Saya dah tak larat nak jawab dah. jadi saya postkan sahaja. ramai juga yang tanya. terutama kawan-kawan. Saya tahu sebab mereka pun sedang mempertimbangkan beli rumah. Pada hemat saya yang belum banyak pengalaman banyak faktor yang saya teliti sebelum saya beli rumah. Dan banyak juga dasar mengenai rumah yang perlu saya pelajari. Pertama dan utama, rumah tidak akan susut nilai kerana pembelian kedua atau ketiga atau seterusnya. Rumah hanya akan susut nilai jika, pasaran semasa turun, hutang tertunggak, atau kerosakan mengenai rumah. selain dari sebab di atas, rumah akan sentiasa mengikut harga pasaran tak kira rumah baru atau rumah lama. Saya perlu jelaskan sebab ramai yang salah anggap mengenai pasaran rumah Sub-Sale (beli dari orang lain bukan pemaju)
Itu dasar yang perlu diketahui dahulu. Sama seeprti Post saya sebelum ini. Perkara lain yang dipertimbangkan adalah seperti beriku:
1. Harga Rumah mengikut kemampuan
2. Lokasi rumah dengan bandardan jaringan jalan raya
3. Lokasi tempat kerja
4. Saiz rumah
5. persekitaran kawasan rumah
6. kejiranan
7. kemudahan runcit
8. Risiko kesesakan
9. sejauh mana kita sanggup berkorban (jika salah satu kriteria di atas tidak memenuhi kehendak).
Saya dah biasa duduk apartment. Apartment Mama saya tu dah jadi sebahagian dari hidup saya. saya memang suka duduk situ. Sebab saya suka suasana private, senyap dan sunyi. Jadi bila saya cari rumah, kalau boleh memang saya nak kekalkan environment seperti ini. Rumah yang saya bakal duduki adalah dalam 70% environment ini. senyap dan sunyi. Kerana jalan masuk bukan jalan utama. Kalau nak bising pun disebabkan highway Lekas disebelah taman ini.
Jaringan jalan memang ok. Sebab memang tepi highway. Kedai runcit yang berdekatan memang tak ada. paling dekat adalah dalam 5km. Itu pun kena berpusing sebab jalan one way. tapi tak apa. yang itu saya tak kisah. Sekali keluar boleh beli semuakan?
Lokasi saya rasa bagus. Sebab market kat sini sangat bagus. Projek baru Lounch, Kajang 2. Teres harganya 400k. Jadi market price rumah ni pun boleh naik lagi. Bagi saya market price ni penting. Senang kalau saya nak jual rumah tu balik, atau nak sewakan. Sebab kerja saya sangat berisiko untuk dipindahkan kemana-mana negeri samada dalam negeri mahu pun luar negeri. Status tanah adalah pegangan bebas. Jadi senang juga kalau nak jual. Mana tahu kalau rezeki saya murah untuk target rumah Semi-D pulak. Lokasi dengan tempat kerja pun ok. Kerja saya berkisar di Kajang, KL, dan Putra Jaya. Kajang memang dalam kawasan. Ke Putra Jaya 20-30 min. Dekat lagi. KL dalam 40 minit kalau tak jem. Larat lagi kalau nak berulang. habis sesak pun mungkin tak lebih dari 1 jam. Masih boleh consider.
Lokasi dengan tempat kerja saya sangat titik berat kan. Saya memang tak sanggup nak habiskan masa seharian saya dengan bawa kereta sahaja. Sayang.. masa tersebut boleh saya luangkan buat anak tersayang. biar dapat perhatian lebih dari saya sebagai bonda. Atas faktor ini lah saya sanggup membayar lebih atas harga rumah, sedangkan saya boleh dapat Semi-D kalau saya beli di kawasan semenyih atau banglo di Nilai / Pajam. Pada saya sudah tidak ada kelangsungan hidup kalau tempat kerja berjauhan, kerana pergi kerja anak masih tidur, balik kerja pun anak sudah tidur. Itu pun kalau diri masih sihat. kalau sudah tua, dan kurang kesihatan, berulang jauh pasti sesuatu yang membebankan. Apatah lagi bagi diri saya yang sering pulang lewat dari tempat kerja kerana beban kerja perlu disudahkan. Saya sangat menyanjung bagi mereka yang sanggup berulang dari tempat jauh ke tempat kerja. Dalam pemikiran saya hairan.. bagaimana mereka ini dapat membina keluarga, dalam masa yang sama membina kerjaya.
Saiz rumah saya sederhana. cukup untuk saya yang baru mebina keluarga dan kerjaya. Tahun ini baru empat tahun saya bekerja dan baru 3 tahun mendirikan rumah tangga. Anak pun baru seorang dan baru 1 tahun. jadi cukuplah sebuah rumah teres dua tingkat. Kalau keluarga atau sanak saudara datang menziarah pun masih dapat berikan keselesaan.
Kejiranan saya terdiri dari pelbagai kaum dan peringkat umur. Dalam usia saya pun ada. Pertengahan usia pun banyak. Warga emas saya rasa tak ada kot. Hampir suku dari penghuni Taman ini telah saya kenali kerana bekerja satu organisasi dengan saya sekarang. Emm senang kan..
Jadi saya rasa, saya memang dah fikir masak-masak. Dah ranum pun.. Untuk beli rumah ini. Insyaallah kalau ada rezeki dalam bulan Mac ini saya akan masuk rumah ini...