Zahir miskin
kaya dilihat dari banyak mana hartanya… duitnya… asetnya mahupun liability yang
ada… itu persepsi mudah tentang kaya… tanya sahaja sesiapa… semuanya tak mahu
miskin… semuanya nak kaya… Islam tak pernah menghalang ummatnya mengejar harta.
carilah
harta (bekerjalah) seperti akan hidup 100 tahun lagi….
Malah mengajak
ummatnya menjadi kaya. Ajakan berzakat adalah buktinya…
Orang miskin
tak bayar zakat. Hanya yang kaya membayar zakat. Fikirannya mudah… bila islam
ajar untuk kita berzakat… secara tak langsung mengajak kita menjadi kaya. Ada
sahaja sahabat Rasulallah SAW yang kaya hartanya seperti Saidina Uthman mahupun
Abdul rahman bin Auf. Malah dijamin masuk syurga. Menunjukkan bahawa menjadi kaya
bukan bermakna jauh dalam cara hidup islam.
Apa sebenarnya
kaya…
Kaya apabila
kita tidak meminta-minta… miskin bila kita selalu tak cukup dengan apa yang
ada. Itulah sifat miskin dan kaya. Seperti si peminta sedekah…. Miskin…. Hatta meminta
sumbangan dari orang yang lalu- lalang untuk membantu hidupnya. Yang kaya tak akan meminta-minta… yang kaya
akan memberi…. Itu analogi paling mudah untuk kita faham parameter Kaya dan miskin.
Benarkah si
Kaya itu Kaya?
Harta sudah
dalam genggaman. Namun dia tidak puas… dia masih meminta… dia inginkan lebih…
meminta diberikan projek itu dan ini… mahu diberi tanah lagi… boleh dia
bangunkan lebih banyak projek yang menjana kewangannya… terbayang rumah yang
boleh dibesarkan lagi… mahu dibeli kereta idaman buat tambahan koleksi…
Atau dia
mencari-cari harta ayah dan ibunya yang hartawan. Tak cukup berbidang tanah,
dia berkira pula harta yang sepatutnya milik saudara sedarah sedagingnya.
Dulu dia
menjerit kerana tidak cukup. Tapi sekarang menjerit inginkan lebih… adakah esok
dia akan terus menjerit kerana tidak puas?
Kayakah dia?
Dia kaya
dalam keadaan kemiskinan hatinya… yang lebih dalam hatinya adalah meminta…. Yang
meminta bukankah miskin? selagi mana dia meminta selagi itulah dia tetap miskin!
Miskinkah
dia?
Dia hidup
besederhana. Cukup dengan apa yang ada. Dilahirkan dalam keluarga dan ibu bapa
yang tidak memiliki apa-apa dan tidak menjanjikan harta untuknya. Dia puas
mencari hartanya. Ada kalanya rezkinya Tuhan kurniakan lebih…. Adakalanya sedikit
kurang. Bukan dia tidak berusaha … namun dia percaya setiap rezeki yang dikejar
perlukan pengorbanan.
Yang kejar
harta akan sempit masa dan ketenangan… itu bayarannya. Itu hukum alam. Dia
perlu berkompromi. Cukuplah… asalkan dia tidak perlu meminta… cuklup makan
pakai anak isteri, rumah untuk dinaungi. Kalau lebih dia memberi…
Miskinkah dia?
dia tak pernah meminta…..
Yang berusaha
kita tapi yang memberi DIA
Satu kisah
benar yang mahu saya kongsi bersama…
Dia hanya
seorang kakitangan kerajaan gred sokongan dua. Hanya pembantu am pejabat. Dengar
sahaja… akan timbul persepsi di minda yang gaji tak sampai 1.5k. hidupnya hanya
sekadar cukup yang asas di Bandar seperti kuala Lumpur. Dia tak pernah maminta…
Memang benar…
rezeki itu telah tuhan tetapkan untuknya. Gaji yang setiap bulan tak seberapa masuk
kedalam banknya… yang hanya mampu bertahan beberapa mingu sahaja sebelum
kembali kepada keadaan ‘sebelum gaji’. melayakkan dia untuk diberi cabutan bertuah di
bank tersebut.
(selalukan
kita jumpa cabutan di bank-bank komersil lebih kurang statement ‘simpan wang
anda sekurangnya 500 dan anda layak untuk memasuki cabutan betuah bulanan’.)
Melopong kami
semua yang bergaji besar ini (kalau benar kami ini bergaji besarlah… tapi yang
pasti lebih besar dari dia) bila namanya memenangi tak kurang dari 300k. Bila
saya hitung… 300k tersebut hanya dapat saya kumpul tak kurang dari 10 tahun. Itu
pun kalau saya tak belanjakan 1 sen pun duit gaji…. tapi dia....Hanya sekelip mata…
Saya percaya,
Tuhan memilih dia bukan kerana sia-sia. Tapi kerana perbuatannya. Pasti ada
sesuatu yang membawa dia dilihat Tuhannya…. Teringin saya bertanya… tapi saya
pendamkan sahaja….. mungkin suatu hari….
Yang mahu saya sampaikan dalam penulisan ini,
dalam kita mengejar dunia… ingatkan selalu yang memberi adalah DIA.
Sekuat mana
kita berusaha… lebih kuat lagi kita patut berdoa dan beramal untukNYA.
Kadang-kadang kita perlu rasa kita kaya (tidak meminta), hatta Tuhan akan kayakan kita dengan harta walau tidak kita minta....
lebih selalu kita perlu berusaha agar disitu diberi keberkatan rezeki untuk kita sehingga anak dan cucu kita....
dan yang lebih penting
JANGAN
kita mendidik masyarakat melihat kejayaan dengan melihat kayanya hartanya....
tapi didiklah generasi kita menyanjungi mereka yang kaya dijiwanya...
(kita hari ini terlalu terdesak dengan material sehingga memungkinkan kita menjadi terlalu individualistik - berkira)
No comments:
Post a Comment