Thursday, February 17, 2011

Kembali kepada keadaan yang meletihkan...

Sekarang Bos saya dah tak ada (immediate bos). Pergi sambung belajar. Master... 2 tahun. Lama tu. Bos saya ni rajin pergi meeting di luar kawasan. Jadi waktu bos saya ada saya memang duduk diam-diam sahaja di office. Dia kata tugas saya buat kerja sahaja. Kalau pergi meeting pun meeting dalaman. Jarang-jarang sangat pergi KL dan Putrajaya, itu pun hanya bila di arahkan.

Sekarang, bilik bos dah kosong. Jadi semua meeting kitalah yang nak kena pergi. Minggu lepas hari-hari pergi KL. Walaupun rumah kat serdang tapi masih kena patah balik ke Kajang ambil anak di rumah pengasuh dan patah balik serdang. Sampai rumah dah pukul 9.00 malam. Dah tercungap. Hoo penatlah.Rumah pun mulalah malas nak kemas....

Dulu kita yang buat kerja, bos tolong sampaikan. Sekarang kita yang buat kerja kita jugak yang pergi meeting. Bila nak buat kerja??? Meeting pun kena pergi kan.. tak seronok betul tak ada bos. Dah balik kembali keadaan asal. Kerja bertimbun sebab tak sempat nak buat waktu kerja.

Sebab asalnya saya memang tak pernah ada immediate bos. Waktu mula-mula kerja dulu pun tak ada. Tak ada siapa nak ajar buat itu buat ini. Semua belajar sendiri. Belajar dari kerani, belajar dari bos kawan-kawan kita yang lain. Itu pun dulu tak kawin lagi. Jadi tak kisah nak balik pukul berapa. Dulu saya lagi suka habiskan masa di office. Balik rumah pun kita seorang sahaja. Jadi dulu tak kisah balik pukul 10 malam pun. Pukul 1.00 pagi pun pernah. Tapi belum pernah bermalam di office. (sebab ada kawan-kawan sejawatan saya yang sampai bermalam di office). Bila dah kahwin pun tak kisah lagi. Suami pun tak kisah. Asal pandai jaga diri. Asal balik kerja terus ke rumah. Tak kisah pukul berapa.

Tapi sekarang saya berkisah sikit. Kesian dekat Aieshah. Nanti tak kenal Bonda dan Ayah. Sebab ayah pun selalu balik lewat. Yang kenal Mama dan Tok Wan di rumah pengasuh. Pukul 7.30 pagi bonda hantar, 6.00 petang baru bonda ambil kalau hari biasa. Paling awal pun 5.30 petang. Kadang-kadang terbabas 7.30 malam. 8.30 pun ada. Kesian Aieshah..

Rumah yang selalu bersepah tu (tahap biasa), dah jadi macam kena langgar garuda (dah kronik sikit). Tapi belum sampai tahap tongkang pecah lagi. Kejap-kejap lagi nenek datang melawat tengok rumah dia tak terurus macam ni kena bebel lah saya jawabnya.

Tapi nak buat macam mana… hidup kena teruskan macam biasa. Masa boleh cari. Tinggal nak tak nak sahaja. Letih sahaja yang buat berat kaki.

Kerja pun kena terus kan jugak. Kalau kita yang tak buat siapa nak buat. Nanti KSN keluar statement lagi “ kalau kita yang tak deliver nanti orang lain yang ambil alih untuk deliver kerja kita’. Kan tercabar jugak nanti kan. Kerja pun nak kena tetap bermotivasi. Kalau tak macam kerja dengan hati  yang mati. Tak seronok kan. Kerja banyak tak apa. Jangan tak ada kerja. Itu namanya makan gaji buta. Lagi teruk kalau ada kerja tapi tak nak buat. Dulu lagi teruk kerja. Sekarang ok sikit. Dulu pegawai ada dua sahaja. Seorang tu pun EO sahaja. Jadi kalau ikut seorang sahaja pegawai. Saya lah tu. Tapi sekarang dah tambah seorang. Kalau dulu kerja belah dua. Sekarang dah belah tiga. Ringan sikit. Sepatutnya boleh belah lima. Sebab 2 jawatan kosong.. Bersyukur dengan apa yang ada... walau bos tak ada. Jadi akhirnya saya redha sahajalah (sama macam nama suami saya).

p/a:   cepatlah pengganti bos saya ni datang… (walaupun % nak dapat pengganti sangat rendah).

No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...