2018 and 2019 have been a tough year for us in
term of family economy. It’s a bless too when we had our baby umar. Selalu
terbaca yang Allah menguji bila umur nak masuk 40 kan…. Hahahaha… kira ok lah
tu. How tough it was??? Sampai saya bekukan penghantaran anak ke dua ke tadika
untuk menjimatkan komitmen bulanan. Itulah tahapnya. Waktu ini juga lah saya
merasa jumpa manager bank-bank yang saya ada komitment bulanan sewa beli untuk
merayu membuat penangguhkan dan memberi kelonggaran melangsaikan komitmen
tertunggak sedikit demi sedikit. Alhamdulillah. Semua tu dah hampir berlalu
walaupun belum cukup stabil lagi kewangan kami. Kami masih cukup makan minum
yang lazat2. Makanan yang lazat memang pengubat stress…. Pengalaman ini banyak
hikmahnya. Antaranya adalah saya memberi full komitmen memasak setiap hari.
Selaku wanita yang bekerja dan memegang post
middle management. Saya memang kerap datang awal dan balik lambat. Makan diluar
atau membeli di luar menjadi pilihan utama kami sekeluarga bila suami saya
memang mithali dan tak mahu memenatkan isteri kesayangannya ini. Bekerja hujung minggu dan meninggalkan
anak-anak bersama suami juga antara rutin saya. Namun semua itu bukan pilihan
ketika kegawatan ekonomi. Rutin bekerja tetap tak boleh ubah. Mahu tidak mahu
saya membiasakan diri memasak juga.
Tips Memasak Jimat Bajet dan mudah
dipraktikan.
Setiap hujung minggu awal pagi sabtu kami akan ke
kedai borong ikan. Nasib baik berdekatan dengan rumah ada sebuah kedai borong
yang ikannya murah dan segar2 diambil terus dari jeti. Saya dapati memang kos
ekonomi berbanding membeli di kedai runcit mahupun pasaraya. Ikan kebiasan yang
dibeli adalah siakap 2 ekor, ikan bajet (kembong / selar) 8 ekor, ayam seekor,
udang dan sotong. Sesuai untuk seminggu dan 4-5 orang makan. Semuanya dibawah
RM 100.00 (biasanya RM70) kadang2 bila time harga promo saya dapat beli semuanya
dalam RM60. Termasuk sedikit sayuran. Menu mentah ini kira mewah jugalah kan
yang sedap tekak nak makan. Kebayakan sayuran kami, saya tanam sendiri. Dapatlah
jimat lagi disitu. Kuchai, pak choy, bayam hijau dan kangkong memang sayuran
tegar dilaman. Sebulan sekali kami beli nyok2 atau ikan merah. Masih di bawah
RM 100 lagi. Perbelanjaan sebulan akan kurang dari RM400. Bahan kering yang
lain kosnya tak tinggi. Dalam lingkungan rm 20 untuk sedikit bebawang, mee,
bihun, kunyit, rempah ratus dan lain-lain yang tidak dibeli setiap minggu. Kalau
masuk bahan kering ini mungkin mencecah RM400 juga sebulan. Masih mampu milik.
Masak sekali gus
Balik sahaja terus saya akan siang dan basuh semua
bahan mentah. Hari sabtu memang saya back to back memasak sehingga kekadang 8
lauk sekali siap. Saya habiskan paling kurang pun 3 jam didapur untuk semua
aktiviti tersebut. Dapur saya ada 4 tungku. Semuanya occupied. Saya masak
sekali gus untuk jimatkan masa.
Bagi memelihara tekstur dan rasa, saya akan
masakkan lauk berkuah untuk disejuk beku. Ais dan air adalah boleh memelihara
tekstur dan rasa sebagai bahan awet. Antara masakan rutin kami adalah kari,
kurma, asam pedas, sambal (berkuah), masak kicap, masak asam, singgang, tom
yum, sup, masak merah, masak lemak…. Hah apa lagiiii. Semua lah yang terfikir
dek akal.
Kemudian saya terus letakkan dalam bekas makanan
yang sesuai untuk disejuk beku. Sebelum masuk ke peti ais, jangan lupa sejukkan
dahulu lauk-lauk. Penting untuk tidak merosakkan peti ais. Bersusun kaunter
dapur saya dengan lauk-pauk yang sedang disejukkan. Meriah. Saya akan bajetkan
satu bekas untuk sekali makan untuk 5 orang walaupun kami Cuma 2 dewasa, 2 kanak2
dan 1 bayi. Kira dah masuk bab nasi tambahlah.
Tiba hari bekerja saya dah tak runsing nak
memasak. Kalau saya buka dapur pun hanya untuk side dish lain seperti sayuran
atau telur goreng. Jika saya balik malam atau out station, suami pun boleh
panaskan lauk yang telah siap dimasak.
Masakan kurang kuah atau tidak berkuah?
Untuk masakan goreng, saya hanya garam kunyitkan
sahaja dan simpan terus ke sejuk beku. Kalau malam itu saya nak goreng, paginya
saya dah pindahkan dari peti atas ke peti paling bawah untuk nyah beku sebelum
bertolak untuk bekerja. Balik kerja bolehlah terus goreng.
Begitu juga ikan yang nak dibakar atau dikukus. Saya
perapkan dahulu siap2 dengan bahan perap dan baru bekukan. Bab ikan kukus ni memang
kegemaran saya nak masak. Senang dan tak renyah. Sebab kalau nak masak, seketul
yang beku tu terus saya kukus tak perlu nak nyah beku. Lagi senang masuk periuk
kukus , bagi air lebih sikit dan tinggal. Boleh kita mandi dan urus diri dulu. Begitu
juga dengan bakar. Saya biasa bakar pakai oven. Jadi masak dan tinggal. Tak penat
sangat.
Saya terima banyak pandangan mengenai makanan yang
dibekukan. Ada yang positif ada banyak juga yang negatif. Terutamanya bila
penggunaan santan kelapa. Bagi saya, saya tak mahu nak peningkan kepala. Nak memasak
hari-hari saya tak mampu. Memang penat. Itu baru masak, belum lagi bab nak urus
rumah dan nak-anak. Hanya mak-mak yang bekerja tanpa pembantu rumah sahaja yang
faham. Daripada makan diluar yang belum tentu pun baik kepada kesihatan, lebih
terjamin masak sendiri walaupun makanan sejuk beku. Kalau yang sensitive terhadap
perkara ini, bolehlah dipilih menu-menu yang tidak bersantan seperti singgang,
asam pedas dan sebagainya. Kadang-kadang ada juga saya buat kari dan kurma
kosong (tanpa santan). Bila panaskan baru saya masuk santan. Tapi kalau time
saya tiada dan suami yang ambil alih tak bolehlah saya nak buat begitu. Namun begitu
ia agak renyahlah juga sebab kita nak tunggu kuah cair, masuk santan dan
stabilkan rasa makanan.
Saya memang tak kisah kalau ada yang nak lebel
saya malas. Sebab merehatkan diri amat penting pada saya. Nak kurangkan stress
dan penting dalam menjaga kesihatan. Stress adalah punca kebayakan penyakit. Boleh
lah listkan. Darah tinggi, sakit jantung, kanser dll. Org yang stress mempunyai
risiko untuk makan lebih banyak. Jadi kalau kurang stress waras sikit otak
kita. Dengan rehat yang cukup, saya masih boleh meneruskan kehidupan dan
bekerja dengan senyum dan ceria. Chee wahhh.
Saya peka yang ramai lagi diluar sana yang
ditakdirkan hidup jauuuhhh lebih sukar dan suram. Mereka ini penghuni jalan
pintas syurga. Ye lah… banyak harta banyak timbangan… kurang harta kan ke kurang
sikit masa timbangan. Sama juga dengan masa. Banyak masa banyak jugalah yang
buang masa. Kurang masa kurang sikit nak buang masa.
Hendak seribu daya... Tak mahu seribu dalih
ReplyDelete