Virus ini memang tengah
popular sekarang… tak lut sangat pada orang dewasa atau mereka yang berantibodi
kuat… tapi mudah menyerang kanak-kanak bawah 5 tahun… Rotavirus ini mudah
berjangkit melalui sebarang bendalir dari badan pesakit mahupun melalui udara.
Jadi kalau sekarang anda mendengar seseorang berkata
“ sekarang tengah musim
budak2 cirit birit”
Maka betullah tu. saya
memang dah perasan sejak kebelakangan ini bayak rakan yang menulis di wall FB
tentang keadaan tidak sihat anak2 dengan gelaja seperti berikut:
Demam berulang
Batuk/selsema berulang
Cirit birit
Muntah
Dihidrasi (perlu di wadkan
– kalau boleh)
Kerana penangan rotavirus
ini ada juga client En Habib yang claim insuran Pru’ kerana anaknya yang
dimasukkan ke hospital.
Cuma tak sangka pulak anak
sendiri akan claim insuran warded hospital (mengambil balik kata2 en Habib).
Petang itu (selasa) memang
dah bawa aiesayh dan adik ke Padiatrik Annur. Sebab budak berdua ini secara
berjemaah cirit birit dan aiesyah pulak demam. Jadi waktu ke Annur Hospital,
taklimat rotavirus ini dah diberi oleh Dr. disebabkan kondisi dua orang budak
ni tak teruk dan tidak hidration maka doc bagi ubat sahaja lah… tapi malamnya…
aiesyah mula muntah berterusan. Sampaikan semua yang disuap semuanya akan
keluar balik… jadi sepanjang malam aiesyah dan bonda tak tidur… lepas muntah
dia akan tidur balik… dalam setengah jam dia akan terjaga dan minta air kosong.
Kesian… bagi air kosong memang habis segelas diminum menunjukkan betapa
dahaganya dia. tapi lima min selepas itu dia akan muntah balik. Dan begitulah
sehingga pagi. Jadi subuh itu memang Nampak dia tak bermaya.
Tanpa berfikir
panjang terus kami decide nak warded kan aiesyah sebab tak nak keadaan hidrasi
ini berpanjangan. Kami terus ke KPJ kajang. Ini kali pertama saya berurusan di
KPJ Kajang. memang saya selesa dengan Hospital Annur. Tapi disebabkan panel
insuran di KPJ jadi kami terus ke sana awal pagi. Setelah doctor mengesahkan
yang aiesyah ada symptom rotavirus dan telah hidration maka aiesyah pun di
wardkan. Kalau di hospital kerajaan hidrasi awal belum tentu di wadkan… sebab
wad kan selalu penuh (jadi reserved utk yang paling2 kritikal sahaja- hanya
berlaku di hospital kaw lembah klang)… jadi bagus juga ada insuran sebab
kes-kes pertengahan kritikal ni dapat perhatian yang baik (sebelum beralih
kepada kritikal).
Bilik aiesyah mamang
selesa. Tingkat 5, wad kanak-kanak. Sebilik dua orang dengan tandas sendiri.
TV, almari semua pun complete. Dan wad sangatlah ceria bagai… sesuai dengan
jiwa kanak-kanak. Tapi tak disangka yang aiesyah sebilik dengan baby Ammar
(sepengasuhan). Baby Ammar pun di wad kan kerana factor yang sama (kan senang
berjangkitkan…). Baby Ammar tua sebulan dari Adik Abu Bakr. Dia warded awal
sehari dari aiesyah. Bila fikir… macam berjanji pulak nak sebilik.
Hari pertama memang lah
aiesyah diam sahaja. Kerjanya tidur dan duduk diam. Tak banyak cakap. Jadi
seronoklah ayah yang jaga aiesyah hari tu. Tapi hari kedua… jam 5 pagi dah
bangun dan sangatlah hiper active sehingga melelapkan mata jam 6.30 petang.
More than 12 hours, aiesyah mengomel macam-macam dan berlari kesana kesini
bermain (banyak sangat benda yang boleh dimain di wad ni). Haiyoo letih bonda
melayan kamu. Sampai doc tegur sapa yang sakit? Bonda ke aiesyah? Hari kedua ni
aiesyah dan tak muntah. Tapi sangat kerap cirit sehingga perlu berganti baju
beberapa kali. Masuk hari ketiga aiesyah dah ok. Dan petang tu kami dah keluar.
Kami tinggalkan Baby Ammar yang masih belum sembuh. Sepanjang saya jaga aiesyah
(start hari ke2) aiesyah memang lah sangat enjoy duduk hospital. Seronok sangat
budak ni. Tak kisah tak balik rumah. Tu yang ligat tak tidur siang. Siap dah
hafal kat bawah tingkat G tu ada kedai (jual buku), jadi tiap hari nak gi kedai
beli buku dan belon. Sepanjang masa jugak saya sentiasa rasa lapar (tak tahu
kenapa… mungkin aircond bilik sangat sejuk dan sangat boring). Jadi tak cukup
makanan yang hospital kasi (sangat sedap sehingga menjilat jari), saya add lagi
dengan menu kat kafe bawah (pun menjilat jari jugak). Jadi bonda kat hospital memang
manambah berat badan.
Terima kasih kepada
Prudential kerana menaja percutian 3 hari 2 malam di KPJ Kajang. (ha-ha…). Kita layan video yang diambil sendiri oleh si pesakit
(bangau oh bangau versi Aiesyah. nayanyian terpaksa dihentikan kerana nurse dah datang nak bagi ubat)
Tapi cerita tak habis
lagi… sekarang adik pulak yang berjangkit. Adik ni Nampak sangat kuat… sebab
dia masih dapat makan dan minum susu dengan baik. Biasanya budak yang dapat
rotavirus ni akan loya minum susu dan tak nak minum susu. Itulah menjadi
penyebab hidration dan kalau minum pun dia akan muntah. Adik mungkin bernasib
baik sebab dia minum susu bonda. Jadi susu bonda tak meloyakan agaknya. Jadi dr
tak wadkan dia. Cuma bagi ubat treatment di rumah sahaja… tapi memanglah adik
tak nak duduk… asyik berdukung sahaja… sehingga saat menulis entry ini… demam
dan cirit adik dah beransur. Cuma batuk adik yang Nampak tak surut lagi….
Semoga Abu Bakr Al-Kauthar
cepat sembuh….
Selepas insiden ini… saya
dapati banyak manfaat yang saya dapat sebagai ibu bapa apabila membeli insuran
untuk anak. Saya dapat buat keputusan yang saya kira paling baik. Kalau saya
nak mengharap hospital kerajaan ( bukan merendahkan tapi sedia maklum bahawa
pesakit GH sangat ramai dan melebihi kapasiti ), belum tentu anak saya akan
dilayan dan mendapat rawatan intensif. Saya tidak risau dengan bebanan kewangan
kerana bil perubatan ditanggung oleh insuran.
Ho ho… saya buat promo
insuran. Boleh call Mr habib untuk keterangan lanjut….
No comments:
Post a Comment