Sudah
lama mahu menulis mengenai pendapat ini....
Namun
masa tidak mengizinkan...
Ia
berikutan satu seminar yang saya hadiri memenuhkan jadual hujung minggu... dan
ini kali pertama saya datang ke program sebegini bersama suami. Biasanya saya
menghadirkan diri bersama teman baik. Selalunya seminar yang bercorak
perkembangan kendiri dan motivasi ini tiketnya sengaja akan saya lebihkan. Asalnya
mana tahu suami yang sibuk tiba-tiba berkelapangan. Jika tidak rezeki jadi
milik teman baik...
Ia
lebih kurang sama dengan seminar-seminar sebelumnya kerana penceramahnya adalah
personaliti yang sama... seorang perunding kasih sayang dan keibubapaan yang
terkenal dalam Negara bersama suaminya seorang perunding peningkatan diri
kendiri. Sengaja saya ke seminarnya berulangkali... buat pelepas stress seorang
ibu dan mempertahankan kesabaran dalam mendidik anak-anak. Selaku seorang
wanita yang bekerja dan pulang lewat petang.... kesabaran terhadap anak-anak
memang dah menipis dipenghujung waktu hari, kebanyakkannya telah diguna
sepanjang waktu bekerja.
Ada
satu sesuatu yang terkesan dalam seminar kali ini. Saya lihat motif seminar
pada 30hb Ogos itu supaya saya tahu dan kenalpasti apa yang saya mahu.
Ketika
disuruh senaraikan 3 perkara teratas yang saya paling mahu dalam hidup... saya
catatkan ditempat pertama , saya mahu anak yang cemerlang. Suami saya catatkan
dia mahu menjadi lelaki yang soleh. Tercatat juga dalam senarainya mencari
kekayaan... dalam 30 orang peserta yang ada bermacam catatan yang tidak segan
silu dikongsi.
Lalu
saya dingatkan berapa banyak masa yang saya peruntukkan untuk tujuan saya
itu... yang mencari kekayaan akan memperuntukkan lebih sebahagian waktu sehari
mencari rezeki, palanggan, premis perniagaan... akal dan fikiran di set sehingga
mahu tidur pun masih menghitung jalan kekayaan....
Justeru
ada yang sanggup meninggalkan kebahagian dunia dengan kekuatan hati dan akal
yang luarbiasa untuk menuju ke satu dunia yang tidak pernah digambarkan
(akhirat). Kolotkah mereka?
Meninggalkan
anak yang merengek-rengek dengan pelukan ibu bapa demi mencari harta siang dan
malam... Gila hartakah mereka?
Berhenti
bekerja dari pekerjaan yang gajinya puluhan ribu ringgit sebulan untuk berdamping
dengan anak anak....dalam ketika dia masih muda serta berkeupayaan tinggi untuk
pergi lebih jauh dalam kerjaya... Bodohkah dia?
Saya
punyai 3 rakan yang berbeza untuk 3 situasi di atas... dengan 3 sebab priority hidup
yang berbeza...
Yang
pertama tidak kolot. Yang kedua bukan meterialistik dan yang ketiga tidak
bodoh. Ketiga-tiga mereka dikurniakan Allah dengan akal yang waras lagi cerdas
dengan keupayaan akedemik yang tinggi dan salah seorangnya menggenggam sarjana.
Masing-masing hanya melaksanakan satu keutamaan hidup yang berbeza. Itupun kita
belum lihat keutamaan ditangga kedua dan ketiga...
Walau
di kumpulan mana kita berada, jangan sesekali menyamakan hasrat diri dengan
orang lain. Sejauh mana kita perlukan sesuatu (mungkin wang), parameter ‘hasrat’
diri sendiri dengan parameter ‘hasrat’ orang lain mungkin berbeza. Hatta parameter keperluan dan prioriti saya dan suami amat sonsang sekali... kerana itu kami saling melengkapi....
Justeru
apabila melihat keutamaan yang ditunjukkan oleh orang lain, lebih mudah untuk kita
hormati dari kita membanding-bandingkan serta akhirnya membuat kesimpulan
begini lebih baik begitu lebih mudah. Ia mungkin releven hanya untuk diri
sendiri tetapi bukan untuk menasihati orang lain.....
Bahagia
itu subjektif, ia adalah satu bahagian hati yang tidak mudah difahami.
Jika
kita merasakan banyak harta itu bahagia, kita telah menyandarkan bahagia itu pada
wang ringgit.
Jika
kita merasakan rumah besar, kereta besar itu bahagia, kita sandarkan bahagian
kita pada material
Jika
kita merasa bahagia apabila melihat orang disekeliling kita bahagia, kita
menyandarkan bahagia pada orang lain.
Bahagia adalah keputusan
kita untuk menentukannya. Kerana itu kita lihat ada fakir lagi miskin namun amat
bahagian dari kita yang lebih mampu. Kerana itu kita lihat ada yang sakit
menunggu maut, tenang menanti ajal lebih bahagia dari kita yang sihat.... kerana
itu kita lihat ada yang sibuk seharian dan malamnya tanpa ada masa senggang
untuk menonton televisyen, puas dengan hidupnya dan lebih bahagia dari kita
yang banyak waktu.
Justeru
jangan menilai keperluan orang lain tanpa anda tahu motif dan prioriti hidup
yang boleh memberi kebahagian kepadanya... apatahlagi membanding diri kita atau
pihak ketiga yang ‘lebih berjaya’ dari dia yang dilihat seadanya....
Suka membaca tulisan pada hemat saya ,,,,,itulah juga salah satu kebahagian mama
ReplyDelete; )
Delete