Tuesday, December 22, 2015

Mahu Syurga Di Dunia




MAHU SYURGA DI DUNIA

Ada sahaja yang kau cemuhkan tentang dunia mu
kesulitan mu
rintangan mu
kesakitan mu
kekurangan disekeliling mu
pengorbanan mu
ketidakpuasan hati mu
teraniayanya mu

kalau yang tenang itu
bukan dunia
tapi syurga

kalau yang gembira itu
bukan dunia
tapi syurga

kalau yang penuh kerehatan itu
juga bukan dunia
tapi syurga

Kalau mendapati segala yang didamba
mustahil dunia
pasti syurga

tiada bingit
tiada ketidak adilan
tiada kejahatan
tiada fakir
pastinya juga bukan dunia
ianya syurga

apa lagi yang harus kau dambakan didunia?
keadilan?
keseronokan?
ketenangan?

Terimalah perihal dunia
itu lebih menenangkan

Carilah secebis syurga di dunia
dengan mensyukuri nikmat yang ada

Tak perlu lagi kamu bebelkan...


Pena Menulis
22/12/2015

No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...