Saya sangatlah percaya…
Dan saya rasa kepercayaan
ini berasas
Walaupun saya optimis
pasti ada yang tersenyum kambing mahu pun sinis bila mendengar (membaca)…
Saya sangat percaya…
Pokok-pokok yang kita jaga
akan berdoa untuk kita…
(Agaknya sebab tu Cikgu
Bolian suka cakap dengan pokok)
Bila siram pokok
Satu saja yang saya minta
dari pokok
Tolong jaga rumah saya
Walaupun saya tahu yang
menjaga adalah Dia
Tapi pokokkan makhluk Dia
juga
Dia pun boleh berdoa pada
Tuhannya
Bila saya fikir balik
Agaknyalah
Selain orang yang bertanam
akan selalu bersenam…
Pokok-pokok yang dia tanam
semuapun doakan kesejahteraan dia
Sebab itu orang yang
lamannya banyak pokok kita tengok sihat …
Tak ada nak sakit-sakit
Walaupun secara
metafiziknya
Banyak pokok mengion –ve’kan(ion
baik) persekitaran
Dan menyahkan ion-ion +ve.
Kalau kita perasan dan
selalu perhatikan…
Rumah yang banyak pokok ni
memang mesra binatang
Tapi sangat jarang kena
khianat manusia… (fikir sendiri)
Sebab tu saya percaya
manusia susah nak khianat tuan rumah atau rumah yang banyak pokok ni.
Kata ustaz saya
Kerja pokok hari-hari
Berzikir pada Pencipta
Lagi banyak pokok kat rumah
Lagi banyak Zikir-Nya berkumandang
disekitar rumah
Tinggal telinga zahir kita
sahaja yang tak mendengar….
sedangkan dia pun bersujud juga pada Tuhannya...
Motif hari ini:
Silalah siram pokok bunga
awak yang tak banyak mana tu
Pokok bunga awak semuanya
dah layu akibat out station seminggu hari tu…
Alahai pokok
Minta maaf
banyak-banyaklah…
Jangan marah kat saya
(beberapa pokok didapati
telah mengurus dengan ketara dan dihinggapi kekulat putih)
BETUL....MAMA RASA POKOK SELALU BERI HORMAT PADA MAMA........,dan bersujud pada Tuhan penciptanya.
ReplyDelete