Perintah kawalan Pergerakan (18 Mac 2020 - kini pun belum tamat lagi....)
Memandangkan jabatan berada dibawah kategori
essential, penggiliran dilaksanakan bagi memastikan operasi berjalan. Yang lain
WFH. Jadi kami datang bila sampai giliran dan datang bila memang perlu datang
apabila kerja tersebut memang tak boleh nak WFH.
Tak ada beza sangat utk anak2 buah saya. Satu tim
jawab aduan… 4 komputer riba di tempat kerja masing-masing kelek bawa ke rumah.
Aduan dan pertanyaan kami bukan sedikit. Paling tinggi dalam agensi kerajaan. Sehari
kalau tak buka… maka bergandalah yang tertunggak. Call public memang banyak
macam-macam ragam. Semuanya divert ke telefon mudah alih masing-masing. Setia jawab
panggilan… berada di agensi ini kami memang redha jadi agensi kerajaan yang
terima panggilan tinggi. Dalam tempoh PKP, panggilan dan pertanyaan jadi
berganda. Maka bergandalah usaha anak-anak buah saya sampai terpaksa extend kerja kepada anak-anak buah orang lain juga. Terima kasih anak-anak buah orang lain.
Satu tim lagi media dan publisi. Kalau kat office
pun memang invisible. Terlindung dan berteleku dengan komputer masing atau pun
kesana dan sini bertemu guest, buat shooting atau jumpa pihak pengurusan untuk
ambil mandat. Siapkan statement media…. Siapkan design….. jawab pertanyaan
public dalam media social. jawab pertanyaan media. Jadi orang tengah antara
atas dan bawah, kiri dan kanan, agensi dengan agensi…. Kerja paling tabah adalah berperang dengan netizen. Had pertemuan minimum
menyebabkan diskusi kami kadang kala sehingga lewat malam…. Setiap kali dasar
baharu keluar, kami studi sefaham mungkin; menyedari peranan kami sebagai orang tengah.
Saya gagahkan juga untuk coretkan blog berhabuk
ini untuk kenangan dan penghargaan terima kasih saya pada mereka. Semoga saya
tak lupa jasa dan usaha mereka yang berganda dari norma biasa. Biasanya saya
buat tribute utk x boss saya… kali ini untuk anak buah…
Kenapa kena hargai??? Perlu maklum bukan senang
nak WFH dalam keadaan anak-anak juga ada dirumah. Dengan kapasiti kerja yang
sama tapi selesaikan dirumah memakan masa yang lebih panjang. Gangguan dari
anak2, siapkan keperluan kerluarga, masak dan pelbagai lagi. Belum masuk hand
phone kena kidnap dengan anak2. Hahahah…... akan jadi kenangan masam manis semua ini.
WFH risiko memang tinggi. Berperanan sebagai orang tengah, tahap elert perlu tinggi. kadang-kadang ada mesej dan panggilan yang terlepas pandang. HP kongsi dengan anak2 yang online chat dengan cikgu-cikgu yang rajin buat kelas memang tinggi risiko nak terlepas pandang ni. pun begitu, tiada paksaan dari cikgu untuk join. Sebab dah jadi pada diri sendiri juga. hahahah. kita paham juga kalau anak buah lambat reply dan tak angkat telefon. tak dapat bayangkan saya kalau anak yang bersekolah lebih dari 4 orang dan berlumba-lumba buat kelas online chat... yang rezeki baik, bolehlah beli gajet untuk anak2.

Nak bandingkan kami dengan dengan orang lain, kami
masih berada dalam keadaan yang bernasib baik berbanding barisan hadapan yang lain yang tugasan jauh lebih mencabar. Semoga Allah memudahkan usaha dan
kehidupan insan2 ini.
Biasakan yang bukan biasa.
Syukur Alhamdulillah.. Skrg kita akan berada difasa pemulihan
ReplyDelete