Wednesday, January 12, 2011

Nota buat Sis...

(Untuk seorang sahabat yang sentiasa di hati...)


Saya tahu saya tidak layak untuk menegur apatah lagi untuk menasihati. saya baru setahun jagung dan belum banyak pengalaman saya pelajari. tapi saya sudah banyak berubah sis. saya bukan saya yang dahulu... saya bersyukur setiap kali saya bermuhasabah. saya disedarkan banyak perkara. saya juga banyak lakukan kesilapan... bukan sis seorang. hidup manusia tuhan dah ciptakan tak sempurna. cukuplah menyalahkan orang lain terhadap apa yang berlaku. itukan ketetapan...itukan kecacatan... kita selaku hamba tuhan.

saya tahu... beban yang memikul lebih berat. nescaya mulut yang berkata memang ringan.
tapi akal kewarasan kita perlu tetap dihadapan. Ironinya, akal saya yang tidak sempurna ini telah mengatakan... cukuplah sis bawa penderitaan itu sampai sini. jangan diteruskan lagi. selagi kemarahan dan dendam itu terbuku di jiwa, selamanya tidak akan muncul bahagia dan dan tenang dihati.

cukuplah sis. berhenti menyalahkan dia walau memang dia yang bersalah. dulu memang saya kasihankan sis kerana menjadi mangsa dalam rumahtangga. tapi sekarag saya lebih kasihakan lagi... kerana belum bernokhtah rupanya kesumat dijiwa. sedangkan peristiwa itu sudah menjadi kenangan lama yang terluka. sudahlah sis. lupakan yang lalu dan mulakan hidup yang baru.

tak guna sis terus perjuang mengutuk dan mengata. itu hanya menambah beban dan kecewa dalam jiwa. hati manusia tuhan jadikan selembut sutera. usah latih dia menjadi batu perkasa. kutukan itu tak merubah apa-apa. cuma menambah sakit di dada. apatah lagi bila hebahkan...cukup lah sis bawa penderitaan itu.  lepaskanlah... lepaskan...

seandainya benar sis mahu terus perjuangkan. gunakanlah mahkamah keadilan. laporkan pada yang berkuasa nescaya tuntutan akan dibicara seperti diminta. biar mahkamah yang menentukan segala. hentikankan kutukan sis... bawalah ke muka pengadilan. sekurangnya dapatlah nafkah seperti diminta. tak guna mengaku diri teraniaya, tapi hanya mulut bersuara, tindakan tiada.

Cukuplah sis. hentikan kutukan itu. mulakan hidup baru. kutukan itu tidak membawa kebahagiaan. puaskan bila isi kutukan itu diluahkan. puaskah? bahagiakan? sudahlah sis. sudahlah. hentikanlah. kemaafan itu tiada rugi untuk diri ini. malah mengangkat kehormatan diri. mulia di sisi Yang Maha Mengetahui. carilah bahagia... kerana setiap manusia berhak menikmatinya.... 

Sis... seadainya sis membaca nota ini... ini adalah kasihan seorang adik melihat penderitaan jiwa seorang kakak. redhalah dengan dugaan yang menimpa. Nescaya kita lebih bahagia. Semoga tuhan sentiasa merahmati jiwa dan hidup kita. semoga apa jua yang berlaku tidak memutuskan persaudaraan kita. Semoga kita sentiasa bermuhasabah tentang diri kita. semoga tuhan sentiasa menunjukkan kesalahan kita. kerana tidak sempurnanya hidup kita adalah bermula dengan diri kita.

Aminn..

No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...