Dua bulan hujung minggu terisi dengan kerja dek program berturutan setiap sabtu dan ahad. Out station sambil bawak anak2 sekali.
Bila hujung minggu kerja, saya akan ambil cuti rehat setiap rabu. Menguruskan hal ehwal rumah tangga. Bukan working women sepenuh masa je tau.... suri rumah pun sepenuh masa...
Maka... jangan kata rumah terabai.. laman rumah lagi lah terabai.
Minggu ini alhamdulillah tak ada program... sebab sempena minggu sukan negara.... hahaha tak leh ada program lain tau...
Korang bersukan lah. I nak berkebun.... tup tap... kailan lebar daunnya besar tapak tangan saya yg kecik ni.. tomato pun besar dah start blooming. Pandai korang semua berdikarikan...
Kailan di pasu belakang nampak subur betul. Sawi pun bolehlah.. kobis di pasu kanan sekali macam lambat sungguh... wal hal semai sama dengan kailan...
Pokok tomato ada dlm 8 pokok. Ada yg besar ada yg tak berapa besar. Tak tahu kenapa pertumbuhan lain2. Ada 3 pokok dah start berbunga... pokok cili paling lebat bunganya.. berbunga jugaklah hati saya...
Dalam sibuk dua bulan sempat semai sawi cina jugak....
Dan minggu ni is fertilize timeeeee....
No comments:
Post a Comment