Dah basi dah cerita GST ni. Tapi tak mengapa lah, buat
brain storming kepala saya yang dah berkarat ni. Tiba-tiba terasa nak studi
sikit gst dan kesan kepada rakyat Malaysia khususnya diri sendiri. Nak pulak
semalam seorang sepupu saya mewar-warkan tentang ura-ura kenaikan GST sebanyak
8%.
Soalan Pertama.
Kenapa kita bising setiapkali kerajaan naikkan
harga barangan?? (GST/Minyak/dll)
Soalan kedua.
Setiap kali saya membaca perihal bising tersebut
mesti akan kaitkan dengan golongan miskin yang akan terbeban.
Terbebankah golongan ini dengan kenaikan tersebut???
Soalan ketiga.
Para diskusi jugak pasti akan kaitkan dengan
kepimpinan islam yang tidak menindas golongan Miskin.
Apakah sistem Malaysia yang diiktiraf sebagai
Negara Islam tidak mengikut kaedah Islam????
Soalan Keempat.
Sejauhmana ilmu (knowledge) para dikurator tiap kali
menjadi salah sorang ‘Net-izen’ mengenai GST ini??
Soalan Kelima
Apakah pakar-pakar ekonomi di Perbendaharaan (Kementerian
Kewangan) tidak membuat research mengenai kesan ini kepada sosio-ekonomi rakyat Malaysia??
Definisi Miskin mengikut garis ukur
Kerajaan Malaysia.
Banyak kategori Miskin telah digariskan dan
diperincikan dengan baik sekali oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan
dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
1. Kumpulan B40: Pendapatan
isi rumah kurang daripada RM 3860 sebulan.
2. Mudah Miskin: Pendapatan
isi rumah kurang RM1500 sebulan
3. Miskin: Pendapatan isi
rumah kurang RM940 sebulan
4. Miskin Tegar: Pendapatan isi
rumah kurang RM580 sebulan
Kebanyakkan daripada kita tidak termasuk dalam
kumpulan ini. Kerana mengikut statistic, kumpulan 1 hingga 4 di atas mewakili
40%. Kerana itu semua golongan tersebut dikenali dengan B40.
Barangan GST 0% membantu Golongan Miskin
Institusi zakat telah menyenaraikan 6 elemen keperluan
asas yang utama iaitu,: makanan, tempat tinggal, pakaian, rawatan kesihatan,
pendidikan dan pengangkutan. Antara 6 elemen ini hanya pakaian dikenakan GST
dan makanan dicampur aduk.
Walaubagaimanapun,
kerajaan telah mengasingkan makanan yang dikategorikan sebagai asas dengan 0%
GST seperti rajah dibawah. Manakala tempias GST yang lain di seimbangkan dengan
pemberian insentif BR1M kepada golongan B40 mengikut kadar pendapatan
masing-masing.
Kebajikan golongan B40 terpelihara?
Kelihatan di atas kertas, kebajikan golongan B40
dilihat terpelihara daripada tempias GST.
B40 boleh menggunakan pengangkutan awam tanpa GST.
Malah bagi Negeri seperi Selangor, johor dan WPKL, bas-bas dibawah Negeri dan
myBus disediakan dengan tambang percuma yang dilihat mendapat sambutan meriah
dari golongan bukan warganegara Malaysia.
B40 perlu memasak sendiri makanan, bawa bekal ke
tempat kerja kerana harga makanan dikedai-kedai makan ada GST hatta sebotol air
mineral pun… maka B40 boleh membeli barangan mentah tanpa GST untuk diproses
kepada makanan harian.
Pendidikan dan rawatan kesihatan dibawah kerajaan
adalah yang termurah di dunia…. B40 tidak ada pilihan lain selain dari
menghantar anak-anak ke sekolah kerajaan dan mendapat rawatan di
klinik/hospital kerajaan yang saya kira memberi perkhidmatan yang cekap dan
efektif belum dapat ditandingi oleh hospital swasta.
B40 tetap akan terkena sedikit tempias GST bila
membeli makanan terproses, pakaian dan lain-lain keperluan atau KEHENDAK yang
akhirnya diganti oleh kerajaan dengan BR1M. Diambilkira, B40 memiliki lesen
kelas B2 (motosikal) dan memiliki motosikal sendiri dan keperluan penggunaan
alat komunikasi seperti telefon mudah alih, BR1M dilihat sangat membantu. Begitu
juga agihan zakat bulanan dan bantuan-bantuan keperluan asas yang lain dari
pemimpin setempat.
Melihat kepada penggunaan motosikal sebagai
keperluan dan kadar caj institusi memandu yang agak tinggi dan diluar kemampuan
B40, kerajaan memperkenalkan program pemilikan lesen asas MyLesen bagi 16 tahun
ke atas yang mengatasi masalah ketidakmampuan B40 dengan kadar tertinggi RM299
(mungkin lebih rendah, bergantung kepada Institut memandu).
Kerajaan juga telah menghapuskan cukai pendapatan bagi B40 yang membawa kepada penghapusan 300k pembayar cukai tidak lagi perlu membayar cukai.
Kerajaan juga telah menghapuskan cukai pendapatan bagi B40 yang membawa kepada penghapusan 300k pembayar cukai tidak lagi perlu membayar cukai.
Secara kesimpulannnya, B40 perlu berhemah dalam
berbelanja dan memendam sebarang kehendak yang dilihat tidak perlu dan bukan
keperluan asas….
Golongan paling banyak dikenakan GST
Sudah tentu golongan yang memeliki paling banyak
KEHENDAK merupakan yang tertinggi dikenakan GST. Lebih banyak kuasa membeli
beerti lebih banyak risiko dikenakan GST. Justeru, golongan berkemampuan tinggi (mewah) merupakan penyumbang TERBESAR
kepada GST Negara. Dengan kestabilan ekonomi golongan ini, GST dilihat tidak memberi
impak atau membebankan.
Golongan Pertengahan…
Bahasa pasarnya, kaya tak kaya, miskin tak miskin.
Ini adalah sebenarnya kumpulan yang merasai impak dan bebanan GST, sebarang
kenaikan barangan ataupun harga minyak. Kumpulan ini tidak mempunyai kestabilan
dalam kewangan dan berbelanja mengikut kemampuan namun tidak begitu berhemah. Mungkin
memiliki rumah sendiri justeru terbeban dengan bayaran ansuran rumah dek harga
rumah yang tinggi… terbeban dengan ansuran kereta…. Memiliki beberapa kehendak
yang seterusnya menyumbang lagi kepada bebanan ekonomi seperti alat komunikasi
pintar… perabot rumah… hiasan…barangan kemas… perlancongan….dll
Kerana kewangan yang tidak begitu stabil, sebarang
caj tambahan atau kenaikan harga barangan cukup mudah dirasai. Tidak layak juga
mendapat bantuan zakat mahupun BR1M. Justeru kerajaan telah melaksanaan langkah pengurang cukai pendapatan sehingga 1-3% bagi membantu golongan pertengahan bermula tahun 2015 iaitu tahun penguatkuasaan GST.
Segelintir kumpulan ini mungkin juga mempunyai
kehidupan yang sangat sederhana menyamai kehidupan B40 kerana melebihkan kek
ekomoni kepada simpanan dan pelaburan untuk dimikmati dihari akan datang…
Soalan keenam
Dimananakan kumpulan ekonomi anda??
Soalan ketujuh
Apa itu GST?
Diakhir pembicaraan ini, saya berbalik kepada pangkal
iaitu apakah GST (Good and Service Tax). GST adalah suatu cukai kepenggunaan
yang dikenakan ke atas pengguna apabila pengguna berbelanja. Maka lebih tinggi perbelanjaan maka lebih
sumbangan kepada GST.
GST adalah cukai yang dikemaskini menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan (Sales
and service tax , SST) yang sebelum ini dikenakan antara 3-12%.
Satu-satunya kebaikan GST kepada pengguna ini
hanya adalah pengguna tahu setiap kali perbelanjaannya ada dikenakan cukai
kerana harga barangan dan harga cukai diasingkan. Berbanding dengan SST ,
penggunakan dikenakan cukai yang terselindung didalam harga barangan dan tidak
diasingkan. Justeru pengguna sebenarnya telah lama membayar cukai keatas
barangan tanpa disedari.
Dengan kadar GST yang tetap dan diketahui umum,
para peniaga/pemborong sukar memanipulasikan harga barangan… Penguatkuasaan
oleh kerajaan khususnya KPDNKK lebih mudah dijalankan dengan dokumen-dokumen
yang lebih kemas dengan pengasingan cukai dan harga barangan. Secara tidak
langsung menyelesaikan krisis ketirisan hasil kerajaan sebelum ini dalam SST.
GST juga dilihat berjaya mewujudkan impak ‘awareness’
kepada budaya pengguna bijak terhadap masayarakat Malaysia kerana mereka lebih
berhati-hati berbelanja agar tidak menjadi penyumbang besar dalam GST.
Kesimpulan
Dasar dan polisi GST dilihat sangat baik dan memberi
impak positif secara teori. Justeru, kerajaan perlu memastikan pengurusan dan
perlaksanaan yang efektif bagi
membolehkan perlaksanaan GST memberi impak positif kepada rakyat dan telah
mengambilkira bebanan B40.
Dari sudut kepenggunaan, mahu tidak mahu kita
perlu berhemah dalam perbelanjaan.
Soalan kelapan
Bagaimana persepsi anda dalam menjawab kembali
soalan pertama hingga lima?
Soalan Kesembilan?
Dimana kelompangan / ketirisan dalam advokasi, perlaksanaan dan penguatkuasaan GST sehingga masyarakat masih memandang GST suatu bebanan dari kerajaan kepada rakyat???
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment