Wednesday, October 13, 2010

Periuk dan Kerak

Bila kita renung kehidupan orang lain....



Saya sering kali dengar betapa tidak puasnya hati terhadap apa yang telah dimiliki. sudah menjadi fitrah manusia sering tidak puas hati. itu adalah fitrah.. fitrah yang harus disusuli dengan rasional dan usaha. seandainya cita-cita tinggi menggunung tapi tiada daya nak mendaki itu dah jadi angan-angan. tapi kalau cita-cita tinggi walau setinggi bulan namun dengan usaha dan perancangan yang berkesan akhirnya akan sampai juga ke bulan. itu angan-angan yang menjadi impian dan akhirnya menjadi kenyataan. namun kita perlu tahu, lagi tinggi gunung nak di daki lagi banyak belantara yang perlu dilalui. seandainya tiada kecekalan pasti terkandas di tengah jalan.


Manusia memang banyak angan-angan. tapi biarlah ukur baju di badan sendiri. memang banyak benda yang nak kita nikmati, rumah yang besar dan selesa, kereta mewah yang menarik 'mata' dan dalam masa yang sama kita masih boleh bergaya. bagi yang punya periuk nasi besar dapatlah nikmati kerak yang besar. tapi kalau yang periuk sederhana macam saya, kerak pun kenalah sederhana. suka saya gunakan istilah dapat satu korbankan satu. kita nak rumah cantik... tak payahlah kereta cantik. penampilan pun kurang cantik jugaklah. tapi orang zaman sekarang ada banyak sangat kemudahan. pinjaman dah jadi satu lumrah. kereta bersilih ganti bertukar. tak dapat bayar hutang, di berhutangkan lagi sebab nak tutup hutang. Ini namanya korek pasir timbus lubang. dapat lubang baru. tak hairanlah bila treasury keluarkan kenyataan ramai rakyat Malaysia berhutang dan diishtiharkan muflis.


Nak dapat semua sekali dalam satu masa memang mustahil. biarlah pelahan-lahan asalkan tak makan badan. lagi teruk kalau makan badan orang lain. Dah tahu sendiri tak mampu... nak menyusahkan orang lain.


Saya amat kesal terhadap nasib-nasib rakan-rakan saya yang menjadi mangsa fenomena 'periuk kecik berkerak besar'....






No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...