Tuesday, April 26, 2011

Akan Tiba jua masanya...

   

Saya tahu saya siapa
Tak berpangkat apa lagi berharta
kerana itu hukum dunia kala
maka saya memang bukan sesiapa
bagi manusia seperti dia.

kalaupun saya ini sesiapa...
saya masih ingat pesan bonda
budi bicara, tutur dijaga
harta benda hanya milik dunia
jangan di lekeh yang miskin papa
kerana mereka ini lebih kaya jiwanya
lebih di kasih oleh yang yang Esa
Biarlah saya ini bukan sesiapa
biarlah apa pun yang datang menimpa
biarlah dia dengan egonya
kerana saya percaya
akan tiba jua masanya
Tuhan juga yang membalasnya

Walaupun saya ini bukan sesiapa
saya tetap akan percaya
akan tiba jua masanya
dia datang kepada saya
menadah tangannya...

Akan tiba jua masanya...

semoga diri ini tidak alpa
dengan rezeki yang diturunkankan-Nya

No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...