Kalau dah Jadi Suri rumah sepenuh masa pun penat... jadi suri rumah sepenuh masa yang berkerjaya berganda penatnya...
Bayangkan... jejak kaki dirumah jam 6.30 petang terus melangkah kaki ke dapur mengeluarkan ayam / ikan /sayur dengan harapan sekejap lagi proses masak memasak untuk makan malam akan berlaku...
Baru sentuh soal memasak, belum mengemas, mendobi dan lain-lain perkara yang sama waktu dengannya termasuklah menelaah bersama anak-anak...
Justeru, walaupun saya bukanlah seseorang yang sesuai berbica mengenai hal ini, mari jadikan ia sebagai motivasi diri dan panduan untuk ibu-ibu dalam mengurangkan beban memasak setiap hari.
Setiap hujung minggu akan menjadi hari yang paling sibuk. Belilah semua keperluan makanan untuk seminggu dan rancang menu masakan setiap hari.
Masak semua menu anda pada hujung minggu. Justeru lebih baik kalau ia adalah menu berkuah kerana ia lebih tahan lama untuk disimpan dan bantuan air kuah dapat mengekalkan kualiti tekstur ayam dan ikan anda yang telah dimasak. Anta pihan resepi yang sesuai dimasak adalah masak lemak, singgang, asam pedas, sambal(dengan kuah lebih), kari, kurma dan lain-lain.
Setelah selesai memasak masukkan ke dalam bekas dan jangan tutup dahulu sehingga wap panas dikeluarkan dan barulah masukkan ke dalam peti simpanan sejuk beku anda. tindakan ini akan melanjutkan tempoh 'baik sebelum..." makanan. Pastikan bekas yang digunakan adalah bekas yang tertutup bagi mengelakkan ia kekeringan dalam sejuk beku.
Makanan anda secara puratanya boleh digunakan dan disimpan dalam tempoh sebulan hingga 4 bulan sekiranya disejuk beku. justeru tak kira jam berapa anda pulang dari kerja... hanya melangkak ke peti sejuk, pilih lauk yang telah tersedia dan panaskan semula.
Walaubagaimanapun, pilihan ini tidak sesuai untuk sayur-sayuran kerana kandungan nutrien sayuran yang sangat sensitif... Begitu juga dengan telur...
Tips untuk storan makan bermasak sejuk beku.
1. Pastikan bekas adalah bertutup, kalau boleh kedap udara. ia bagi memastikan penghidratan tidak berlaku sehingga merosakkan tekstur makanan.
2. Simpan terus makanan dalam peti sejuk beku sebaik sahaja wap panas telah di nyahkan.
3. Asingklan simpanan makanan sejuk beku yang telah diproses (lauk) dan mentah. Jika peti sejukbeku hanya mempunyai satu ruangan, letakkan bahan mentah dibawah dan makanan terproses di atas.
4. Masaklah makanan berkuah kerana ia boleh memanjangkan tempoh hayat sehingga 6 bulan!
Tempoh Baik makanan Sejuk Beku yang sesuai bagi makanan yang telah dimasak:
1. Ayam berkuah - 6 bulan
2. ayam goreng - 4 bulan
3. ikan - 1 bulan
5. Kerangan / kepah - 2-4 minggu
6. Ketam- 2-4 minggu
7. Udang / Sotong - 1 bulan
8. daging (berkuah dan kering) - 2-3 bulan
Rujukan
1. Pengendalian makanan selamat- KKM
2. http://whatscookingamerica.net
3. https://food.unl.edu/safety/chart
4. usda
5. Karren P. Penner, kansas State University
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
penjagaan bayam
Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...
-
Baru baru ini ada yang request note lagu melayu kanak-kanak… so kita layan request ni…. Lagu pertama lagu Rasa Sayang Menggunaka...
-
Post yang lain dari yang lain… Di internet sangat banyak nota chord guitar… Susah betul nak dapat nota piano… Jadi saya nak...
-
Lagu Kenangan Terindah nyanyian Samson. note ini mempunyai 10 keys. Aku yang lemah tanpamu BB A AG GAB Aku...
No comments:
Post a Comment