3 malam bermalam di Pahang.... balik rumah pokok jugak yang dituju dulu...
hujan setiap hari. pokok pun menari-nari.
Pokok kailan dalam pasu panjang yang paling besar. dah patut tuai. daun pokok kalilan uratnya makin kasar dan berwarna keunguan. mungkin daun dah tua. agaknya masih sedap tak dimakan? malam ini baru nak menutip kailan buat goreng. 2 pokok ditanam dalam kotak gabus dibelakang tersangatlah gemok. space besar agaknya.
pokok kobis macam tak berapa nak jadi... lambat besar atau dah bantut tak pastilah. pasunya di kanan sekali. tak nampak sebab along kawasan tengah buat lawatan (monster). dalam banyak-banyak pokok sawi cina... hanya dalam 5 pokok sahaja membesar dengan baik. pasunya yang panjang bewarna perang di kiri sekali. sawi bunga kuning hanya tinggal dua pokok. tu puan yang banyak kali dituai dan dikerat dan tumbuh semula.
semaian baru sawi pak choi atau sawi renek. benih dah bercambah. tunggu berdaun baru jarangkankan ke pasu.
Tomato yang dua bijik baru berputik dah tinggal sebijik. mesti kerja en squirel... waktu ke pahang, en monster pun tak ada kat rumah.. hantar hotel. berleluasalah en squirel. daun sawi pun banyak terpatah-patah.
Sebab depan rumah ni dah full haouse parking pasu, saya dah bukak cawangan kat tingkap dapur. so dapat cahaya yang tak berapa garang. light-light gitu. tanam dalam kotak gabus ais krim baskin robin yang tak berapa besar sangat. dapatlah pokok sup 2 pokok yang agak subur tapi renek je. satu pokok bawang. beberapa pokok ketumbar yang tak tinggi-tinggi. ada satu pokok kubis yang subur tersesat kat situ. esok lusa nak pindahkan ke pasu.
minggu lalu dah outstation, hujung minggu ni pun sama. jawabnya minggu satu lagilah baru dapat belek pokok2 ni betul2.
No comments:
Post a Comment