Thursday, April 07, 2011

Mirror, Mirror on the Wall.....










Ironinya cermin ini sangat dekat dalam kehidupan masyarakat sehingga banyak pepatah dan bidalan menggunkan frasa dan pembayang cermin.
Cermin adalah satu bentuk pembinaan keyakinan. Imej cermin Nampak kecil dan terpencil kan? Tapi hasilnya memang besar. Pembinaan imej kendiri. Kita berkeyakinankan bila Nampak diri kita kemas dalam gambaran cermin. Jadi kita dapat melangkah ke masyarakat sosial dengan yakin.

Banyak cerita saya dengan cermin. Sama juga jasanya. Membina personaliti dan keyakinan saya. Saya tidak ingat sejak bila… tapi setiap kali saya berlatih apa sahaja , saya gunakan cermin. Cermin besar yang boleh menampakkan saya dari kaki sampai kepala.

Saya bersyarah depan cermin. Saya bersajak pun depan cermin. Hasilnya bagus. Saya lenggokkan tangan… emmm kena. Saya tundukkan badan sikit… Nampak dramatis. Baru hidup persembahan saya. Baru saya pergi depan mama dan abah tunjuk hasilnya. Dapat pujian. Saya senyum sampai telinga.

Bila dah besar… saya dah tak perlu cermin besar. Saya Cuma nak tengok muka saya sahaja. Saya cuba bercakap. Buat ekspresi muka. Bayangankan saya tengah berdebat…berpidato… baguss. Muka serius.
Saya bercakap lagi. Memperkenalka diri… dengan muka yakin dan mempengaruhi. Bagus untuk interview nanti.

Bila saya sedih, atau tidak berpuashati. Saya pandang cermin juga. Saya lihat diri saya. Saya fikir… apa salah saya… mana kurang saya. Saya tengok memang tak ada kurang. Maknanya saya pun sebagus orang lain. Lain kali saya akan buat yang lebih bagus lagi.

Bila dah selalu sangat guna cermin… akhirnya dah tak payah guna cermin. Setiap kali saya bercakap seorang (memang selalu macam tu, tapi pastikan yang tak ada orang) ataupun saya bercakap dalam hati… imej cermin itu terpancar sendiri dalam gambaran otak. Saya dapat bayangkan kalau saya buat ekspressi begini Nampak bayangan saya begini.

Bagi saya itu Fungsi besar cermin yang ramai orang tak ambil peduli.
Biasanya kita pandang cermin hanya sekadar melihat diri sendiri.
Cantik tak? Comot tak? Kemas tak?
Ada cela tak?
Tapi kita tak pernah melihat sebenarnya diri itu dalam cermin.
Diri kita yang berpotensi…

2 comments:

  1. Teringat masa kau masuk pert bahas kat matrik dulu..hehe..

    ReplyDelete
  2. mama tau kamu selalu pandang cermin...rupa dalam cermin tak penting sangat.....tapi kita tonton cermin untuk membina KEYAKINAN ......ITU YANG UTAMA...setrusnya rupa akan datang dengan keyakinan...

    ReplyDelete

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...