Monday, February 14, 2011

Port Dickson, Negeri Sembilan


Hari itu hari Sabtu. Macam biasa saya pergi pasar Serdang pagi-pagi. Bezanya, kali ini suami saya nak temankan bersama Aieshah sekali. Jadi saya pergi lewat sikit. Dalam pukul 8 lebih baru bertolak. Pembelian barang-barang basah hari itu di Sponsor oleh Encik Poket Suami. Saya beli Ayam untuk sekali makan, ikan kerisi 2 ekor, ikan tenggiri untuk bubur si Che chah, Sotong dan Udang sekali makan, jantung pisang, kaccor Che Chah, santan, tomato, serai dan sempat beli majalah sebuah… Semua skali dalam RM 35. On the way balik kami singgah ke Restoran Al Hamra isi perut untuk makan pagi. CheChah pun makan jugak nasi lemak yang saya bahagi separuh dengan dia. Tiba-tiba keluar idea spontan nak pergi berkelah hari itu…

Suami setuju. Pikir punya pikir mana nak berkelah. Akhirnya kami setuju pergi Port Dicson sebab tak jauh sangat, sambil boleh menikmati keindahan laut dan pantai. Jadi balik rumah saya terus masak. Menu berkelah hari itu ialah:
           
1.    Nasi Putih
2.    Masak Lemak Jantung Pisang dan Udang
3.    Ayam goring Berempah
4.    Sambal Sotong

Emmm sedap. Sedap. Che Chah tengah tidur. Jadi tak dapat nak bertolak lagi. Tunggu punya tunggu last skali Che Chah bangun pukul 1.00, jadi kami pun tunggu zohor dulu. Jadi dalam pukul 2 baru bertolak. Adik saya pun turut serta. Sampai PD, pusing-pusing cari Port yang baik sikit last skali pukul 4.00 petang baru dapat makan. Haa, memang dah mengaum perut ni dari tadi. Kami makan macam harimau tak makan sebulan. Apa nama pantainya pun saya dah lupa. Tapi tepi hotel Bayu Beach Resort.

Dah Basah dari atas sampai bawah




Lepas makan kami bawa Che Chah tepi pantai. Sakan budak ni. Macam Hantu air. Dah tak peduli ayah, bonda dan Cu. Terus lari merodong ke air laut… Che Chah memang seronok sangat. Siap boleh berenang-renang di gigi air. Seronong main ombak. Menari-nari lagi. Layan budak sorang ni sampai tak perasan jam dah dekat pukul 6. Che Chah memang dah lecun. Dari kaki, baju, pampers sampai rambut. Memang nak kena basuh betul-betul budak ni. Kalau tidak nanti naik ruam. Tapi nak basuh kat mana yek??

Anak Bonda kena tanam...

 Lalu secara tidak sengaja, kami pu  buat keputusan untuk bermalam kat situ walaupun kalau nak balik rumah sejam boleh sampai. Kami menginap di Hotel yantg betul-betul di Pantai yang kami main. Bayu Beach Resort. Ha ha. Baju?? Nasib baik, emergency beg sentiasa ada dalam kereta. Cuma susu Che Chah sahaja kene beli. Ooooi, penat pusing PD tu cari Susu AnMun nombor 3. Malam tu, Che Chah tidur awal. Dia dah tidur waktu kami tengah makan lagi malam di Kirana Songkla Seafood Restaurant.


Pagi tu, lepas breakfast, Che Chah sambung mandi laut. Kali ni Bonda, Ayah dan Cu sekali Join. Jadi semua orang pun basah lecun. Bonda sempat tanam Che Chah dalam pasir. Bonda ingat Che Chah nak menjerit. Rupanya lagi suka main pasir-pasir tu.

Balik hotel, semua orang tidur kepenatan. Termasuklah Che Chah. Pukul 1 baru check Out. Sebelum balik sempat pekena Nasi Kukus ayam panggang di Gerai Koboi PD. Sedap… patut pun ramai orang datang. Tapi tempai dia memang koboi betul lah. Sempoi. Menu pun nasik ayam je yang ada.

Fikir balik, walaupun percutian ini tidak dirancang, tapi masih seronok dan release tention. Tapi haaa esok kerja balik…

No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...