Friday, May 10, 2013

Dalam Kenangan...

Masih simpan lagi tak Kad kahwin dulu?

ha ha... 

saya masih...
sebelum lunyai dimamah tahun
abdikan lah dulu dalam blog. esok-esok kalau dah tak ada nanti
boleh jugak jengok picturenya di sini.

Satu set ada rumah. diletak di atas rak.
Satu set lagi ada di pejabat.
buat penawar dikala stress...

ohhh memang saya suka tengok hari hari
kadang-kadang bukan tengok je...
belek-belek jugak... 

sangat mujarab dikala otak tengah 'sangkut' / 'hang' di office.





Design kad saya ambil yang telah sedia ada direka olah pengeluar.
manakala susun atur wording dan picture dalam saya buat sendiri.
map dibuat oleh abang saya. Kad ini dicetak bersekali untuk kedua belah pihak. Ada dua jenis. satu yang berkulit keras. satu lagi dari craft paper. kertas helaian dalam pun dari craft paper. kad ini direalisasikan oleh Doc Hasni yang waktu itu tengah study di Medan Indonesia. Terima kasih ye doktor...

Saya sangat suka semua poem dan doa yang dikandungkan dalam kad.

" Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya,
memberkati mereka berdua
dan kiranya
Allah meningkatkan darjat keterunan mereka
menjadi pembuka rahmat
sumber ilmu dan hikmah
serta pemberi rasa aman bagi umat"
(doa Rasullah pada hari pernikahan Say. Fatimah)

" Love fills the moment
And moment begins aternity
Loves fills a lifetimes
And lifetimes begin this hour....

"Y Allah Ya Tuhan Kami
Kami memohon doa dan restu
Berkatilah Majlis ini di bawah Rahmat Mu
Agar ia sempurna selalu
dan semoga jodoh pasangan ini
Nur Hasna & Mohd Redzuan
Berkekalan hingga akhir hayat
Dunia dan Akhirat
Kurniakan mereka anak yang soleh dan solehah
Kehidupan yang mawaddah dan rahmah
Amin Ya Rabbal Alamin."


Walaupun dah 5 tahun...
kertas masih baik dan elok seperti baru...
bagus betul kualiti kertasnya...
gam nya pun tak tertanggal, walau selalu dibuka.

kosnya tak semahal diMalaysia.
Kad kulit keras bersaiz 21x12 cm dalam RM1.50 dengan cetakan 1000x
kad dengan craft paper 20x10 cm
RM 1.00 dengan cetakan 500x
lagi banyak cetakan lagi murah...
ha ha... 5 tahun dulu ye...
sekarang mungkin dah naik 50sen.
cost cover delivery skali.
tapi delivery dia tu secara black market sikit....
pasal kitorang kena kutip kat pelabuhan sendiri... jadi pengeluar ni main pesan dan tumpang kapal je.... 
nasib baik sampai.

doa saya sempena pagi jumaat:
 
Ya Allah 
Engkau mempermudahkan jodoh adik-adik ku
berikan kepada nya
yang sebaik untuk nya
yang akan sentiasa disisinya
yang soleh dibawah berakah mu
yang mengangkat darjat keturunan ibu bapa ku
semoga akan lahir mereka yang menjaga Agama Mu
Dan memberi syafaat kepada ibu bapaku
Amin....


: mod nak jadi wedding planner










No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...