Wednesday, February 08, 2012

2 years Old Aiesyah Humaira

Cuti 4 hari. Tak kemana pun… duduk di rumah sahaja. Aiesyah demam… buat ragam… hari sabtu tak nak makan… minum susu sahaja. Hari ahad tak nak minum susu… order air milo kotak sahaja… berkotak habis. Sampai ayah nak kena pergi pasaraya cari milo kotak tu lagi… dah habis aiesyah akan memerap tak nak duduk… pukul dua pagi bangun dari tidur bonda ingat aiesyah nak minum susu… rupanya nak air milo jugak… tapi malam-malam…. Aiesyah minum setengah kortak sahaja. Pukul 7 pagi aiesyah dah bangun… pun air milo jugak…. Hari selasa baru aiesyah nak minum susu balik… itu pun tak habis…jadilah… asal kan tak order milo kotak tu lagi.

Aiesyah Dah dua tahun satu bulan 18 hari. Dah makin ligat bercakap. Dah makin panjang akal… mula lah banyak hal… nak keluar rumah… buka pintu kasut. Kasut aiesyah terbaris pada rak paling atas. Aiesyah pilih sendiri nak pakai kasut mana. Dah mandi pun aiesyah pergi ke gabtungan baju-baju aiesyah. Pun aiesyah pilih sendiri nak pakai baju mana. Kasut dan baju yang bonda pilih aiesyah tak nak pakai.

Makan pun sekarang dah demand.
“ Nak nasi, nak kicap, nak air “ kalau diterjemahkan maksudnya nak nasi taruk kicap letak kuah sikit.
Bonda dah ajar aiesyah makan dimeja. Tak ada lah sepah diruang tamu. Tapi selalunya ditengah makan aiesyah akan berhenti dan pandang bonda.
: nak nasi, nak tb, nak tatun” diterjemahkan maksudnya… aiesyah nak makan depan TV tengok kartun.

Tu je lah kerja aiesyah kalau duduk dirumah. Kartun dah jadi sebahagian dari hidup. Bonda sekarang dah tak tengok TV lagi. Aiesyah sorang saja yang control TV tu. Semua katun dengan lagunya sekali bonda dah naik hafal. Sampai ayah pun heran anak dengan mak sama-sama melayan kartun  satu hari. Dah tak ada lagi drama-drama atau movie yang bonda boleh tengok. Kalau bonda buka channel lain aiesyah akan jerit-jerit minta tukar balik channel 613 tu. Siap sorok lagi remote tak nak bonda tukar balik…
“ no! no! tannot” kata aiesyah pada bonda. No no cannot… dengan jari telunjuk dihayun-hayun depan mata.

Aiesyah dah cekap membilang satu sampai sepuluh. Sekali sekala bonda dengar ada jugak aiesyah sambung belas-belas… tapi tak betul pun belasan aiesyah tu. One to ten pun dah pandai. Siapa yang ajar…? Mos-mos yang ajar (mickey mouse). ABC jugak aiesyah tak pandai lagi… aiesyah memanglah tersangat suka menyanyi. Macam-macam lagu aiesyah nyanyi… lagu nenek sibongkok, enjit semut, papa ku pulang, lagu ibu, twinkle little star, old mc Donald, burung kaka tua, dan banyak lagi lagu-lagu yang aiesyah ajuk dari kartun-kartun tu… tapi lagu paling aiesyah suka buai laju-laju. Sehari kalau bonda tak dengar memang tak sah.

Aiesyah dah pandai kayuh basikal roda tiga tu… laju lagi. So hari-hari aiesyah ajak bonda pergi pegond (playground). Sampai bonda pun malas nak layan nak pergi playground tu hari-hari. Aiesyah sangat suka tengok kren. Kren yang orang buat bangunan tu. Kalau jumpa aiesyah akan jerit… “ bonda! Bonda! Teen… teen.. teen situ munan ada. Wah…Titi-nya!” diterjemahkan… bonda kat bangunan tu ada kren. Wah tinggginya”. Train pun aiesyah suka. Tapi aiesyah tak panggil train. Aiesyah panggil tinton (chungginton) hasil dari pengaruh kartun train chungginton tuh.

Kalau ayah layan aiesyah sembang… memang macam ayam dengan itik. Sebab ayah tak faham apa aiesyah cakap. Ayat aiesyah tunggang terbalik.

Rasanya itu saja entry khas untuk aiesyah yang dah masuk 2 tahun pada 21 12 2011 yang lalu….

Aiesyah Humaira

love to draw
Love pets


playing piano
saya memang gila air!!!

semoga jadi anak yang solehah..


1 comment:

  1. Salam.hasna, dah besar anak ko kan..comel je perangai dia.sama la ngan mawaddah..byk ckp cam mak dia gak..hehe..moga anak2 kita m'besar menjadi anak yg solehah..amin..

    ReplyDelete

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...