Saya wanita yang bekerjaya. Saya pasti ramai lagi wanita di luar sana yang bekerjaya seperti saya. saya juga sangat optimis, ramai wanita duluar sana lebih berjaya dari saya. saya cukup senang dan gembira mendengar kejayaan wanita hari ini dalam turut sama membina kemajuan yang dikecapi oleh negara. lebih gembira bila melihat ramai wanita hari ini berpendidikan tinggi dan setanding dengan kaum lelaki. lebih bangga lagi bila wanita hari ini di angkat menerajui organisasi-organisasi penting dalam negara menjadikan wanita juga berkebolehan sebagai seorang pemimpin.
Lahir dari hati saya, semoga suatu hari nanti saya juga boleh menjadi pemimpin hebat seperti wanita-wanita ini. Datuk Mazlan. Datuk Zetty Akhtar, Datuk Syarifah Habsah malah ramai lagi negarawan wanita yang boleh menjadi inspirasi wanita masa kini.
Persoalannya kalau hendak di buat perumpamaan.... "wanita lain dah ke bulan, tapi masih ada wanita yang belum kenal bulan pun".
Kita sedia maklum kerajaan hari ini sangat terbuka dan tidak mendiskriminasikan kaum wanita dalam kerjaya. Kalau dulu kebanyakan profesion dimonopolioleh kaum lelaki tetapi kini sudah ada jurutera wanita, sudah mudah mendapatkan doktor wanita, dan hampir kesemua profesion ada wanita. hak untuk mendapatkan kesamaan gender dalam peluang pekerjaan sudah ada. Namun apa yang dikesali adalah sikap segelintir kaum wanita yang mejadikan gender sebagai keistimewaan (alasan) untuk tidak bekerja keras ataupun mendapat pengecualian tertentu.
Sebagai seorang pekerja yang profesional. gender tidak sepatutnya menjadi alasan. Faktor ini menyebabkan kebanyakan majikan akan memandang rendah mengenai kebolehan kaum wanita. seandainya benar tidak mampu, ia perlulah disokong oleh faktor yang lebih kukuh seperti faktor kesihatan atau lain-lain faktor yang secara logikanya lebih kukuh.
Seandainya kaum wanita terus menerus menjadikan faktor gender itu sebagai keistimewaan untuk mendapat pengecualian. tidak hairan suatu hari nanti majikan lebih gemar mengambil hanya lelaki sebagai pekerja. Atau tidak hairan kalau anugerah Cemerlang perkhidmatan didominasi oleh Kaum Lelaki.
No comments:
Post a Comment