Pantang betul bila saya lihat muka yang masam. Ye lah… siapa suka tengok muka masamkan… bila lagi ditempat kerja. sebab kerja ni bukan hobi kita… kecuali yang workaholic macam abang saya memang kerja itu hobi dia. Tapi untuk bagi orang yang bukan sesiapa seperti kita… kerja ni ibarat hidup… hidup mesti makan dan kerja…. jadi mood tempat kerja sangat penting untuk memotivasikan kerja untuk lebih produktif.
Tak kisahlah kita ada masalah apa pun… pribadi ke??? Tengah marah kat staff ke ??? badan tengah tak sihat ke..??? Bru kena marah dengan boss??? kalau tak nak senyum pun … buatlah muka selamba yang seposen tu. Janganlah nak tunjukkan yang kita tengah tension dengan masam muka…
Percaya atau tidak… lagi masam muka kita… macam itu lah lagi kelat hati kita rasa. Bila kita susah… bila kita tention… lagi banyak kita kena senyum…. Senyum itu penawar hati yang yang tengah duka… merana… tersiksa… dek kerja atau apa sahaja… tapi kalau nak ikutkan hati… dengan memasamkan muka untuk tunjukkan pada dunia yang kita tengah tension… alamatnya kejap-kejap esok dapatlah penyakit darah tinggi….
Kalau rasa kemasaman itu sudah tak dapat dibendung… atau kalau kita bercakap dengan orang boleh manimbulkan kemarahan atau ayat yang tiak enak didengar… maka kurangkan berjumpa orang… duduk senyap-senyap dalam office… janganlah seorang yang tumpahkan tepung… semua orang kena debunya (peribahasa baru).
Kesimpulannya… macam mana tersiksanya hati kita… senyum mestilah terukir…
Rasullah yang di cerca dan dihina, Nabi Ayob yang derita dengan penykitnya, Imam hanafi yang dipenjara, pun masih boleh tersenyum dan membuatkan orang lain sejuk hati melihat mereka… inikan lagi kita yang di uji tuhan dengan dugaan secebis zarah ibaratnya. Orang yang begitu derita pun mampu member ketengangan kepada orang yang melihatnya… ini lagikan kita yang memang selalu tenang…
Cerita tentang senyum… antara pemimpin dunia yang sering tersenyum adalah Arwah Yasser Arafat. Walau ditekan… kelilingi dengan ugutam kematian… pernah tak kita lihat Dia tidak tersenyum… sebab dia tahu dia pemimpin… senyuman mampu menenangkan gelisah rakyatnya.
Kita pun pemimpin jugakan… tak kiralah… boss kecil atau boss besar.. .. saya optimis pekerja lebih senang melihat kita senyum dari masam… jadi dia boleh buat kerja dengan tenang dan tak tertekan akibat muka kita yang masam.
SENYUMLAH SELALU… Semoga Tuhan akan memurahkan rezeki bagi mereka yang selalu memberi (senyuman)….
No comments:
Post a Comment