Sunday, July 22, 2012

Tiba-tiba teringat 3; i love my notes

Here i’m. In the middle of the night. Adik bangun nak refill perut. Jam satu... awal pulak anak teruna ni jaga. Jam satu hingga 3 mmang masa saya. Why?? Sebab kalau saya terjaga waktu ini, mata amatlah segar sekali. Otak pun ligat. Confirm tarak tidur balik punya. That why saya selalu pastukan sayab tidur/lena sebelum jam 12. Kalau tak, tunggulah next trip untuk mengantuk sekitar jam 3 atau 4 pagi.

Kalau semasa belajar dulu... waktu macam ni saya reserved untuk study topic yang paling susah. Kalau waktu dah nak exam, wajib saya bangun waktu macam ni. Otak tengah tersangat segar. Ilham pun banyak datang. Baca apa pun senang faham. Ho.. ho.. don’t get me wrong. Saya bukan kaki studi...

Oleh sebab sepanjang satu semester saya tak pernah study... preparation untuk exam bagi saya dah bermula lebih kurang sebulan sebelum minggu exam. What did i do?

I was making notes. Semasa membuat nota semula nilah proses memahami akan berlaku. Bila dah faham baru senang ingat. Otak saya bukan jenis yang suka menghafal. That why i hated bio. I loved physic and math. Understand the fundamental then u can easily understand the others... l really hate nota yang panjang lebar...penuh dengan tulisan-tulisan, ditambah lagi berhelai-helai muka surat. I would transform it into my kind of notes. I love graphic notes. Satu topic atas sekeping kertas a4 dalam bentuk mind mapping and i was really good in making that. People also love my note. Percaya atau tidak... nota-nota saya still exist in bumi UKM walaupun saya telah meninggalkan pengajian ijazah lebih kurang 6 ke 7 tahun. Ha ha... terutama nota kimia asas 1 dan 11 yang saya tengok dah jadi nota wajib ada pada student-student ni. Tapi dah berkarat-karat saya tengok sebab dah banyak kali lapis dah di Photostat. Agaknya kalau saya buat hak cipta nota saya ni dulu dah kaya dah saya sekarang... tapi tak pe. Demi ilmu saya kasi free sahaja. Photocopy cost tanggung sendiri. Banggakan nota yang susah payah kita buat dulu masih diguna student junior sampai sekarang.

Chinese student really love my notes. Dalam dua minggu sebelum exam, si Aling akan setia bertanya setiap hari sama ada saya sudah siapkan nota saya atau belum. Saya tau... dia tukang Tanya dan tukang dapatkan nota saya... lepas tu habis semua Chinese student kuliah saya (yang kapasitinya ebih kurang 50-50 dengan student melayu) Photostat. Tapi saya ok je. Sebab student cina ni, orang bebudi diorang berbahasa. Sebagai balasannya saya sentiasa ada bekalan stok soalan past year siap dengan skema jawapan skali. Kadang-kadang skema jawapan datang dalam bahasa cina. Jadi aling akan translate dulu.... Diorang ni bagus... setiap batch akan donate soalan exam untuk junior akan datang.

Tapi bukan semua boleh pergi dengan nota mind map ni. Sesetengah kawan saya memang tak boleh masuk dengan nota saya. Jadi saya rasa yang paling penting kenal pasti cara yang paling berkesan untuk kita study. Ha ha...percaya atau tidak... seminggu sebelum exam biasanya nota-nota saya dan complete untuk semua subjek. Itu juga bermakna saya dah faham hampir semua benda. Tinggal nak hafal mana yang patut sahaja.

Waktu saya belajar kat U lah baru saya tahu saya ada memori jenis photografik. Sebab saya sebenarnya bukan mengingat isi nota tapi saya mengingat grafik satu kertas nota yang saya buat. Siap saya boleh tau warna dengan kedudukan lagi. Siap waku jawab soalan kalau saya lupa saya boleh tulis balik nota tu sebijik sama dengan nota sebelum yang saya buat dengan kedudukan yang tidak berubah sikit pun untuk recall balik jawapan yang saya nak cari. Tapi ingatan photografik ini hanyalah ingatan jenis jangka pendek. Habis je exam maka terpadam lah semua memori yang dasyat tu...

Tapi semua tu dah jadi kenangan dah.... saya je yang tetiba teringat tengah malam buta ni...


2 comments:

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...