Dia
seseorang di hati Rasul Allah
Kerana itu
dia di Pilih Tuhan Ku
Pastinya dia
juga paling tabah dan paling tega
untuk berdamping dengan dengan pejuang
kalimahNya
Tatkala yang
lain meminggir
Dia menjadi insan
paling hampir
Menyelimuti tubuhmu
yang menggigil
Itu mahkota
di hati Rasulallah
Namun aku
tak sebaik Siti Khadijah
Hatiku tidak
sebegitu tabah
Karana kau
juga tidak semulia Rasulallah
Namun hakikat
cinta itu tidak pernah punah
Hanya teknologi
yang berubah
Zaman yang
diredah…
Kita mencari
sunnah
Khadijah dan
Rasulallah
Ya Allah
Jangan biar
aku lupa
siapa yang
bersama ku ketika merangkak
Nescaya aku tidak
tersungkur ketika berada di puncak
Jangan sekali
aku lupa dirinya
Lupakan dia
bererti aku lupakan diri ku jua
Kerana dia
itu untuk aku
Dan aku ini
untuk nya…
Pena menulis,
16 mac 2013
No comments:
Post a Comment