Tuesday, April 03, 2012

45 MINIT YANG SEMPURNA!!

Semasa saya sedang belajar di sains pokok sena…

Pihak sekolah dapat mengesan satu sindrom yang dilabelkan tidak sihat dikalangan saya dan rakan-rakan. Sindrom BerjaGa lewat malam. Rakan-rakan saya berjaga sebab memang ulat buku kaki study. Sampai bilik prep tu dah jadi katil. Tidur je kat meja tu. Tapi saya tak tidur bukan sebab studi pun… tapi sebab memang saya tak boleh tidur. Beza saya dengan kaki-kaki studi ni…. Ulat-ulat buku ni akhirnya akan tertidur juga. Mungkin samaada seawal jam satu atau selewat jam 3.30. yang pasti. Sangat jarang saya temui yang Berjaga dijam 4. Saya? Memang saya tak tidur….

Zaman ini saya tidur dua hari sekali. Kalau malam ini saya tidur… malam esok saya paksalah nak tidur macam manapun … otak tetap ligat … mata tetap segar. Kata doctor … saya mengalami sindrom high metabolism… bukan insomnia. Sebab ia tidak menjejaskan langsung mata dan otak saya disiang hari. Saya tak pernah mengantuk dalam kelas…. Percaya tak? Percayalah… kerana ianya benar…

Disebabkan pihak guru-guru sekolah menengah sains pokok sena termasuk pengetuanya yang mempunyai moto seperti dibawah…

Belajar sungguh-sungguh’
Main sungguh-sungguh
Makan sungguh-sungguh
Tidur pun kena sungguh-sungguh

Maka, kami yang ketika itu berada dalam tingakatan lima dibawa ke satu kursus…

Kursus tentang tidur. Saya tak ingat sangat intipati keseluruhan kursus tersebut. Tapi dinyatakan bagaimana pentingnya tidur dalam membantu meransang pertumbuhan otak yang baik. Pendek kata orang yang berceramah nak bagi tahu bahawa tak cukup tidur nanti otak LAMPI (lambat Pick up).

Cuma ada satu fakta yang sangat menarik ingin saya kongsi bersama. Tak pasti samaada rakan-rakan sekolah saya masih ingat atau tidak.. tapi saya ingat sampai sekarang.

Walaubagaimanapun panjang tidur kita… otak sebenarnya hanya berehat lebih kurang 45 minit sahaja. Tidur yang cukup (8 jam konon) tapi dipenuhi mimpi-mimpi dan minda separuh sedar adalah tidak berguna. Kerana aktiviti otak masih wujud. Otak tetap tidak berehat dan akhirnya kita bangun dengan keadaan yang tidak segar. Mengikut kajian yang dilakukan oleh saintis… sekurang-kurangnya dua jam dalam tidur akan dipenuhi dengan mimpi. Itu sekurangnya… biasanya akan 4 jam atau lebih.



Cuba tengok rajah di atas … ia menunjukkan kitaran aktiviti otak dalam tempoh tidur lebih kurang 7 jam. Hanya dibulatan merah (kawasan D) sahaja yang otak sebenarnya tidur dan berehat (non REM brain activirty). Selain-dari kawasan tersebut… kerehatan otak bergantung kepada mimpi-mimpi. Kalau mimpi indah… jalan tepi pantai… rehatlah sikit… tapi kalau mimpi kena kejar hantu kan letih tu….

Kerana itu… didalam islam… tidak dinasihatkan tidur yang panjang. Rugi….lah. sebab fasa pertama sahaja yang otak akan tidur. Masuk cycle kedua-sampai lima… kalau panjang tidur lagi mungkin boleh masuk cycle 6 atau tujuh… semuanya dipenuhi oleh mimpi-mimpi.

Jadi dalam tidur kita selamanya ini hanya wujud 45 minit sahaja yang sempurna….

No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...