Monday, April 01, 2013

Animated Movie....


secara tiba-tiba terasa nak buat review movie sikit. 

I love animated story more than regular movie. why? obviously, lebih menghiburkan dan humor juga. more creative element with so much double tripple cute hero / heroin. (sebenarnya saya memang kaki kartun).

saya pernah menjadi seorang maniac yang mendownload drama kartun jepun setiap hari... waktu tu tengah terkena penangan naruto, bleach dan One piece... hah sekarang dah tak ada masa nak buat semua kerja tu... harus lah dawnload sebab yang tayang kat TV tak terkini. kalau download kira sealiran dengan yang ditayangkan kat Jepun. dah advance beratus episod. Dizaman yang saya betul-betul tengok kartun ini saya boleh menghabiskan masa saya dengan tengok2 kartun ini sepanjang hari cuti hujung minggu tanpa keluar dari bilik. saya tengok cerita seperti yang telah disebut diatas termasuklah Full metal panic, prince of tennis, cikgu saya mania (dah lupa apa tajuk sebenar tapi kalau translate jadi cam gitu lah), dan bermacam jenis drama kartun jepun lagi.


 

Namun naruto, bleach dan one piece bukan Fav japan animated drama saya. Saya suka cerita Saiyuki. Tapi kartun Saiyuki ni 13PG. sebab ada unsur-unsur ketuhanan yang tersimpang dari Islam dan unsur-unsur ganas sikit... (hai ...apsallah kartun ni jugak saya suka). serial saiyuki diterbitkan bermula 1997 hingga 2002. ada beberapa trivia. season pertama lebih klasik... manakala saiyuki reload mengambil invironment semasa yang moden.  Cerita saiyuki ini digarap dari novel klasik cina yang terkenal 'journey to the west'. apa yang membezakannya adalah cerita saiyuki ini digarap dengan watak-watak yang sangat cool daripada Goku (raja monyet) yang sangat humor dan kebudakkan, genjo sanzo/paderi yang sangat tak macam orang yang dipanggil paderi... dan 2 rakan lain yang cool dan gila-gila seperti Cho Hakkai dan Sha Gojyo yang merupakan pahlawan terbilang tapi parangai sangat hampeh. Boleh review epilog kartun ini yang banyak di internet/blog kerana mempunyai jutaan peminat seluruh dunia.

SAIYUKI
Untuk movie saya lebih suka western.  i love 'how to train your dragon' the most. belum ada lagi animated movie yang dapat challenge H2-TUrD (how to train ur dragon).Cerita mengenai seorang anak suku viking yang sering dipandang lemah... tapi akhirnya bersahabat dengan dragon yang paling ditakuti oleh puak ini secara rahsia... hah... nak tahu cerita selanjutnya belilah CD di kedai CD yang berdekatan. tapi tak rugi beli sebab ceritanya sangat best.

Movie lain yang sangat saya suka of couse lah all people choice 'kung fu panda' dan saya juga suka Brave. Bila saya tengok Brave ada seseorang yang saya rasa mirip betullah dengan watak Merida ni... 







Nampak kolerasinya....
the Cronicle of Curly Girl...
ha hah...






1 comment:

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...