Selepas berakhirnya pru13
hinggalah tertubuhnya kabinet baru semalam… isu rasism belum Nampak mahu surut…
mula tercalar selepas kekalahan beberapa calon kuat BN dan prestasi merosot BN.
Selepas itu retaknya makin mula menjalar bila isu tsunami Cina mula
dibangkitkan dan dieksploitasi barisan Pembangkang.
Tak salah sayangkan
bangsa. Ia adalah lumrah. Tak salah sayangkan agama… ia adalah fitrah. Dalam satu
kerajaan berbilang bangsa seperti Malaysia… modul yang paling tepat untuk
dirujuk adalah Kerajaan yang dibina Rasulallah.
Apa yang menyebabkan Madinah yang mempunyai kepelbagaian agama dan Bangsa menerima mudah Rasulallah sebagai
Pemimpin meraka? Tidak takutkah nanti mereka dipinggirkan… tidak risaukah kuasa
ekonomi yahudi yang menguasai madinah ketika itu diambil alih saudagar islam?
Paling jelas yang tak perlu
disuluh… mereka ini percaya dengan kredidibiliti yang dibawa Rasulallah. Mereka
ini walaupun tidak memeluk Islam, menerima Rasulallah memimpin daerah mereka
kerana rasa percaya dengan akhlak yang ditunjukkannya. Yakni mereka ini juga
tidak meresa terpinggir dan sentiasa diberi perhatian adil oleh Rasulallah… Rasulallah
Berjaya menyampaikan tanggungjawabnya dengan baik, adil dan amanah. Tidak ada
yang merasa teraniaya mahupun terpinggir atau dipinggirkan. Tidak ada yang
merasa tindakan Rasulallah itu akan berpihak kepada satu kaum sahaja tanpa
melibatkan kepentingan kaum-kaum yang lain walaupun Rasulallah itu
terang-terangan seorang pesuruh Allah yang diberi tanggungjawab menjadi
Penyampai Agama Islam. Mohon rujuk tindakan Rasulallah yang enggan
bersembahyang digereja walaupun dibenarkan oleh pengganut kristian hanya kerana
Rasulallah tidak mahu ada yang beranggapan beliau mahu tukar gereja kepada
masjid.
Jelas melihat bagi
Rasulallah ini PERSEPSI rakyat adalah sangat penting bagi terus meyakini dirinya
sebagai pemimpin, Maruah agama yang disampaikannya, dan ajaran yang di ajar
oleh Tuhannya.
Mudah bukan…? (kedengaran
memang agak mudah).
Prinsipnya itu yang saya
maksudkan mudah. Pemimpin perlu menjaga akhlaknya, amanahnya, perbuatannya….
Kesimpulan mudah
Memartabatkan/mengikut/memilih pemimpin yang DIYAKINI oleh rakyat adalah FITRAH
tidak kira anda Melayu, Cina , India yang beragama Islam, Budha mahupun Hindu.
Justeru, jika difikirkan
kembali apa yang menyebabkan berlakunya Tsunami Cina (dan Tsunami Melayu juga :
kurang di highlight media) adalah satu unsur fitrah manusia. Saya tidak
terkejut bila seorang melayu beragama islam mengundi Parti yang tidak sinonim
dengan Melayu dan Islam. Selaku seorang yang beragama Islam memang akan ada prasangka
status “memartabatkan Islam”, namun bukan pengundi yang patut disalahkan.
Pemimpin perlu menilai diri sendiri. Justeru menyalahkan pengundi adalah jelas
satu tindakan yang kurang baik.
Daripada kita berprangsaka
negatif (Cina punyai agenda… Melayu gilakan kuasa), lebih baik kita kepangkal
jalan. Pemimpin kerajaan banyak dikaitkan dengan salah guna kuasa dan budaya
kaya raya, manakala pemimpin pembangkang pula banyak dihubungkan dengan budaya
salah laku, demonstrasi dan agenda-agenda tersembunyi.
SAMA ADA IA BENAR MAHUPUN
FITNAH,
kedua-dua pihak selaku
pemimpin perlu membetulkan persepsi rakyat ini. Sudah sampai masanya pemimpin dan
penyokong “jitu” kedua parti berhenti mencari kesalahan lawan, mengucarngacirkan keadaan, melainkan kembali
membetulkan diri. Samada menang atau kalah… berpijaklah dibumi nyata
lima tahun lagi kita bersua. Tidak akan ada apa yang akan ditolak lagi oleh rakyat jika memperlihatkan kepimpinan yang bermaruah. Aturkan strategi, berbakti, berkhidmat, Kembalikan
Kayakinan Rakyat.
Apa yang kita dapat melalui perhimpunan sebegini selain hanya memberi provokasi kepada kerajaan ?
lebih tepat: apalagi yang Rakyat mahu??
Kabinet baru yang akan perlu bertahan 5 tahun ini menggalas kepimpinan penuh berliku dalam membentuk dan memulihkan kepercayaan separuh rakyat Malaysia kepada kerajaan. Kerajaan perlu maklum bahawa mentaliti rakyat yang sebahagian besarnya adalah Pemuda/Remaja telah berubah dan berevolusi hasil sistem pendidikan yang baik yang dibina oleh kerajaan juga....
semoga barisan kabinet yang dilantik dapat memberi khidmat penuh telus dan ikhlas kepada rakyat.
saya suka kenyataan menteri Belia dan Sukan yang baru ini....
Kabinet baru yang akan perlu bertahan 5 tahun ini menggalas kepimpinan penuh berliku dalam membentuk dan memulihkan kepercayaan separuh rakyat Malaysia kepada kerajaan. Kerajaan perlu maklum bahawa mentaliti rakyat yang sebahagian besarnya adalah Pemuda/Remaja telah berubah dan berevolusi hasil sistem pendidikan yang baik yang dibina oleh kerajaan juga....
semoga barisan kabinet yang dilantik dapat memberi khidmat penuh telus dan ikhlas kepada rakyat.
saya suka kenyataan menteri Belia dan Sukan yang baru ini....
No comments:
Post a Comment