Tuesday, January 31, 2012

10 cara MINGHINDARI PTD di Sekolah-sekolah...

PTD nak jadi penolong kanan kat sekolah…! Patutlah cikgu marah sangat. Nanti nak kena tengok muka PTD kat sekolah hari-hari … tapi kalau PTD macam saya yang sangat suka cikgu ni… mungkin cikgu sejuk hati sikit…. Cikgu kan idola hati saya dulu kini dan selamanya terutama cikgu Bolian yang garang tapi penyayang tu yang dah saya declare sebagai guru sepanjang hayat saya…… haha…

Saya mempunyai buah fikiran / cadangan supaya cikgu dapat menghindari PTD-PTD ni dari menjawat jawatan penolong kanan sekolah. Sila lihat langkah-langkah yang agak drastic dibawah. 

1.       1. Jangan komplen cikgu banyak kerja… sebab bila cikgu-cikgu selalu komplen banyak kerja… kerajaan rasa cikgu terlalu terbeban. Sian cikgu. Jadi untuk mengurangkan beban cikgu… kerajaan masukkan PTD dalam sekolah untuk bagi cikgu tak terbeban bagi mengurangkan kerja pentadbiran cikgu-cikgu.

2.       Jangan merungut banyak kerja selain mengajar… sebab karajaan rasa komplen cikgu-cikgu ni memang ada betulnya… cikgu tak sepatutnya buat kerja selain dari menumpukan dan memfokus anak bangsa… jadi kerajaan akan menyerahkan kerja-kerja bukan cikgu ini kepada mereka yang selayaknya… dan akhirnya menyebabkan PTD mengambil alih tegasan pentadbiran.

3.     Ambil cabaran kerja 9 jam sehari seperti penjawat awam lain… sure PTD tak masuk sekolah punya. Sebab cikgu-cikgu boleh bagi alasan kerja-kerja pengkeranian dan pentadbiran boleh dilakukan disebelah petang yang tiada pengajaran dilakukan….

4.       Lebih kan bekerja… kurangkan bercakap. Tindakan ini penting bagi meningkatkan prestasi pengurusan sekolah-sekolah yang dikatakan kurang professional (rujuk keratan akhbar BH 30 jan 2012).
5.       Masukkan modul pentadbiran dan pengurusan awam dalam pembelajaran maktab-maktab perguruan atau pembelajaran peringkat ijazah sekalipun…supaya cikgu-cikgu kita mempunyai  asas yang kukuh dan tiada alasan cikgu tak tahu buat pentadbiran seperti PTD yang wajib mempunyai diploma pengurusan awam.

6.       Jadikan kerja-kerja pengkeranian dan pentadbiran sebagai sebahagian tugas hakiki cikgu-cikgu. So tak ada lagi cikgu yang claim tugasnya hanya mengajar sahaja…

7.       Jangan kontroversikan skim perguruan… kerana selama ini skim yang paling banyak masuk surat khabar adalah skim perguruan…. Luahan tak dapat bertukar… murid keciciran… guru besar sorok murid tak ambil periksa untuk jaga prestasi… guru bantah PTD… tuntut kenaikan pangkat… tuntut kenaikan gaji…. Guru terbeban… Yang tidak perlu menjadi isu nasional kerana kebanyakkan isu ini melibatkan isu peribadi skim yang sepatutnya boleh diselesaikan secara dalaman……. Kerana lebih banyak kontroversi … lebih memperlihatkan ketidak professional sesuatu skim. 

        Lakukan sesuatu yang luar biasa bagi seorang guru yang biasa… kerana guru sekarang kurang dihormati seperti dahulu termasuklah penghormatan dari ibu bapa murid sendiri…. Jadi buktikan bahawa teras kecemerlangan pelajar adalah guru… bukannya pusat tuition atau kelas-kelas tambahan berbayar yang diberikan oleh ibu bapa….

9.       Atasi masalah  murid yang keciciran… kerana kerajaan akan suruh cikgu lebih fokus kepada pengajaran murid keciciran daripada buat hal ehwal pentadbiran. Dan akhirnya menyebabkan kerja kerja pentadbiran diambil alih oleh PTD.

10. Fikir secara rasional dan bukan emosional. Misi guru guru adalah melahirkan pelajar yang berkualiti. Guru ditakdirkan hidup untuk orang lain seperti lilin yang membakar diri demi menerangkan alam. Maka fikir demi kebaikan murid….. lebih daripada fikir untuk kebaikan diri sendiri… kerana itulah keberkatan guru yang sentiasa berlegar antara langit dan bumi… kerana jasa guru seperti ini tiada bandingan… cikgu hasna bersara tetap orang panggil cikgu… PTD hasna bersara … orang tak panggil pun PTD hasna pun… doa untuk guru ada disetiap doa muslimin dan muslimat sebagai mualimin wa mualimat…. Tak ada pun PTD yang didoa dalam doa setiap muslimin….


Selamat Berjaya kepada cikgu-cikgu….

No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...