

Dari kecil memang usai saya sedar diri… memang itu profesion pertama yang saya kenal… mama kerja apa? Cikgu jawab saya… abah pulak? Pengetua…. Saya sengih lagi. Kata mama mulut saya yang antara pelat dan betul tu memang laju menjawab dan tak tinggal sengih saya yang macam kerang busuk tu. pernah jugak saya kerja jadi cikgu ganti guru yang berhaji dalam sebulan setengah. Kesimpulan yang saya buat… saya ni bukanlah penyabar sangat. Dapat kelas budak bijak… sebang hati saya. Capat je saya melangkah masuk… dapat kelas yang paling bawah masih senang hati lagi. Walaupun tak dikurniakan akal yang cepat belajar… merwka ni kaya dengan busi bahasa dan hormat saya sebagai cikgu… dapat kelas yang ditengah-tengah membuatkan saya melangkah sedikit longlai… nakalnya tak payahlah cakap… emmm… budak-budak panjang akal saya pujuk diri sendiri.

Abah… memang jarang saya jumpa. Sibuk memanjang. Kadang-kadang di ipoh… Taiping… Kuala Lumpur…ada sahaja kerja nya. Lewat malam… itupun kalau kami adik beradik tak tidur lagi baru Nampak kelibat abah. Atau pun tunggu hujung minggu. Kalau tak dirumah pun… abah di Masjid… di kebun… di persatuan…

Jadi cikgu dah macam jadi ibu kat sekolah… bargaduh… jumpa cikgu. Sakit pun cikgu. Yang perempuan datang bulan pun cikgu. Kalau selongkar laci meja guru dalam bilik kelamhiran hidup (mama cikgu ekonomi rumah tangga), macam macam dalam tu. ubat… tuala wanita… kapas. Semuanya complete. Dah macam BPA (biro pengaduan Awam versi sekolah). Hantar ke klinik, hantar sampai rumah…. Belum masuk lawatan-lawatan mama ke rumah-rumah pelajar. Nak tengok layak tak layak dapat bantuan. Tak payah cakap macam mana yang miskin tak mengaku miskin (I give my respect to them), dan yang tak berapa nak miskin menjela alasan mohon dapat bantuan. Dah jadi pegawai kebajikan.

Dalam memori yang samar pernah saya dengar mama komen… macam mana nak bagi bantuan… kata susah… tapi bila datang rumah… anak ada gitar sorang satu… TV complete dengan astro… bila tak bagi marah… buat laporan… cikgu jugak yang kena. nun ha… yang duduk tepi bukit tu,  rumahnya berlantai kayu buluh. Masuk rumah… menderu bau hamis najis dek kerana haiwan belaan dibela dibawah rumah… ayam itik…. Kalau dah lantainya buluh faham sahajalah… memang tak tertapis bau tu… lagi susah… masih hantar anak ke sekolah. Tak ada nak komen merayu macam bagai. Dapat- alhamdulillah. tak dapat bukan rezeki sayalah cikgu….

Mek ayah sekarang dah educated… agaknya cikgu tu tak setandingkah kot. Maka persepsi mesyarakat yang dulunya guru disanjung dan dijunjung tak lagi berlaku dalam dunia saya hari ini… cikgu dikerah dan dierah mendidik anak-anak….

Tapi bila saya fikir balik…. Kalau dah mak dan bapa sibuk memanjang (katakanlah dua-duanya pegawai hospital)… bila masa pulak nak mendidik anak. Kerja sendiri pun tak tentu masa…. Mana tak tugas didikan bersandar pada cikgu seorang…..

Bila mama dan abah dah bersara… anak muridnya ramai… dalam daerah tak payahlah nak lawan…. Malah dah tersebar keserata pelusok negara. Ada yang jadi doctor, engineer, pegawai kerajaan, banyak jugak yang ikut jejak jadi cikgu. Berderet dan berterusan pahala mama dan abah. Didoakan anak murid.

Wa bijami’i muslimin wal muslimat,
Mukminin wal mukninat
Wal mu’alimin wal mu’alimat
Mujahidinna wal mujahidat

Melimpah rezeki mereka hingga saat ini. Selain saham di duania… saham diakhirat pun tinggi lah juga… pahala memberi ilmu kan berpanjangan.
Moga Allah teruskan mengurniakan kesihatan yang baik… dan kesejahteraan yang berpanjangan…
Bertuah sungguh mereka…

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

MENGGADAI NYAWA

Sebelum Mr habib di hospital, dia di DBKL. Buat penilaian harta… penat kata… hampir setiap hari ke site… pergi dari rumah ke rumah… sebab kl punya jalan ambil maklum lah sendiri… jadi dia bermotosikal sahaja… berhujan berpanas…. Waktu tu… kerap jugak dia merungut… perasan saya waktu tu terasa…. Kesian dia… cara dia merungut tu macam kerja dialah yang paling penat betul…. Nak bagi semangat waktu tu…. saya cakap… ada lagi orang lagi susah… lagi penat. Tak tahu saya penerimaan dia…

Bila dia kerja di HKL…. Nah… ni namanya buku bertemu ruaslah… kalau dulu dia rasa buat penilaianlah paling penat. Sekarang dia kerja macam kat kilang…. Non-stop. Nak minum pun tak sempat. Test pesakit beratur memanjang… doctor call asal nak cepat je result. Pagi petang siang malam sama sahaja. Ada kala lewat malam baru dia balik. Hujung minggu bergilir-gilir dengan rakan sejawatan. Dah macam kerja shif saya tengok. Sekejap siang, kekadang malam. Ada memori kabur tentang ayat Mr Habib lebih kurang seperti ini…

“ dulu ingat buat penilaian , berhujan berpanas tu penat sangat…. Rupanya running test sampel pesakit kat hospital ni lagi tak ada life… rasa macam dah tak hidup bermasyarakat dah… kiri kanan depan belakang rasa depenuhi kuman…”

Itu nature kerja di hospital. Nak pulak hospital besar kuala lumpur. Panawar hari Mr Habib waktu tu… dia Cuma ingat dia dapat bantu doctor… dapat bantu pesakit. Lagi cepat dia keluarkan result lagi cepat dapat kenalpasti sakit si pesakit… lagi cepat doctor boleh ikhtiarkan untuk sembuhkan pesakit. Insentif kerajaan memang tak boleh harap. Tak ada elaun lebih masa pun. Saya ingat lagi jari Mr habib pernah cedera… dan akhirnya disebabkan suasana kerja yang dipenuhi sampel pesakit yang bermacam virus/kuman/toksin, ibu jari yang asalnya hanya luka kecil akhirnya membengkak dan di tahan di wad untuk buat operation. Dapat duaminggu MC. Risiko betul bisik hati saya… pun tak ada elaun khas atau elaun kritikal… dalam hati saya… besar pahlanya… tak dapat di dunia…Allah simpan untuknya di sana kelak.

Bila dapat transfer ke Hospital Putrajaya terus dia terima. Tak fikir panjang. Kot lah dapat banyak masa sikit untuk family. Memang betul pun… nature kerja dia sekarang lebih teratur… ada pro dan kontranya. Tapi risiko bermain dengan radioaktif terpaksa diterima. Kalau komuniti di Kulim berperang dingin tak mahu kilang Linus diwujudkan disebabkan kesan radiasi… suami saya hari-hari bermain dengannya , di jarinya, disekelilingnya. Kadang-kadang saya Nampak dia asingkan baju-bajunya dan basuh berasingan dengan kami semua. Setiap dua minggu kadang-kadang sebulan ada rutin health check up dari pihak hospital untuk pantau kesihatannya. Pun tak ada elaun khas mahupun kritikal sedangkan mereka ini bergadai nyawa kesihatan sendiri dalam menghadapi tugas seharian. Mahupun begitu dia Nampak lebih gembira… masuk jam 6.00 pagi… baliknya jam 3 petang… masuk jam 4 pg balik jam 1. Sekurangnya dapat nikmati hidup. Bergelumang dengan dunia rawatan kanser dan radiasi  membuatkan kita lebih hargai hidup, langsung dekatkan diri dengan Pencipta… itu bayaran yang saya kira setimpal dengan gadaian kesihatan… tak perlu $.

Betapa Allah sayangkan Skim pegawai Sains hospital ini….teruknya mungkin di sini tapi semoga mudahnya di sana...

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

 CREME OF THE CREME atau JALAN SUMPAHAN?

Entah bagaimana saya boleh terjebak ke Pegawai tadbir Diplomatik… rasanya pernah saya postkan dalam entry yang terdahulu. Seawal pembabitan dalam ptd acapkali saya dengar frasa seperti crème of the crème , tonggak utama pentadbiran negara, jentera pentadbiran kerajaan…. Tak kurang juga sinis kata jentera ‘parti kerajaan’, pengelap duit, rasuah… gila pangkat, gila kuasa, cepat naik pangkat, pangkat besar duit pun besar…. Penindih dan pencantas  skim-skim lain (pastilah bukan dari kalangan kami yang mengeluarkan frasa ini). juga beberapa frasa mengecewakan dari kalangan kami sendiri seperti frasa kuli cacai…. Kuli batak… tong sampah, ada frasa yang kadang-kadang saya tak faham pada usia yang baru setahun jagung.

Namun lama kelamaan saya sendiri dapat tangkap maksudnya…. Ha ha…

Mahu tak mahu…. Saya tak ada pilihan. Saya perlu  menjadi pegawai multi tasking. Aptahlagi di zaman mengejatkan organisasi yang menyaksikan satu persatu jawatan PTD disungkurkan, di nyahkan, ditukar, di open postkan… saya perlu lebih relevan.. Akauntan tak ada… saya lah kena jadi akauntan… jurutera tak ada saya lah perlu ganti… Pentadbiran, kewangan, perolehan, pembangunan memang ruang lingkup kerja saya. Target saya setiap kali audit datang saya nak dapat 4 bintang. Yang tak ikut prosedur dan arahan perbendaharaan, saya prosedurkan… betulkan. Pendek kata memang tak jemulah kerja saya… sebab macam-macam yang datang. Dari komplen bumbung bocor sampai dal dasar-dasar kerajaan. Dari saya tak tahu tentang pengurusan keselamatan kerajaan… pengurusan rekod dan fail arkib negara… Out come based budgeting sistem… Perakaunan akrual…. Semua sistem yang saya sebutkan dibangunkan dizaman saya bekerja dan saya terlibat dari mula hingga sekarang (tak habis-habis lagi). Bila sistem baru diwujudkan banyaklah data entry nak buat…. Patutlah ada rakan saya yang terpaksa 24-7. Mana suami, mana isteri… anak-anak… tak mahu saya berada dikedudukan mereka….

Saya pun tak terkecuali…. Saya sendiri turun buat data entry SPP (sistem pemantauan projek) hingga jam 12 malam di HQ… menunggu untuk tapisan kewangan RMK 9 di EPU hingga jam 1 pagi… bekerja pada hari sabtu dan ahad bukan satu kepelikan bagi M. Otak saya tak pernah keluar dari matlamat….

MAHU SIAPKAN KERJA….
AUDIT DAPAT 4 BINTANG….
BAYARAN DAN KERJA-KERJA PEROLEHAN SIAP SEBELUM TUTUP AKAUN
PRESTASI BELANJA KENA TINGGI
FOLLOW ARAHAN PERBENDAHARAAN

Betapa otak saya dirangka untuk matlamat-matlamat tersebut….. ternyata 7 bulan kursus DPA bagi kadet PTD Berjaya membantu saya menjadi jentera pentadbiran kerajaan yang “boleh tahan efisyen”.

Bila saya bandingkan dengan dua penceritaan sebelum….
Dimanakah kedudukan saya agaknya….
Suami saya mengumpul banyak saham-saham di sana
Ibu bapa saya yang senantiasa didoa dalam doa-doa para pensujud Maha Pencipta
Apa yang saya korbankan…?
Dalam kedudukan saya… saya mendongak ke atas…
Melihat dan mengintai yang orang di atas
Yang dikata the top of crème of the crème
Betapa banyaknya dugaan dan cubaan mereka
Di telan mati anak, diluah mati bapak, di lontar mungkin mati emak
Otak perlu sentiasa ligat berfikir…..
Semoga Allah sentiasa memberikan mereka ilham
Memberi harapan
Dalam mencipta masa depan
Kekadang terlintas dihati
Saya rela hanya disini…. Dari diberi beban segunung dibahu
Selautan Stress di kalbu
itu jalan SUMPAHAN

Pujuk hati saya yang sedikit merajuk
Sayakan memudahkan tugas orang lain
Sayakan menyenangkan pengurusan
Itulah sahaja sumbangan saya
Tak ada yang saya nak bawa ke ‘Sana’.
Hanya amal ibadat biasa yang tak seberapa
Pastinya
Saya tak akan terkenal di sana
Seperti mana yang pertama dan kedua

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
INI INTIPATINYA

Dia Tuhan ynag telah menciptakan
Yang adil dalam memberikan kedudukan
Yang telah mencipta jalan-jalan untuk kami lalui
ke destinasi yang telah Engkau tetapkan bagi kami

Sepanjang jalan kami Ya Allah
Jangan sesekali engkau palingkan kami dari mu
Jangan engkau jauhkan kami dari Mu
Tetapi Engkau bimbinglah kami
Dalam melalui jalan-jalan kami
Jika kami sesat
Engkau ilhamkanlah kami
Jika kami penat
Engkau perkuat kami
Sesungguhnya hanya Engkau yang lebih mengetahui
Apa yang terbaik untuk kami
Kami serahkan kepada Mu
Cukuplah bagi kami hanya dengan Mu….


Tuesday, December 03, 2013

Home Made Shawl 2 be Share....


Assalamualaikum

Dengan penuh rendah diri saya memperkenalkan shawl yang dibuat sendiri untuk dikongsi kepada rakan taulan.




Belum ada nama pun lagi… tapi saya panggil Triple wave shawl atau sedap sikit triple moon shawl sebab potongannya yang bergelambang 3.

Dibuat dari material chiffon silky georgette yang berkualiti tinggi dan menghasilkan alunan yang cantik.

Memakai shawl panjang (long shawl) perlukan kemahiran melilit dan menyusun supaya kelihatan kemas serta menghasilkan alunan chiffon yang cantik.

Ada sesetangah antara kita yang tak pandai melilit dan menyusun.

Ada juga yang mengambil masa yang lama untuk mengemaskan susunan shawl dibahu.

Ada antara kita juga yang fed-up pakai long shawl sebab tak pernah jadi susunan dan lilitannya

Tapi kita masih nak pakai shawl sebab shawlkan cantik dipakai terutama dengan material chiffon.

Pendek cerita semua masalah tu masalah sayalah… dan saya percaya ramai juga rakan-rakan diluar sana yangmenghadapi masalah sama dengan saya kan???

Shawl triple wave ini adalah penyelesaian.

Mudah dan cepat dipakai. Sebab potongan gelombang 3 ini telah di reka untuk mengambil tempat dibahagian depan dan belakang.

Jadi dah tak perlu disusun lagi….

Tak perlu kemahiran melilit

Tak perlu nak mengagak pajang kiri dan panjang kanan

Tak perlu ambil masa kemaskan susunan di bahu

Alunan chiffon akan terhasil secara semulajadi


 cara pemakaian triple wave dengan awning adalah seperti dalam gambar.
 Bagi yang tak berowning.... 

1. bentangkan (depakan) shalw untuk melihat corak 3 golombang dan kenalpasti gelombang yang paling pendek. 

2.  Gelombang paling pendek akan mengambil pososi dibelakang seperti rajah 1. dan boleh terus di pin kan seperti rajah 2. baki shawl adalah terpulang tapi lebih kurang macam gambar 2 lah. baki pendek tu kalau nak lagi pendek atau tidak berbaki pun boleh....

3. selebihnya lilitkan dan pinkan samaada di tepi seperti rajah 6 atau di dagu seperti rajah 5.

4. gelombang besar akan semulajadi mengambil tempat di depan dan gelombang sederhana akan mengambil tempat dibelakang. tak perlukan pin dibahu tapi kalau nak cantik dan widekan gelombang boleh pin kan sedikit mengikut citarasa sebab bahagian lekuk shawl akan mengambil posisi dibahu...

5. SIAP DAH!!!


Menarikkan….
Very Easy 2 Wear….

Disediakan dalam dua rekaan
Dengan awning dan tanpa awning.

Panjang shawl adalah 1.7 meter dan lebarnya dalam 0.6m
Labuhnya menutup dada juga panjang yang berpatutan dibahagian belakang.

Saya dah cuba dan saya suka…
Jadi saya nak share dengan anda semua…

RM 49 without awning
RM 59 with awning

Bagi yang ber-awning… material adalah codroi yang akan semulajadi terbentuk cantik mengikut shape muka, dan boleh pilih nak 2” atau 3 inch awning. Kalau 3 “, adalah full awning. Manakala 2” hanya menutupi sebahagian daripad awning macam awning tudung Ariani. 

You Chose the colour...
We make it real just 4 U. 
 
 like our FB Page 

https://www.facebook.com/AdraCouture


##############
Terima kasih pada rakan subahat Kak G dan Kak farah. Mr Habib yang tak putus meyokong, Serta bonda Cikgu Bolian dan Ayahanda Che Had  yang sentiasa memberi sokongan dan memajak multifunction mesin jahit yang best tu…. dan little sister pinch me Fatini yang to be our volunteer model....

Special Thanks to my office friend yang telah menjadi pelanggan pertama…!
 
Saya pakai dark purple tripple wave shawl with awning dengan sentuhan flowery riben di hadapan.....





The Best 2 weeks work life in the year...





Assalamualaikum

Special thanks  to all DRMC lecturer and my sindiket- mate and all 24 course participant…
i had gain precious  knowledge during the 2 weeks course....

The Class

The sindiket
 flower among the thorn isn't??

 The Team

 
 The Opponent
 
 The Hard Work
(which always confuse me with all the tricky cases)

i found so much weird words  that i never cross before... but i learn it here....




penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...