Tuesday, May 21, 2013

Mimpi Semalam, Cita-cita Hari ini, Realiti Masa Depan...



Waktu saya kecil
Saya bercita-cita nak macam mama dan abah
Itu sahaja yang saya Nampak hari-hari…
Buktinya
Saya suka main masak-masak
Main pondok-pondok
Saya akan jadi mak…
Ambil rumput, potong-potong
Buat-buat potong sayur…
Masuk dalam tin kacau-kacau…
Sekali sekala saya dodoikan anak patung yang mama belikan
macam mama yang dodoikan adik saya menangis
Terasa cita-cita tu terlaksanan walaupun tipu-tipu

Bila saya dah pergi tadika/ sekolah
Saya berangan nak jadi cikgu…
Saya main pulak cikgu-cikgu dengan adik saya
Sayalah cikgunya…

Dah lagi besar…
Bermimpi Nak jadi doctor pulak…
Sebab selalu jugak saya demam dan abah bawakkan ke klinik
Tengok doctor dengan wayar yang berbelit dileher
Dari telinga dan hujungnya bulat diletak di dada saya
“ tarik nafas….”
Saya main pulak doctor-doktor
Macam selalulah…
Sayalah doktornya…

Sehingga satu tahap
Saya pernah nak jadi PM
Waktu tu dah pandai baca surat khabar
Nonton warta berita
hari-hari Nampak PM
Seronok jadi PM ni
Cakap sana
Cakap sini
Sampai kekadang saya tak faham
Apalah yang seronok sangat orang yang mendengar sampai bertepuk-tepuk tangan
Ohh… diakan PM
Tapi tak adalah saya nak main PM-PM pulak
Dah besar
Waktu tu saya suka bercakap, mencapap (boleh kata gila glamor jugak)
Nak jadi PM…..
Pantang ada pertandingan bercerita/ bersyarah/ berdebat
Kat situlah saya berlagak jadi PM (ehh hemmm hmmm)

Bila saya masuk matrikulasi dan IPT
                                         Standard otak dah tinggi
Jadi dah sedar diri
Tak ada nak gila capap lagi
Jadi cita-cita PM tu mati sendiri…
Macam-macam saya nak jadi
Loyer, engineer, architect semua pun saya bermimpi...
mana tahu jadi realiti

Saya dah dapat dah jadi jurutera
Tapi tak sampai tahun saya berenti kerja
Rasa tak kena dengan jiwa
Rasa tak merdeka..
Saya sambung buat sarjana
Sempat merasa jadi researcher dan tutor
Konon-konon nak jadi pensyarah muda

Tok tik tok tik (bunyi jam)
Sekarang saya jadi pegawai tadbir dan diplomatik
Memang sikit pun tak pernah terdetik
Tapi tuhan lebih tahu
Sememangnya ini yang saya mahu

Benarlah hidup ini macam pusingan jam
Habis pusing kembali ke asal
Pelik…
Sekarang saya nak jadi macam mama dan abah balik
Anak membesar dan terdidik

Bezanya
Saya adalah mama yang pernah jadi engineer, researcher, tutor
Pernah bermimpi nak jadi Lawyer, Lecturer, Doctor
mahu pun Prime minister

kata mama
biar lah anak saya
paling kurang hebatpun
jadilah macam saya…

the end….

Moral of the poem (kalau boleh dikategorikan poemlah)…

Anak-anak akan bercita-cita dengan apa yang di rasa dan Nampak…
Standard ambition bagi kanak-kanak yang bercita-cita nak jadi cikgu atau doctor atau polis mahu pun princess sebab itu yang dilihat hebat pada usianya.
Dia tak kenal lawyer, tak tahu architect…
Lebih tinggi exposure kepada kanak-kanak lebih tinggi dan jauh pemikirannya

Usia yang kecil bukan penghalang ibu bapa membawa pencerahan jauh kepada kanak-kanak (kerana ramai ibu bapa memberi alasan anaknya kecil lagi… kesian nak ajar itu dan ini)
Terpulang kepada kreativiti ibu bapa untuk mengajar dengan cara yang lebih santai sambil bermain…
Biarkan anak bermimpi dan berangan menjadi apa yang dia mahu
Mimpi itu adalah kunci
Untuk sesuatu yang lebih besar dan tidak kita ketahui…

Bercita-citalah
Seperti mana
Muhamad al fateh bermimpi untuk menawan Rom
Seperti salehudin ayubi berangan-angan menakluk Jurusalem

Cita-cita hari ini
Adalah mimpi semalam
Reality di masa depan…

Saya paste sikit dari langit ilahi sedikit sirah mengenai cita-cita dikalangan para sahabat

Amirul Mukmin, Umar Bin Khattab – suatu hari meminta para sahabat untuk mengungkapkan apa yang mereka cita-citakan.
“ Bercita-citalah kalian!.”
Lalu, seorang sahabat menyahut :
“ Aku ingin sekali seluruh bangunan ini terisi emas yang boleh aku infakan di jalan Allah SWT.”
Umar berkata lagi,
“ Bercita-citalah kalian!.”
Seseorang menyatakan :
“ Aku ingin ruangan ini dipenuhi dengan permata dan mutiara yang boleh aku infakan di jalan Allah SWT.”
Umar berkata lagi,
“ Bercita-citalah kalian!.”
Mereka mengatakan, “ Kami tidak tahu apa lagi yang boleh kami cita-citakan selain itu ya Amirul Mukminin.”
Saidina Umar Al-Khattab berkata :
“ Aku bercita-cita kalau ruangan ini penuh didatangi oleh orang-orang besar seperti Abu Ubaidah Bin Jarrah, sehingga aku boleh berjihad di jalan Allah SWT bersamanya.”
Subhanallah.Subhanallah. Subhanallah.
Luar biasa hebat!
From
http://langitilahi.com/12887


No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...