Wednesday, December 29, 2010

Bukan senang melihat suasana ini...

Ini kali pertama saya lihat rakyat Malaysia benar-benar membuka mata dan telinga menyokong pasukan bola sepak negara. Biar pun skuad Harimau Muda ini menunjukkan aksi cemerlang dalam Sukan Sea dan Asia, namun goncangan piala AFF Suzuki ini ternyata lebih mnyerlahkan bakat harimau didikan Raja Gobal.

Bukan mengenai sukan yang saya mahu bicarakan. tapi mengenai semangat kekitaan yang sangat jarang saya dapat lihat. Kerana tinggal di sekitar yang berhampiran Bukit Jalil, saya telah merasai Bahang perlawanagan ini seawal jam 12 t/hari. Tol Sungai Besi yang dapat kelihatan jelas dari rumah saya mulai sibuk menerima kunjungan penyokong Malaysia dari arah Selatan. Mulai jam 2 Tol Sungai besi telah sesak dengan kenderaan yang membawa Bendera Malaysia. Kalah sambutan hari merdeka... Sekitar jam 3.30 Saya dan suami sempat berjalan-jalan melihat suasana di Stadium Bukit Jalil. Jalan sekitar memang lembab. ketika kami sampai di tepi Stadium Polis Trafik kelihatan dimana-mana sahaja. Ternyata perancangan rapi telah dibuat mengatasi kesesakan ini. disekeliling saya dipenuhi dengan rakyat Malaysia yang hampir kesemuanya berbaju belang hitam kuning ataupun biru berlengan merah (jersi Malaysia).

Ada juga yang pandai mengambil peluang membuat jualan Jalur Gemilang. Saya amati harga yang tertera dari jauh. RM 10 hingga RM 50. Masih ditahap harga pasaran sebenar.

Yang menarik hati saya adalah sikap ramah dan bercampur gaul semua penyokong Malayisa. Ini baru saya katakan perpaduan yang nyata. Yang hadir Cina, India, Malayu dan kaum-kaum lain kelihatan bercampur aduk dengan akrab sekali walaupun belum saling mengenali. Kata suami saya, dalam bola, kalau kita menyokong skuad yang sama, walau tak kenal anda adalah sahabat saya. Saya suka prinsip ini. kita cuma tukar nada dan bunyi nya, walau kita saling tidak mengenali tapi kalau saudara adalah rakyat Malayisa maka anda adalah sahabat saya...

Fikir saya... kalaulah suasana begini boleh didapati dimana-mana dalam Malayisa, alangkah aman dan damainya perpaduan kita. baru lah kita boleh katakan lahirnya negara bangsa. Bangsa Malaysia.

Bukan senang melihat suasana begini....

1 comment:

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...