Thursday, May 28, 2020

MENANAM POKOK BUNGA MATAHARI



Bunga Matahari seringmenjadi pilihan penggemar tanaman dek kecantikan kuntuman bunganya yang bersinar garang umpama matahari. Bunganya sahaja bersaiz besar pasti menenggelami bunga-bunga lain disekitarnya.

Perkara yang paling menggamit hati adalah ketika tuan tanah melaksanakan sedikit penyelidikan mengenai penjagaan pokok bunga matahari, hasil carian menunjukan ianya adalah ‘low maintainance’. Tertarik dengan itu, maka bermulalah projek bunga matahari.

Tarikh semai: 10 April 2020
Cambahan : selepas 2 hari (medium peatmoss)
Tempat tanaman:  Pasu 
Medium: cocopeat sederhana halus + tanah campur
Siraman : 2 x sehari
Cahaya matahari: Penuh
Tarikh bunga pertama kembang : 26 April 2020 ( ±7weeks)
Tinggi pokok: 150m
Lebar bunga = 15cm (diameter)

Berasarkan pengalaman pertama ini, diakui bahawa, memanamam pokok bunga matahari tidak rumit. Memerlukan kuantiti air yang banyak serta cahaya matahari yang penuh sudah cukup membesarkan bunga matahari yang sihat. Tuan tanah hanya menggunakan baja standard NPK yang ditabur setiap 2 minggu.

Memandangkan dari pembacaan mengatakan pokok ini tidak suka air bertakung, maka tuan tanah gunakan medium peat sederhana halus yang dicampur dengan tanah tanaman. Mungkin disebabkan kurang tadahan air dalam medium, pokok yang ditanam ini memang cepat layu kalau tertinggal siraman 2 kali sehari. Mungkin juga disebabkan pokok yang berkongsi pasu.

WARNANYA CANTIK BERSINAR.....

Pokok yang naik memang besar. Seeloknya satu pasu satu pokok. Tapi tuan tanah tibai pasu besar (pizza domino xtra large) 4 pokok dan pasu sederhana (pizza domino large) 3 pokok. Dah main saiz pasu ikut saiz pizzah pulak. Tapi masih tumbuh membesar dengan jaya nya. Kalau asingkan mungkin tinggi pokok boleh cecah lebih 180cm.

Ikutkan baka pokok yang ditanam ini baka hobbit (common flower). Tingginya tak lebih dari 2meter. Amalan saya memang tidak pernah gunakan racun serangga. Sekitar pokok bunga matahari ada pokok bendi, cili dan tomato. Bena lebih suka pokok ini. Jadi pokok tak diserang. Musim PKP ini banyak pula ladybird datang singgah menolong kawalan serangga perosak secara semula jadi. Baka renek pun dah dekat 2 m. tak dapat bayangkan saya baka mammoth yang terkenal itu.

Paling kelakar mengenai pokok ini adalah obsesinya terhadap matahari. Disebabkan pasu diletakkan dikawasan cahaya penuh, maka pokok semuanya naik tegak dan segak. Namun apabila bunga dah mulai berputik, putik bunga boleh bergerak halanyanya dalam masa beberapa jam sahaja. Mulanya saya perasan tapi tak pasti. Jadi hari-hari saya jengok arah putik bunga. Memang ia bertukar. Pagi nya mengala kanan dan petangnya akan sengek ke kiri arah matahari terbenam. Jadi janganlah dianiaya pokok ini dengan meletakkan di tempat teduh. Senget dia cari matahari.


Ikutkan hati nak tanam berpasu-pasu pokok yang cantik ini. Tapi kawasan laman tak mengizinkan…. Sayur pun nak maintain juga…. 


PUTIK KECIL- waktu inilah dia suka menunjuk ke arah matahari dengan sangat ketara.


PUTIK BESAR - tunggu kembang




bunga yang baru kembang. kelopak belum habis terbuka.


insyaallah saya update post ini dari masa ke semasa. sebab ketika penilisan ini, tuan tanah belum tahu bunga kat taman kekal berapa minggu sebelum gugur.... eksperiment nak menanam kembali dari kuaci yang terhasil pun belum lagi dapat dibuat.

2 comments:

  1. Minat menanam turun temurun... dari arwah Tok Wan (bapa mama). Laman rumah arwah bersih sentiasa diserikan dgn bunga2an.

    ReplyDelete
  2. Laman diHiasi bunga terasa sejuk dan tenang...

    ReplyDelete

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...