Hapuskan sengketa
apakah berbeza warna punca sengketa
sedangkan merah darah kita sama
apakah kerana agama kita berperang
sedang Tuhan mengajar kasih sayang
apakah berbeza idealogi punca kita berseteru
sedangkan semua pemuka menyeru kita bersatu
hairan...
insan sudah seperti haiwan
lebih rela berunding dengan api dan besi
daripada menggunakan akal dan budi
telah hancur segala toleransi dan diplomasi
diamuk kepentingan diri
apakah kita lebih memahami
berlaga senjata letusan tragedi
daripada berbahasa mesra mencatus hati?
Apakah segala yang indah-indah ini akan hancur
diamuk sengketa sesama kita?
dan sesekali kita perlu bertanya...
apakah kita masih manusia
di ambil dari Dimana Dia dihatiku
No comments:
Post a Comment