gambar hiasan ihsan google |
Matahari
umpama memancar-mancar menyimbah terik cahaya menyebabkan air milo gerai tepi
jalan depan sekolah itu memanggil-mangil. Anak sulung pun belum lagi keluar
dari kelasnya. Nah secawan airnya habis di minum. Sementara menunggu si anak,
kakak air menjadi teman berbual. Sahaja ditanya perihal perniagaan air dan
jan-jan kerana didapati dapati bukan
sahaja tengahari dia berniaga di depan sekolah. Malah disebelah petang meja
lipatnya kembali dibuka didepan sekolah agama pula. Komited sungguh dia dalam
bisnes kecil tepi jalan ini.
“
bolehlah dik… kurang-kurang bersih RM 100 sehari”
Cerita
suami ku semalam itu, mengingatkan kepada nukilan chef Li. Judul bukunya sudah
ku lupa. Isinya ku ingat sampai sekarang. Jutawan tepi jalan. Jutawan goreng
pisang. Memang aku percaya peniaga ‘kelas bawahan” ini mempunyai hasil lebih
tinggi dari seorang pegawai kerajaan.
Percaya???
Jual goreng pisang boleh jadi jutawan?
Kalau
dikira-kira pendapatan kakak air tadi… bersih sehari sekurang-kurangnya RM 100.
Kalau didarab dengan 22 hari berkerja sudah 2200. Ingatkan yang RM 100 hanya
paling kurang… paling tinggi tak pulak suamiku tanya. Ambil ditengah-tengah RM
150 x 22 hari sudah mencapai RM 3300. Dah mencapai gaji seorang pegawai gred 41
kan.
Kes
1. Ketika aku masih bekerja di Shah Alam (9 tahun lepas), kilang seksyen 16 dan menyewa di
seksyen 18, teman rumahku pernah bawa ke sebuah gerai milik MBSA di tepi jalan.
Hanya jual goreng pisang. Namun ketika kami sampai… orang ramai sudah beratur
bukan main panjang. Mahu depan kami ada dalam dalam 20 orang atau lebih.
Kes
2. Sama juga gerai kuih di seksyen 7 Bandar baru bangi… macam-macam ada. Cucur ubi,
pisang goreng, keropok lekor, laksa, bihun, sup malah kelapa muda. Sering juga
menjadi destinasi hinggap bila tekak terasa nak menggoreng pisang…yang paking tepi jalan untuk ke gerai ni memang tak ingat. kadang-kadang mengundang kesesakkan lalu lintas.
Kes
3. Tidak ku lupa destinasi kuih popia pak cik seksyen 4 tambahan Bandar baru bangi.
Rasa ku inilah popia paling sedap mengikut deria rasa tekak ku yang penggemar
popia basah. 5 biji 4 ringgit. Biasanya ku beli 2-4 bungkus ( 10-20 biji). Sebab
tak selalu aku dapat kesini nak membeli. Nanti ku beri sebungkus dua di pejabat dan
sebungkus buat pengasuh anak ku yang juga penggemar popia macam aku.. 3 jam
beroperasi beratus popia basah dan goreng dijual….. ye lah… orang lain pun
macam aku juga. Dah sampai sini ada yang order sampai 5 bungkus setiap
seorang. Aku percaya kalau pakcik ni
jual beribu dalam sehari. Pak cik ni memang cekap. Tengok dia buat popia basah…
dalam tambah tolak 5 minit dia boleh buat lebih 20 popia sekali gus…
Ini
adalah kekayaan yang di cari di tepi jalan saja… melalui meja lipat dan payung atau
khemah.
Apa
yang aku mahu sampaikan… jangan pandang sebelah mata orang-orang sebegini. Mereka
bekerja… begitu juga kita… kita dan mereka tak ada beza. Cuba lah kira sendiri
tambah tolak kali bahagi… berapa pendapatan semua kes 1,2 dan 3 tadi… mahu
lebih dari gaji pegawai kerajaan gred 48 yang smart bertali leher dan berkot. Kita
seringkali diperdaya dengan penampilan. Pakaian lusuh dan tudung cap pasar
malam… ada antara mereka yang graduan university tauuu…
Jangan
mudah terpedaya…
Banyak graduan tak pandang pun kerjaya seperti ini... wal hal income sehari lagi bagus dari kerja kerani, mc D kFC, operator kilang, mahupun executive traineee syarikat swasta... apatah lagi yang duduk saja-saja. atau yang bekerja tapi mengomel sini sana betapa desakan hidup tinggi menghimpit graduan mahasiswa.
Kita
memang selalu terpedaya dengan zahir yang dilihat.
mengasihani memang sifat orang beriman...
berlebih kasihan sampai kadang-kadang jadi viral dah terkeluar dari landasan....macam kerja-kerja sitaan pihak majlis terhadap peniaga tanpa lesen jaja ataupun di tempat yang tidak dibenarkan menjaja.... punyalah rakyat malaysia kesian kat peniaga tepi jalan... penguat kuasa yang buat sitaan pun mungkin gaji lebih kecik macam penjaja tu juga siap kena maki hamun lagi....
Bukan
aku sahaja nak bercerita begini. Carilah buku chef li yang dah terbit
dalam 7-8 tahun lepas…
Cuma
nya
kalau lebih baik peniaga-peniaga seperti ini… majukan diri. Pertama
pasti kan ada lesen menjaja… kedua, kalau dah ada follower macam pak cik
goreng pisang
shah alam dan pak cik popia ni… rasanya dah boleh sewa kedai kot. atau pun sewa gerai-gerai majlis sebab nak buka kedai pun beroperasi setakat 3-4 jam tak berbaloi nak sewa kedai. Penat
maung
berniaga tapi jalan diorang ni sahaja yang tahu… jadi aku Cuma bagi
cadangan… dah banyak contoh-contoh daripada kedai tepi jalan, pasar malam tapi dah buka di lot-lot kedai siap ada cawangan lagi.
Peniaga-peniaga seperti ini sifat survivalnya tinggi. tinggalnya kurang nak mengambil risiko dalam memajukan perniagaan yang dijalan kecilan. mungkin dah selesa di tahap sedia ada.
tak ketinggalan yang baru mencuba nasib... yang ini bolehlah nak bagi peluang atau kesian lebih sikit.... Jangan pula yang tak ada bakat tapi nak juga memasak... alamatnya kalau tak bungkus ... dapat rezeki secukup makan ajalah..
gerai-gerai ini hanya ada 2 pilihan yang akan menentukan suvival. pertama mesti murah... kalau tak murah wajib kena sedap. dapat pakej dua-dua... mesti berbaris berbaris pelanggan....
Jangan terpedaya dengan penjual gerai tepi jalan ini... kita sangka dia anakkucing... tapi sebenarnya anak harimau... dia tak nak mengaum je...
Allah jua yang Maha Mengetahui
## penjaja ini saya rujuk kepada penjaja di kawasan-kawasan bandar dan padat penduduk. penjaja kecil di kawasan luar bandar dan kurang kepadatan penduduk mungkin mengalami situasi yang berlaiann
Allah jua yang Maha Mengetahui
## penjaja ini saya rujuk kepada penjaja di kawasan-kawasan bandar dan padat penduduk. penjaja kecil di kawasan luar bandar dan kurang kepadatan penduduk mungkin mengalami situasi yang berlaiann
No comments:
Post a Comment