Waktu saya kecil
Saya bercita-cita nak
macam mama dan abah
Itu sahaja yang saya Nampak
hari-hari…
Buktinya
Saya suka main
masak-masak
Main pondok-pondok
Saya akan jadi mak…
Ambil rumput,
potong-potong
Buat-buat potong
sayur…
Masuk dalam tin
kacau-kacau…
Sekali sekala saya dodoikan
anak patung yang mama belikan
macam mama yang
dodoikan adik saya menangis
Terasa cita-cita tu
terlaksanan walaupun tipu-tipu
Bila saya dah pergi
tadika/ sekolah
Saya berangan nak
jadi cikgu…
Saya main pulak
cikgu-cikgu dengan adik saya
Sayalah cikgunya…
Dah lagi besar…
Bermimpi Nak jadi doctor
pulak…
Sebab selalu jugak
saya demam dan abah bawakkan ke klinik
Tengok doctor dengan
wayar yang berbelit dileher
Dari telinga dan
hujungnya bulat diletak di dada saya
“ tarik nafas….”
Saya main pulak doctor-doktor
Macam selalulah…
Sayalah doktornya…
Sehingga satu tahap
Saya pernah nak jadi
PM
Waktu tu dah pandai
baca surat khabar
Nonton warta berita
hari-hari Nampak PM
Seronok jadi PM ni
Cakap sana
Cakap sini
Sampai kekadang saya
tak faham
Apalah yang seronok
sangat orang yang mendengar sampai bertepuk-tepuk tangan
Ohh… diakan PM
Tapi tak adalah saya
nak main PM-PM pulak
Dah besar
Waktu tu saya suka
bercakap, mencapap (boleh kata gila glamor jugak)
Nak jadi PM…..
Pantang ada pertandingan
bercerita/ bersyarah/ berdebat
Kat situlah saya
berlagak jadi PM (ehh hemmm hmmm)
Bila saya masuk matrikulasi
dan IPT
Standard
otak dah tinggi
Jadi dah sedar diri
Tak ada nak gila
capap lagi
Jadi cita-cita PM tu
mati sendiri…
Macam-macam saya nak
jadi
Loyer, engineer,
architect semua pun saya bermimpi...
mana tahu jadi
realiti
Saya dah dapat dah
jadi jurutera
Tapi tak sampai tahun
saya berenti kerja
Rasa tak kena dengan
jiwa
Rasa tak merdeka..
Saya sambung buat
sarjana
Sempat merasa jadi
researcher dan tutor
Konon-konon nak jadi
pensyarah muda
Tok tik tok tik
(bunyi jam)
Sekarang saya jadi
pegawai tadbir dan diplomatik
Memang sikit pun tak
pernah terdetik
Tapi tuhan lebih tahu
Sememangnya ini yang
saya mahu
Benarlah hidup ini
macam pusingan jam
Habis pusing kembali
ke asal
Pelik…
Sekarang saya nak
jadi macam mama dan abah balik
Anak membesar dan
terdidik
Bezanya
Saya adalah mama yang
pernah jadi engineer, researcher, tutor
Pernah bermimpi nak
jadi Lawyer, Lecturer, Doctor
mahu pun Prime
minister
kata mama
biar lah anak saya
paling kurang
hebatpun
jadilah macam saya…
the end….
Moral of the poem
(kalau boleh dikategorikan poemlah)…
Anak-anak akan
bercita-cita dengan apa yang di rasa dan Nampak…
Standard ambition
bagi kanak-kanak yang bercita-cita nak jadi cikgu atau doctor atau polis mahu
pun princess sebab itu yang dilihat
hebat pada usianya.
Dia tak kenal lawyer,
tak tahu architect…
Lebih tinggi exposure
kepada kanak-kanak lebih tinggi dan jauh pemikirannya
Usia yang kecil bukan
penghalang ibu bapa membawa pencerahan jauh kepada kanak-kanak (kerana ramai
ibu bapa memberi alasan anaknya kecil lagi… kesian nak ajar itu dan ini)
Terpulang kepada
kreativiti ibu bapa untuk mengajar dengan cara yang lebih santai sambil bermain…
Biarkan anak bermimpi
dan berangan menjadi apa yang dia mahu
Mimpi itu adalah
kunci
Untuk sesuatu yang
lebih besar dan tidak kita ketahui…
Bercita-citalah
Seperti mana
Muhamad al fateh bermimpi
untuk menawan Rom
Seperti salehudin
ayubi berangan-angan menakluk Jurusalem
Cita-cita hari ini
Adalah mimpi semalam
Reality di masa depan…
Saya paste sikit dari
langit ilahi sedikit sirah mengenai cita-cita dikalangan para sahabat
Amirul Mukmin, Umar Bin Khattab –
suatu hari meminta para sahabat untuk mengungkapkan apa yang mereka
cita-citakan.
“ Bercita-citalah kalian!.”
Lalu, seorang sahabat menyahut :
“ Aku ingin sekali seluruh
bangunan ini terisi emas yang boleh aku infakan di jalan Allah SWT.”
Umar berkata lagi,
“ Bercita-citalah kalian!.”
Seseorang menyatakan :
“ Aku ingin ruangan ini dipenuhi
dengan permata dan mutiara yang boleh aku infakan di jalan Allah SWT.”
Umar berkata lagi,
“ Bercita-citalah kalian!.”
Mereka mengatakan, “ Kami
tidak tahu apa lagi yang boleh kami cita-citakan selain itu ya Amirul
Mukminin.”
Saidina Umar Al-Khattab berkata :
“ Aku bercita-cita kalau ruangan
ini penuh didatangi oleh orang-orang besar seperti Abu Ubaidah Bin Jarrah,
sehingga aku boleh berjihad di jalan Allah SWT bersamanya.”
Subhanallah.Subhanallah.
Subhanallah.
Luar biasa hebat!
From
http://langitilahi.com/12887