Wednesday, December 29, 2010

Bukan senang melihat suasana ini...

Ini kali pertama saya lihat rakyat Malaysia benar-benar membuka mata dan telinga menyokong pasukan bola sepak negara. Biar pun skuad Harimau Muda ini menunjukkan aksi cemerlang dalam Sukan Sea dan Asia, namun goncangan piala AFF Suzuki ini ternyata lebih mnyerlahkan bakat harimau didikan Raja Gobal.

Bukan mengenai sukan yang saya mahu bicarakan. tapi mengenai semangat kekitaan yang sangat jarang saya dapat lihat. Kerana tinggal di sekitar yang berhampiran Bukit Jalil, saya telah merasai Bahang perlawanagan ini seawal jam 12 t/hari. Tol Sungai Besi yang dapat kelihatan jelas dari rumah saya mulai sibuk menerima kunjungan penyokong Malaysia dari arah Selatan. Mulai jam 2 Tol Sungai besi telah sesak dengan kenderaan yang membawa Bendera Malaysia. Kalah sambutan hari merdeka... Sekitar jam 3.30 Saya dan suami sempat berjalan-jalan melihat suasana di Stadium Bukit Jalil. Jalan sekitar memang lembab. ketika kami sampai di tepi Stadium Polis Trafik kelihatan dimana-mana sahaja. Ternyata perancangan rapi telah dibuat mengatasi kesesakan ini. disekeliling saya dipenuhi dengan rakyat Malaysia yang hampir kesemuanya berbaju belang hitam kuning ataupun biru berlengan merah (jersi Malaysia).

Ada juga yang pandai mengambil peluang membuat jualan Jalur Gemilang. Saya amati harga yang tertera dari jauh. RM 10 hingga RM 50. Masih ditahap harga pasaran sebenar.

Yang menarik hati saya adalah sikap ramah dan bercampur gaul semua penyokong Malayisa. Ini baru saya katakan perpaduan yang nyata. Yang hadir Cina, India, Malayu dan kaum-kaum lain kelihatan bercampur aduk dengan akrab sekali walaupun belum saling mengenali. Kata suami saya, dalam bola, kalau kita menyokong skuad yang sama, walau tak kenal anda adalah sahabat saya. Saya suka prinsip ini. kita cuma tukar nada dan bunyi nya, walau kita saling tidak mengenali tapi kalau saudara adalah rakyat Malayisa maka anda adalah sahabat saya...

Fikir saya... kalaulah suasana begini boleh didapati dimana-mana dalam Malayisa, alangkah aman dan damainya perpaduan kita. baru lah kita boleh katakan lahirnya negara bangsa. Bangsa Malaysia.

Bukan senang melihat suasana begini....

Monday, December 27, 2010

2010

Minggu ini adalah minggu terakhir bagi tahun 2010. 2010 telah menambah satu tahun lagi pengalaman kepada saya. bagi saya 2010 adalah tahun tranformasi diri saya.



Menjadi Bonda.


2010 memberi pengalaman saya sebagai seorang ibu untuk seorang puteri. saya ucapkan terima kasih buat mama yang mampu mendidik kami berlima dengan jaya sedangkan saya masih terkial membesarkan hanya seorang cahaya mata. pengalaman menjadi ibu mendidik saya berfikir labih jauh. jauh lebih hadapan. cuba membina satu masa depan mungkin. buat saya jika berkesempatan terutamanya anak dan generasi penyambung waris saya. sehingga hari ini saya masih lagi berfikir... bonda yang bagaimana saya mahu jadi. garang? lembut? tegas? saya masih belum ada jaapan. saya biarkan sahaja masa berlalu menjadi diri saya.


Kerja


tahun 2010 masih belum memecah rekod sibuk saya pada tahun 2007. tahun ini saya rasa cuma sekali atau dua sahaja saya pulang lebih jam 10 malam. Namun saya kira tahun ini mencatat rekod caca merba dalam kerja. saya bukan lagi hanya membuat tugas hakiki tetapi lain-lain tugas yang di arah dari masa kesemasa. agak remeh apabila tidak dapat fokus hanya dalam sesuatu kerja. Remeh tapi pengalaman untuk saya dalam membina kemahiran multi tasking dan berlajar memfokus pelbagai pelkara dalam satu masa.


Bos Baru


Tiga tahun saya bekerja memberi pengalaman bertemu dengan 5 persenaliti yang bertanggungjawab sama ada langsung atau tidak dalam kerja saya di organisasi saya. lain bos lain caranya. tugas saya menyelesaikan seperti yang diarahkan. ada yang memberi kebebasan penuh kepada saya (sehingga saya seperti merasakan tiada bos), namun ada juga yang memantau setiap perkara yang saya lakukan. keduanya ada pro dan kontra. kebebasan memberikan saya berdikari, belajar sendiri dan lebih berinisiatif dan berani membuat keputusan serta berani mengambil risiko serta bertanggung jawab terhadaop setiap tindakan. Pantauan pula memberikan sedikit jaminan perkongsian tanggungan risiko kepada saya dan juga perkongsian maklumat dan pengalaman yang lebih efektif.


Perubahan persekitaran kerja dan personaliti


Saya merasai perubahan persekitaran kerja saya. lebih banyak isu-isu remeh mengganggu kerja dan pemikiran saya disini. perubahan yang bukan saya klasifikasikan tidak kondusif untuk bekerja. Tiga tahun bekerja bagi saya baru setahun jagung. namun sudah cukup untuk mengubah sedikit persenaliti saya. hujung tahun ini lebih-lebih lagi saya rasakan. cuba saya tepis namun saya harus menghadapi kenyataan. saya lebih serius, lebih tegas dan lebih garang. mungkin bukan ciri-ciri yang saya idamkan.... harus saya perbaiki. hujung tahun ini sahaja dua kontraktor saya marahi kerana kelewatan prestasi kerja.... (tahun 2007-2009 saya tak pernah marah sesiapa pun). Kalau saya biarkan saya, masa hadapan saya.... ; saya dapat bayangkan saya adalah seorang bos yang garang.. haha.


Rutin Harian


Tahun ini mungkin bukan rekod sibuk bekerja namun rekod saya sibuk dalam hal ehwal rumah tangga. menjadi seorang ibu, isteri dan pengurus rumah tangga menjadikan saya tidak keruan. apatah lagi dengan perubhan kerja suami yang memerlukan dia komited dalam kerja dan sering pulang lewat. menjadikan saya agak sendirian. ditambahlagi saya merasakan saya belum lagi mencapai stamina saya sebelum mehirkan puteri saya. saya lebih cepat penat menjadikan banyak tugasan rumah tergendala.


timba pengalaman


Saya simpul kan tahun ini saya harungi pelbagai pengalaman yang meninggalkan pelbagai kenangan. pastinya lebih mematangkan diri.



Sunday, December 19, 2010

PENGAJARAN TRESURE HUNT

Sudah lama saya tidak gerakkan pena saya ini, lantaran kesibukan diakhir tahun. justeru hujung minggu ini saya meluangkan sedikit masa untuk mencoretkan sedikit pengalaman hidup yang di anugerahkan oleh tuhan. Apa yang saya coretkan ini adalah pengalaman yang baru saya tempohi. cepat saya menulis takut terlupa apa yang hendak disampaikan.

Sertai Tresure Hunt

Alhamdulillah, saya baru sahaja selamat pulang dari aktiviti tresure hunt dari kl-melaka yang dianjurkan oleh kelab kakitangan tempat saya bekerja. Tahniah saya tujukan buat urusetia kerana bukan mudah mengendalikan kami peserta dari awal peringkat perancangan hingga ke majlis akhirnya.

Buat saya ini adalah pengalaman pertama saya dan suami menyertai aktiviti sebegini. justeru pengalaman yang dilalui akan kami kenang sebagai satu sejarah manis yang mengajar kami dimasa hadapan. Sepanjang perjalanan melalui checkpoint amat menceriakan. apatah lagi kumpulan kami adalah kumpulan pertama yang sampai ke checkpoint terakhir. berkobar-kobar kami menyelesaikan tugas terakhir dengan harapan sekurang-kurangnya dapat memenangi hadiah saguhati.


Cabaran yang sukar

Sejam juga kami menyelesaikan soalan yang saya kira mencabar bagi checkpoint terakhir ini. namun pelbagai cabaran kami harungi dek kerana kami orang pertama.

Pertamanya setiap kali berjumpa urusetia, mereka tidak bersedia... maklumlah peserta pertama...malah dua tempat urusetia terpaksa menalifon 'bos' untuk bertanya sama ada jawapan kami betul atau tidak. lama juga kami menunggu. siap seorang urusetia di pejabat pentadbiran pinjam handphone saya kerana kehabisan kredit. ketawa saya mengenangkan hal ini. Alhamdulillah jawapan kami betul.


Didenda

Namun, kami ada juga buat silap. kerana kami telah terambil senarai orang. dek kerana itu kami telah didenda penalti 15 minit. dek kerana mengakui kesalahan kami tersebut kami tiada bantahan untuk dikenakan penalti tersebut. namun saya masih gusar kerana saya telah terfikir awal lagi tentang kesalahan kami pasti menyusahkan orang selepasnya. namun kata Puan yang menunggu dicabaran ke-8, tak apa, nanti orang kami ambil nombornya akan di'arrange' kembali untuk dapatkan nombor kami pula. lega sedikit... 15 minit penalti adalah masa yang paling lama saya rasakan. apatahlagi ketika sedang kami menungggu ada kumoulan yang mahu hantar soalan. nasib menyebelahi kami. kerana mereka juga membuat kesalahan seperti kami. lalu dikenakan juga penalti 15 minit.

semasa menunggu saya perhatikan gelagat urusetia dan peserta, sedikit pelik dihati saya, apabila urusetia cabaran ke 8 mengingatkan peserta bersungguh-sungguh supaya mengambil list yang betul dengan nombor soalan. yelah... supaya tak buat kesalahan seperti kami. tidak seperti kami... tiada apa-apa ingatan diberikan. saya rasa... seandainya urusetia tidak ingatkan maka ramai lagilah yang senasib dengan kami. namun tidak kami nafikan yang mengetahui dan oeka dengan inisiatif sendiri. Agak terfikir saya ketika itu... betapa bernasib baiknya peserta-peserta ini diingatkan oleh urusetia. tidak seperti kami yang telah melakukan kesilapan ini.

Berakhirnya tempoh 15 minit, kami menghantar soalan. Lega kami rasakan kerana kami masih orang pertama. dalam hati telah berbunga-bunga. Moga-moga dapatlah. kalau ada lagi yang tidak bernasib baik... saguhati pun tidak apa.


Keputusan yang menyedihkan

Pada malam itu kami agak berdebar-debar. Namun nasib tidak menyebelahi kami apabila nama kami tidak tersenarai dalam no 1-10. Ha ha... Kecewa jugak. tapi bukan rezeki kami. Sedih juga pada mulanya... dan agak tidak berpuashati. seorang daripada kami berjumpa urusetia untuk mendapatkan penerangan. katanya kami ditolak kerana telah mengambil senarai kumpulan lain. sedih saya mendengar alasan itu. kerana perkara itulah yang membimbangkan saya sejak awal. namunkami telah didenda atas kesalahan itu... agak tegang juga kami mempersoalkan keputusan itu. Namun akhirnya kami terima sahaja. Kasihan jugak saya kepada urusetia... sudah lah penat dimarahi kami pula. sebelum beredar saya mohon maaf kepada urusetia semoga apa yang kami bangkitkan tidak disimpan di dalam hati. Kata urusetia... Ye lah tak apa. kami faham... (faham dengan kekecewaan kami, faham dengan mereka tak dapat memuaskan hati semua pihak, kalau dimenangnya peserta kermudian, kami akan tidak puashati; kalau dimenangnya kami, [eserta kemudian tidak puashati).

Terkilan

Namun agak saya terkilan. kerana ketika suasana tegang, salah seorang urusetia menjawab alasan ' kerana awak telah menyusahkan semua pihak' (kerana salah ambil senarai orang). kecil hati saya. kerana di persalahkan. Sebagai urusetia yang profesional menangani peserta, jangan sesekali menyalahkan peserta. kerana mereka cuma bermain apa yang urusetia sediakan. sebagai urusetia, anda ini telah rela hati menanggung dan mengalas sebarang tanggungjawab apasahaja kekeliruan dan kesusahan yang akan berlaku seperjang permainan ini. Urusetia sepatutnya bermuhasabah dengan memikirkan sepatutnya keadaan silap ambil ini akan berlaku dan apa akibatnya... Terkilan kedua daya adalah tidak ada sedikitpun maaf dipinta kepada kami yang sekurangnya mengubat duka di jiwa...


Ambil pengajaran...

Memang susah jadi urusetia... di telan mati emak. diluah mati bapak. sekalaung penghargaan kepada urusetia dan maaf kami pinta atas kekecohan yang kami lakukan. (pengalaman yang juga menjadi pengajaran kepada kami). saya semat di dalam hati... sebagai orang yang memberi khidmat (urusetia) jangan sesekali menyalahkan pelanggan (peserta). Sebagai urusetia juga keadilan memang menjadi isu.terfikir juga saya seandainya kami adalah peserta yang diingatkan oleh urusetia tentang pentingnya mengambil senarai tersebut...dua kali pasti kami tidak melakukan kesalahan tersebut. namun kesalahan tetap pada kami kerana tidak peka kehendak soalan (sebabitulah kena denda penalti 15 minit. ha. ha.) Semoga kita semua mengambil ikhtibar ditas perkara ini. Semoga ditahun akan datang, urusetia tidak berputus asa untuk menganjurkan aktiviti seperti ini lagi. kami pun boleh lebih berhati-hati...

Thursday, October 14, 2010

anak untuk masa depan dan masa depan untuk anak

Saya amat tertarik dengan kenyataan Puan Sri Rosmah Mansor:

" we can't creat future for our children, but we can creat aur children for the future"
"kita tidak dapat membentuk masa depan anak kita...
tetapi kita boleh membentuk anak kita untuk masa depan..."

Dalam hal ini saya sangat bertuah kerana mempunyai ibu bapa yang sangat bijak mencorak saya untuk apa yang saya ada sekarang...

Kenangan silam saya:

1. Abah buat jadual waktu harian untuk saya, sebab saya malas orangnya.
2. Mama kunci saya dalam bilik bacaan supaya saya baca buku.
3. tak boleh masuk rumah bila balik lewat dari pukul 7 malam
4. tengok tv sejam sehari. hujung minggu boleh banyak sikit.
5. tak boleh main dengan kawan atau dengan komputer kalau tak baca buku
6. memang kena marah kalau result exam tak skor
7. saya anak yang paling suka pecahkan pinggan mangkuk.
8. saya selalu lupa buat kerja rumah sampai mama terpaksa hari-hari ingatkan saya..

Pesanan yang paling saya ingat dan saya pegang sampai sekarang:

" jangan pandang orang di atas, bila kita bandingkan harta kekayaan, pangkat dan darjat, tapi pandanglah dibawah kita nescaya kita akan bersyukur dengan apa yang ada,
tetapi pandang lah atas bila kita bandingkan ilmu dan amal kita, nescaya kita sentiasa merasakan ilmu dan amal kita masih belum cukup"
(ayat ini telah diubahsuai menjadi lebih gramatis)

Ungkapan ini memang keramat bagi saya. Saya memang pegang sampai sekarang dan releven sepanjang zaman.

Segan Bahasa

Minda bangsa malaysia sedikit sebanyak telah mula menidakkan utamanya bahasa kebangsaan. Buktinya bahasa melayu pasar telah mula menunjukkan fasa perubahan yang menelan bahasa melayu. wujudnya bahasa melayu campur.

Susah nak salahkan siapa dalam mempertahankan 'katahanan' bahasa kebangsaan. Kenapa di sebut Bajet seandainya sudah ada perkataan belanjawan? Mengapa masih ada majlis rasmi kerajaan yang semuanya dihadiri oleh kakitangan (rakyat malaysia) tetapi menggunakan bahasa inggeris?

Kenapakah orang Melayu ... bila bercakap dengan orang melayu menggunakan Bahasa Melayu, tapi apabila bercakap dengan bangsa lain (masih rakyat malaysia) dah tukar kepada bahasa inggeris ( tak semuanya) ? yang selalu menggunakan bahasa melayu adalah orang melayu. yang masih lagi selalu menggunakan bahasa melayu tapi kurang sikit adalah rakyat malaysia berbangsa lain. kalau berterusan begini, bangsa lain tetap kurang menggunakan bahasa melayu.

Segan kah nak guna bahasa melayu?? Orang Melayu segan nak guna Bahasa Melayu??

Wednesday, October 13, 2010

Periuk dan Kerak

Bila kita renung kehidupan orang lain....



Saya sering kali dengar betapa tidak puasnya hati terhadap apa yang telah dimiliki. sudah menjadi fitrah manusia sering tidak puas hati. itu adalah fitrah.. fitrah yang harus disusuli dengan rasional dan usaha. seandainya cita-cita tinggi menggunung tapi tiada daya nak mendaki itu dah jadi angan-angan. tapi kalau cita-cita tinggi walau setinggi bulan namun dengan usaha dan perancangan yang berkesan akhirnya akan sampai juga ke bulan. itu angan-angan yang menjadi impian dan akhirnya menjadi kenyataan. namun kita perlu tahu, lagi tinggi gunung nak di daki lagi banyak belantara yang perlu dilalui. seandainya tiada kecekalan pasti terkandas di tengah jalan.


Manusia memang banyak angan-angan. tapi biarlah ukur baju di badan sendiri. memang banyak benda yang nak kita nikmati, rumah yang besar dan selesa, kereta mewah yang menarik 'mata' dan dalam masa yang sama kita masih boleh bergaya. bagi yang punya periuk nasi besar dapatlah nikmati kerak yang besar. tapi kalau yang periuk sederhana macam saya, kerak pun kenalah sederhana. suka saya gunakan istilah dapat satu korbankan satu. kita nak rumah cantik... tak payahlah kereta cantik. penampilan pun kurang cantik jugaklah. tapi orang zaman sekarang ada banyak sangat kemudahan. pinjaman dah jadi satu lumrah. kereta bersilih ganti bertukar. tak dapat bayar hutang, di berhutangkan lagi sebab nak tutup hutang. Ini namanya korek pasir timbus lubang. dapat lubang baru. tak hairanlah bila treasury keluarkan kenyataan ramai rakyat Malaysia berhutang dan diishtiharkan muflis.


Nak dapat semua sekali dalam satu masa memang mustahil. biarlah pelahan-lahan asalkan tak makan badan. lagi teruk kalau makan badan orang lain. Dah tahu sendiri tak mampu... nak menyusahkan orang lain.


Saya amat kesal terhadap nasib-nasib rakan-rakan saya yang menjadi mangsa fenomena 'periuk kecik berkerak besar'....






Friday, September 03, 2010

Abu Bakar Siddiq... (peristiwa Isra' Mikraj)

Abu Bakar sangat rapat dengan Rasullah. Rasullah adalah sahabatnya sejak beliau kecil. Abu Bakar kenal benar dengan sahabatnya. Muhammad seorang yang terpuji, dan tidak pernah berbohong. Muhammad sentiasa bercakap benar. Kerana itu setiap bait yang keluart dari mulut Rasullah dipercayai bulat-bulat oleh Abu Bakar.



Ketika Rasul menceritakan dikhalayak ramai yang dia dibawa berjalan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dalam peristiza Isra' Mikraj ramai yang mempersendakannya. Abu Jahal lantas memanggil Abu Bakar ke tempat perkumpulan supaya Sahabat Nabi ini dapat menyaksikan sendiri pembohongan Rasullah. Namun apa yang diharapkan tidak menjadi. Abu Bakar dengan lantang mencela perbuatan Abu Jahal dan percaya setiap perkataan yang keluar dari mulut Rasulallah adalah benar belaka. Sejak peristiwa ini Abu Bakar telah digelar As-Siddiq bererti ya yang membenarkan kerana dia sentiasa membenarkan kata-kata Rasulallah.

Bukti kata-kata Rasulallah adalah benar:
1. Rasulallah tidak pernah menipu sejak kecil.
2. Rasulallah tidak pernah ke Masjidil Aqsa sebelum ini, tetapi dapat mencirikan masjidil aqsa dengan tepat.
3. dalam perjalanan ke masjidil aqsa, rasulallah bertembung dengan kafilah yang dalam ke Makkah. kafilah tersebut telah kehilangan seekor unta. ketika kafilah tersebut sampai, penduduk makkah mengesahkan bahawa memang benar kafilah tersebut hilang seekor unta.

Abu bakar Siddiq

Abu Bakar atau nama sebenarnya Abdul Kaabah. lahir 2 tahun setengah selepas kelahiran Rasulallah. Abdul kaabah bermaksud hamba Tuhan Kaabah. Ada cerita disebalik nama Abu Bakar ini...

Abu bakar dari keturunan Bani Tammin yang terkenal dengan kapahlawanannya. Ayahnya Usman dan Ibunya Salma sangat-sangat mahukan anak lelaki untuk mewarisi harta kekayaan perniagaan yang banyak. sebelum ini mereka teh mempunyai 3 orang anak lelaki tapi semuanya mati ketika kecil. kerana itu, apabila mengetahui dirinya mengandung, salma telah berlutut didepan kaabah dan bernazar sekiranya diberi anak lelaki beliau akan namakan Abdul Kaabah yang bermaksud hamba Tuhan Kaabah. Allah telah memperkenan doanya lalu lahirlah Abu Bakar yang dinamakan Abdul Kabah. Kerana fobia kesemua anak lelakinya mati kecil sekalilagi salma berdoa didepan kaabah semoga dipanjangkan umur anaknya dan anaknya akan menjadi pembela Kaabah. Allah sekali lagi memperkenan doa Salma.

Maka panjanglah hayat Abu Bakar sehingga beliau membesar bersama-sama Rasullah sehingga menjadi sahabatnya dari kecil hingga akhir hayat Rasullah. Ibunya Salma bermimpikan bintang jatuh kertiba dimalam kelahirnya dan beliau difirasatkan menjadi pembela dan orang ternama. namun dirahsiakan oleh ibu bapanya kerana takut dengki akan mengakibatkan anaknya dibunuh. ketika baru lahir, abu bakar telah dipertemukan dengan Rasullah yang baru berusia dua tahun setengah apabila Abdul mutalib mengunjungi Abu Bakar. Bermula dari itu, kedua keluarga telah berniat untuk anak-anak ini berkawan baik...

Abu Bakar telah diterangi hatinya dan dilindungi oleh Allah dari kajahatan dan ketamadunan Arab jahilliah. Beliau tidak pernah menyembah Latta dan Uzza, meminum arak, berhibur dengan wanita dan mengecam pembunuhan anak perempuan walau ketika Rasullah belum diutus menjadi Rasul. Abu bakar dipanggil abu bakar kerana dia suka memelihara anak unta. lalu digelar abu bakar yang bermakna Bapa Unta Muda. Kerana pandai berniaga, Abu Bakar adalah hartawan ketika usia muda.

Ketika Sahabatnya Nabi Muhammad diutus menjadi Rasul, Abu Bakar tiada diMakkah. Baliau sedang berniaga di Yaman. Ketika diYaman beliau bertemu dengan seorang tua yang dihormati. Orang tua tersebut meminta Abu Bakar menunjukkan kepadanya kulit beliau di paha kiri dan perut. Abu Bakar sangat kehairanan...

Adakah kamu orang arab?(Orang Tua), Ya saya orang Arab (Abu Bakar)
Adakah kamu berbangsa Quraisy??
Ya benar.
Dari Keturunan Bani Tammin??
Mamang benar Tuan.
kamu akan menjadi orang yang terkenal. tunjukkan paha kiri dan perutmu pada ku..kerana akan diutuskan seorang rasul dikalangan kamu yang terbaik. dan firasat saya mengatakan seseorang dari keturunan Bani Tammin, bertubuh kurus, berkulit carah mempunyai tanda di perut dan tahi lalat di peha kiri bakal menjadi sahabat Rasul ini.

Maka benarlah AbuBakar mempunyai semua ciri-ciri tersebut. maka beliaupulang bersama sebuiah syair oleh yang dikirim oleh orang tua tersebut. Sekembali dari Yaman, beliau melihat, perhimpunan luar biasa di hadapan Kaabah dan sedang mengutuk Nabi Muhammad. Tahu lah dia bahawa Sahabatnya telah diutuskanAllah menjadi Rasul. dan Abu bakar terus beriman kepada Allah dan Rasul...

Wednesday, April 21, 2010

Rezeki untuk disyukuri...

Bila bab rezeki...
atau
duit untuk diri sendiri...
kita selalu tak puas hati.
walau gaji dah bertambah...
rumah makin indah...
tapi hati tetap tak berubah...
tamak kita bertambah-tambah...

tapi...
bila kita tengok tv yang sebesar gading,
tengok rakan kita di palestine yang gering...
selatan Thai yang makin runsing
Bersama mu TV3 pun dah cukup buat kita hening
kita jadi insaf...

kita masih ada rumah untuk berteduh
makan pakai tak payah gaduh
anak kita membesar dan bertubuh
makan nasi tiap-tiap hari,
seminggu sekali
pekena Pizza, McD dan KFC
kita nak apa lagi?

Bersyukurlah dengan apa yang diberi...


Hasna, 21/04/10

Tuesday, April 20, 2010

Welcome Hasna

Salam...
akhirnya tercipta juga my personel blog. orang lain dah blogging berkurun zaman, saya baru nak terkedek-kedek. tak pe lah... ianya better than nothing... saya tak kisah ada orang nak baca atau tak... yang penting tangan saya dapat coretkan apa yang saya fikir. sekurangnya hilang jugak beban barang semangkuk kan.. tapi saya berterima kasih kalau ada yang sudi baca...

untuk permulaan... apa nak tulis yek??

saya pilih nama indahnya cahaya sebab saya sangat suka cahaya.. cahaya buat saya jadi tenang. saya gelisah kalau tak ada cahaya. bagi saya cahaya sangat indah... cahaya matahari, cahaya bulan... cahaya bintang, cahaya lampu apatah lagi cahaya yang terpancar dari seorang hamba tuhan.

ok. nanti saya sambung lagi.

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...