Topik yang sensitif. Namun menjadi isu hangat dek kerana keberanian 20 NGO menganjurkan Pesta Seksualiti Merdeka bermula 1 hngga 13 Nov , yakni sekarang. Bagi yang kurang arif mengenai objektif penganjuran ini ia adalah mengenai kebebasan jantina. Penganjuran ini dikecam dan di cemuh…. Oleh sebahagian besar media-media dan pemimpin-pemimpin yang mewakili organisasi Masing-masing.
Pesta ini mensasarkan golongan transual yang semakin berkembang berjelaran seperti kayap. Setelah diteliti setiap agama … tidak ada yang menghalalkan transual. Aplikasi Malaysia sebagai sebuah negara yang agama rasminya Islam lebih jelas dengan fatwa yang telah dikeluarkan… Haram! Jika diteliti semua program yang dibuat oleh penganjur ini… tidak ada satu pun program yang berbentuk ‘ pulang ke pangkal jalan’, malah lebih kepada menjadi pemangkin kekeliruan identity.
Wed 9 Nov, 8pm
SEKSUALITI MERDEKA 2011 LAUNCH
Wed 9 to Sun 13 Nov
THE FRIENDLY POSTER SHOW
Thu 10 Nov, 8pm
CONFESSIONS CABARET
Fri 11, Sat 12, Sun 13 Nov 2011, 8pm
RAINBOW MASSACRE – Love Out Loud!
Sat 12 Nov, 2pm
POLICING SEXUALITY: Sex, Society & the State
Sat 12 Nov, 4pm
THE TRANSSEXUAL VS THE MINISTRY OF POPULATION CONTROL
Sun 13 Nov, 12pm
DEFENCE AGAINST THE DARK HEARTS: Homophobia 101
Sun 13 Nov, 2pm
UNDER A RAINBOW ROOF: The Siti & Pepper Show
Sun 13 Nov, 4pm
FIERCE & FABULOUS: Shelah’s Finishing School for Drag Queens
SPECIAL PROGRAMME
Wed 2 Nov, 8pm
HUMAN RIGHTS for LGBTIQ: Making it real in Malaysia!
Thu 3 Nov, 8pm
NINE TO FIVE: Sexuality Rights In The Workplace
Sat 5 Nov, 8pm
JUSTICE FOR SISTERS: Nyah Rights Now!
Penganjuran ini memang patut dikritik. Sejak kes mohd ashraf @ aleesha farhana, golongan ini dilihat semakin berani…. Keberanian ini memang patut dipuji… tapi matlamatnya yang patut dikeji.
Mak nyah adalah menginai krisis identity lelaki yang mempunyai naluri kewanitaan. Sebagai manusia dan saudara seagama… golongan mak nyah tidak sepatutnya dipinggirkan. Mereka sebahagian dari warna-warna masyarakat. Masyarakat tidak sepatutnya menolak terus… sebaliknya mendampingi dan cuba untuk membimbing agar mereka tidak tersesat jauh.
Berdamping dengan golongan mak nyah memang menggembirakan. Pengalaman saya berkawan dan bersosial dengan golongan ini mengukir senyuman dan hilai tawa yang berpanjangan. Mereka golongan yang ceria dan cukup mudah memahami perasaan saya sebagai wanita. Mereka berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa ada diskriminasi budaya, bangsa, pangkat, darjat mahupun paras rupa.
Dikalangan mereka ada yang hanya sekadar ‘nok’. Lelaki lembut. Atau lebih tepat yang sopan santun. Insyaallah masih dekat dengan tuhan. Ada yang dilihat sudah ketengah. Mempunyai aksesori wanita, berpakaian wanita. Tak kurang juga ada rakan saya yang sudah jauh… menyuntik hormone bagi menampilkan susuk tubuh wanita. Saya?…. Saya biarkan sahaja. Cuma setiapkali selepas sejam azan berkumandang akan saya Tanya ‘dah sembahyang ke belum?’. Sebahagian besar akan jawab ‘ dah kak’. Ada yang sekadar mengangguk. Tak kurang juga yang hanya tersenyum. Saya sendiri kurang pasti apa maknanya.
“kurang ilmu agama”???
Tidak. Jawapan saya pastinya tidak… ada antara mereka yang berasal dari sekolah agama. Tahu hukum halal dan haram. Mampu berbicara lebih jauh dari saya.
“ikut rasa… BINASA, ikut Hati …. MATI’
Pepatah ini patut di ia-kan. Maknyah bermula dari seorang lelaki baik, mudah didekai dan mesra dalam pergaulan. Ia bukan satu fenomena abad baru. Ia telah wujud sejak berkurun lamanya. Ciptaan tuhan itu membezakan perilaku setiap hamba yang diciptanya. Namun lelaki tetap lelaki. Biarpun ia lembut dan sopan santun, dia tetap perlu dilayan dan dihormati seperti lelaki. Namun sudah jadi penyakit masyarakat apabila melihat remaja atau seawal kanak-kanak lagi yang mempunyai perilaku sebegini ia menjadi bahan tawa dan hiburan.
‘kau ni macam perempuanlah… kau tak malu ke???’ sinis dan disambut dengan hilaian tawa.
Apa yang akan jadi kepada remaja / kanak-kanak ini bergantung kepada keutuhan institusi masyarakat. Perlu diketahui tidak semua remaja sopan santun ini, berakhir dengan dengan Mak Nyah. Ada yang terus sopan santun sehinga ke anak cucu, namun Berjaya mengekalkan identity fitrahnya. Naluri kewanitaannya disalurkan dalam masakan, rekaan busana, hiasan dan aksesori kreatif, tak kurang juga yang menjadi kaunselor untuk menolong sesama manusia dan memahami jiwa lain (wanitakan mudah mendampingi orang lain secara psikologi). Dengan cara ini kehidupan mereka sedikit pelik dari norma masyarakat (disebabkan kelembutan itu), namun masih teguh di jalan agama.
Hanya mereka yang tidak mempunyai kekuatan (ikut hati) untuk terus berada disisi tuhan, akan berakhir dengan kehidupan yang disish masyarakat. Kerana itu… masayarakat perlu tahu… bahawa golongan ini sepatutnya mendapat sokongan dari masyarakat atau ertikata yang lain masyarakat perlu memberi sokongan untuk mereka terus berada dalam norma masyarakat Malaysia dan kehidupan yang beragama. Mengeji memang mudah namun membantu kepangkal jalan susah.
Bagi golongan Krisis Indentiti..… naluri yang ada bukan sesuatu yang negative. Ia perlu diasalurkan kearah yang betul. Ikut rasa kan binasa. Kecelaruan identity hanya bagi mereka yang tidak pasrah dan tidak redha dengan identity yang diberi. Walau bagaimana kuatpun naluri gender yang bertentangan wujud dalam jiwa… seorang manusia lelaki tetap boleh menjadi lelaki, wanita tetap boleh menjadi wanita. Agak menghairankan bila ada yang membuat pengakuan umum bahawa dia 'yakin telah membuat pilihan yang betul'. betul itu mungkin hanya sementara... kerana kebanyakkan mak nyah yang sudah senja... yang ajalnya sudah hampir tiba... ke jalan tuhan juga dia kembali kerana itu adalah 'betul' yang abadi.
Lelaki semamangnya di label lasak,
wanita sudah sinonim dengan lembut dan cantik.
Namun tidak ada masalahnya dengan lelaki yang kekal lelaki tatapi lembut,
wanita yang kekal wanita tetapi lasak….
SAYA??
Sanjung tinggi kepada rakan-rakan ‘nok’ yang tidak lari ‘takdirnya dan hak agamanya’ dan begitu kuat menghadapi sinis masyarakat sekitarnya.