Wednesday, September 19, 2012

Hentikan modul luar dpa?

Saya dikejutkan pemergian rakan seperjuangan...
Ini adalah kematian kedua dalam tempoh dua tahun.
Tahun 2010 dan 2012.

Keduanya ketika menjalankan modul tentera....
Yang pertama di kem jugra. Kali ini di kem wataniah pekan

Ketika tragedi 2010 terjadi
Semua pegwai pengajar diploma pengurusan awam (dpa), ditukarkan serta merta.
Dalam usaha untuk tidak mengulangi tragedi ini.
Modul luar dpa disemak kembali.

Yang telah tersurat tetap akan terjadi....

Masyarakat bertanya kembali...
Perlu kah pegawai tadbir diplomatik (PTD)kerajaan menghadiri kursus yang dikatakan merbahaya ini?

Masing-masing punya pendapat sendiri...

Bagi saya..
Modul luar bukan sesuatu yang vital...
Mungkin Hanya memberi nilai tambah

Amnya... hampir semua rakan seperjungan saya mengakui
Tanpa modul luar
Dpa adalah hampir bosan dan biasa
Modul luar menjadikannya sedikit luar biasa....
Namun berikanlah seguni ringgit di depan mata
tak akan mahu saya ulang semula..

Tatkala saya berkursus...
Modul bomba memang mencabar fizikal
Modul OBS yang mencabar mental
Modul polis dipertengahan antara keduanya
Modul tentera gabungan keduanya (fizikal dan mental)

Mendaki gunung, merentas paya
Merentas lautan 10jam dengan berkayak
Bersengkang mata dihutan malam hari...
Memikul beban lebih dari 15kg membawa O2 tank
Push up, star jump dan lompat lalat lebih dr 100x setiap satu
Dikerah, diuli.... hingga sebati semua aktiviti lasak dengan kami
Bunyi dentuman pistol senapang juga kami telah lali
Memang antara pengalaman yang tidak seorang pun antara kami akan lupakan...

Merbahaya...?

Saya tak pasti modul luar dpa sekarang...

Saya optimis bahaya ada dimana2
Dihutan, di lautan, mahupun dijalan raya.
Risiko tetap ada dimana-mana.
Modul luar dpa, tetap mempunyai risiko sendiri...

Antara kami usianya berbeza-beza
Ada teruna dara
Tak kurang yang anak sudah tiga
Ketahanan memang tidak sama

Tatkala fizikal dilanyak,
Mental di asak
Pemikiran kadangkala jadi separuh masak.

Apa yang saya mahu ketika itu
Hanya menghabiskan modul tanpa gagal....

Kerana itu kami sentiasa diingatkan
Sentiasa berhati-hati dan jaga keselamatan

Apa pun bahaya yang saya lalui...
Saya akui
Modul luar memang menguatkan mental dan semangat kami.

Pegawai dan pengajar dpa saya kira pasti gusar
Apa lagi yang perlu di tambah dan di bubar...
Semoga kalian lalui ujian ini dengan penuh sabar...

Kepada pelajar diploma pengurusan awam 2012
Semoga anda semua tabah dan gagah dengan dugaan ini....

Al fatihah buat arwah Aldy Hasmi Abu Hasan...
Semoga pemergian nya tidak disia siakan
Buat iktibar kita yang menguruskan 'kehidupan'
Memperbaiki segala kecacatan

Buku Tuhan sedang menguji...

2 comments:

  1. 30k memohon, 0.3k yg dpilih. Anda semua telah memilih dan terpilih. Buktikan bahawa 1% ini bukan insan yg lemah dgn dugaan ini. Beliau akan bsama anda semua sbg kluarga PTD DPA 1/2012..

    ReplyDelete
  2. modul x salah....mungkin persediaan keselamatan perlu dipertingkatkan

    ReplyDelete

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...