Friday, February 03, 2012

Duhai Cermin ajaib...



Bagai irama dan Lagu…

Bukan nak komen pasal Juara lagu atau yang seangkatan dengan dengannya. Tapi tentang saya dan cermin mata… memang dah bagai lagu dan irama. Macam cermin mata dah jadi part of anggota badan saya.

Sejak bila saya rabun saya pun tak tahu… mungkin semenjak belum masuk sekolah lagi kot. Sebab sejak darjah satu lagi… saya tersangat suka duduk bersila betul-betul depan papan hitam yang tulis kapur tu… sebab tak nampaklah cikgu tulis dari belakang nak salin dalam buku.. saya budak baik… budak baikkan kena duduk belakang….

Saya amalkan duduk bersila depan papan blackboard tu sampai darjah dua. Kalau ada kawan yang baik hati bagi tumpang sekejap tempat duduk dia yang kat depan tu dan dia ganti sit saya kat belakang. Saya ingat lagi… cikgu darjah saya cikgu zau zai nama dia. Selalu suruh saya buat cermin mata. Darjah tiga saya dah duduk depan… sebab mama dan abah mohon cikgu letakkan saya kat depan sekali. Saya mula pakai cermin mata bila dah masuk darjah 4. Sampai lah sekarang.

Power cermin saya memang adalah 4 digit. Kalau saya bagi tahu orang lain… dia akan ternganga dulu… dah biasa dapat reaksi macam tu… saya akan senyum dan ketawa… ada dua trade mark saya yang orang akan selalu ingat saya. Pertama kerana power kanta saya yang tinggi ni… dan satu lagi kerana gigi saya yang agak jongang sikit. Orang yang baru kenal cepat ingat saya. Saya yang susah ingat orang.

Waktu training PTD yang melibatkan modul luar macam training modul bomba, polis, tentera dan OBS (out bound school) saya dikenali bukan dengan nama saya ataupun sebahagian daripadanya. Tapi saya dipanggil 1000. Seribu…. Itu pertama kali saya dipanggil begitu… tapi anggota beruniform ni sangat kreatif dalam nak mengingat nama dan orang. Maka lekatlah nama saya 1000 tu. Seronok jugak jadi orang rabun tahap gaban ni. Time trainingkan kena buka cermin mata especially semasa di modul bomba yang hampir setiap training nak pakai mask dan angkut tangki oksigen lebih 10kg tuh. Jadi memang terasa tak cukup anggota badan bila tak dibenarkan pakai cermin mata.

Tapi saya dijaga rapi (macam OKU pulak)… setiap kali setiap kali melintas trainer… saya akan dengar dia panggil… “seribu mana seribu…” nak pastikan saya tak sesat.. pasal tak Nampak. Lain yang disuruh padamkan api… lain pulak yang saya padamkan… “ emm… aku tau.. ni mesti seribu”. Kami pakai mask… tak Nampak muka.. tapi cepat saya di cam kan.. pasal semua semburan saya tak kena api… ha ha..

Latihan menembak pun sama. Seronok betul orang kat sebelah saya. Kata tentera yang jadi pengasuh saya. Saya tembak papan kawan saya… score tinggi lah dia. Saya… secukup makan jer… tak ingatlah jarak berapa . tapi beratus meter jugak… manalah saya Nampak. 10 meter pun belum tentu.

Waktu practical kayak nak keliling pulau pangkor pun kalau saya diminta buka cermin… takut cermin tenggelam. Saya merayulah sesangat kat trainer kumpulan saya. Cam hilang nyawa nak kayak dua hari tak pakai cermin mata. Akhirnya dia benarkan. Tapi saya tengok… ramai jugak yang pakai cermin mata. Nak jadi cerita kayak saya cap size (terbalik) kat tengak laut… ho.. ho… apakah yang ada dibawah sana dan didasar laut tak nak saya fikirkan. Yang saya tahu… saya nak selamatkan cermin mata supaya tak tercicir…(RM 1000 melayang di tengah lautan). ni semua gara-gara enjin motor bot saya (partner kayak saya… Chinese guy) yang beriya nak terbalikkan kayak pasal dia rimas tak mandi dua hari. Tapi disebabkan enjin motor bot nilah… kayak kami yang pertama sekali sampai di daratan…. Memang tangan mamat ni cam speed bot. saya ni cam gi makan angin je atas kayak tu…

Cermin mata saya pernah secara tetiba retak… semasa sesi interview UITM. Terkejut 3 orang lecturer yang tengah soal siasat saya tu… tapi betuahlah saya… saya satu-satunya peserta yang melepasi interview saringan pertama untuk lecturer metallurgy course waktu tu… sebab keluar nama saya sorang untuk course tu dan banyak orang untuk saringan kedua bagi course-course yang lain maka terasa macam dah dekat betul nak dapat jadi lecturer kan… tapi cam interviewer saya tu bagi markah kesian je kat saya pasal cermin pecah…

Sepanjang dah 20 tahun saya pakai cermin mata yang dah saling silih berganti bingkai dan kantanya Cuma dua kali sahaja kanta saya pecah. Pertama ketika sesi interview yang saya ceritakan tadi. Yang ke dua dibaling oleh anak saya yang bertuah tu… yang pertama memang terbelah dua. Hasil anak saya cuma retak disisi kanta sahaja…

Setiap kali buat cermin mata baru kos nya memang sama macam power kanta… ye lah special order… nak dapat pun kena tunggu dua minggu baru siap. Jadi saya tak selalu tukar cermin mata. Biasanya 3-4 tahun sekali baru saya tukar…(nasihat doktor tukar setiap 2 tahun). kecuali tahun ini yang saya kena juga buat cermin mata dek retak balingan anak bertuah tu. Baru lagi saya buat. Tak cukup setahun… dah buat yang baru… tapi kali ini good news.. power saya dah berkurang sikit..
Cermin mata guess saya yang baru. ambil plastik supaya tak pecah bila kena baling...


No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...