Wednesday, October 07, 2015

Kita yang mohon pertolongan, wajarkah kita yang bising???



Pernah tak terjadi bila seseorang yang kita minta tolong tapi dia tak sudi nak tolong dengan bagi alasan yang dilihat berkepentingan terhadap diri sendiri…. Ataupun paling senang dalam kesesakan jalan kita dah bagi signal nak bertukar lane dari kiri ke kanan agak lama tapi satu kereta pun tak beri peluang utk kita….. Apa perasaan kita ketika itu??

Kesimpulan mudah yang kebanyakan dari kita akan katakan adalah kesombongan dan sifat individualistic yang menebal pada sikap orang yang dimohon pertolongan.

Sudah menjadi trend sebarang kejahatan yang dilihat didepan mata atau yang terjadi ianya diviralkan di media social. Sikap pemandu dijalanan, kesombongan manusia….

Setiap kali diuji atau ditimpa kesusahan apatah lagi akibat perbuatan orang lain, eloklah kita bermuhasabah diri kembali. Alangkah baiknya setiap kali kita melihat kejahatan yang dipamerkan insan lain dengan merujuk kepada diri sendiri. Bukan dengan mempamerkan kembali kejahatan insan tersebut dengan menyebarkan kepada friendlist  yang akhirnya melihat kembali memperlihatkan keaiban diri sendiri…

Jangan lupa berdoa supaya Allah membuka pintu hati si ‘Kejahatan”’ dalam masa yang sama jangan lupa untuk berdoa kembali untuk diri sendiri (yang paling selalu dilupakan) supaya kita dijauhkan dari perilaku tersebut kerana kita pun belum tentu lagi baik.

Lebih baik jika kita sentiasa mempositifkan diri sendiri setiap kali melihat perilaku yang agak tidak munasabah… contohnya secara tiba-tiba ada kereta yang tanpa signal entah dari amna mencelah dihadapan menyebabkan kita berhenti mengejut secara tiba-tiba… katakanlah bahawa… pemandu tersebut mempunyai alasan yang paling munasah (emergensi) untuk berperilaku seperti itu…

Dengan mempositifkan diri sendiri… lebih terhindar dari rasa stress atau perasaan sakit hati.

Ingatlah setiapkali kita meminta pertolongan orang lain kita tidak mempunyai hak untuk “mempastikan”orang menolong kita atau sebanyak mana yang ditolong. Nama pun memohon pertolongan… tangan kita berada dibawah… bukan tangan yang di atas. terima lah seadanya mahupun jika tiada. 

Sikap bertolak ansur lebih senang dirujuk dijalan raya…. Sentiasa mudahkan kenderaan lain. Insyaallah perjalanan kita dimudahkan. Sentiasa memberi laluan kepada kenderaan yang ingin menukar haluan. Jadilah orang yang pemurah dan bertolak ansur… di jalanan ini terutama yang mereka yang hidup dilembah Klang… jalan raya merupakan wadah terhampar luas untuk beramal dan mendapat pahala dengan cara yang paling mudah!!! Ucapkanlah terima kasih kepada kenderaan yang memberi laluan dengan mengangkat tangan atau berdoa (Jazakallahu Khairan), semoga Allah mempermudahkan urusan mereka sebagaimana mereka telah memudahkan kita…

Sikap djalanan dan pemandu kenderaan adalah satu analogi yang mudah semoga kita juga dapat kolerasikan dalam kehidupan harian dengan senario yang berlainan ...

Semoga hidup kita semua sentiasa didamping dan ditemukan dengan insan-insan yang menunjuk jalan…

No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...