Gigih malam hari pergi kerat kuchai. Perut agak kurang lapar. Jadi makan malam cadangnya nak buat cucur sahaja.
Resepi cucur saya koboi sahaja. Orang lain punya resepi lagi bombastic.
1. Bawang besar dimayang sebiji
2. Bilis import lumut sebab lebih sedap, kurang masin dan lebih rangup. kadang-kadang pakai udang.
3. Telur sebiji
4. Garam secukup rasa
5. Sayur kuchai... kadang2 saya gantikan dengan carot yang di parut.
6. Cili besar yg dipotong halus
2. Bilis import lumut sebab lebih sedap, kurang masin dan lebih rangup. kadang-kadang pakai udang.
3. Telur sebiji
4. Garam secukup rasa
5. Sayur kuchai... kadang2 saya gantikan dengan carot yang di parut.
6. Cili besar yg dipotong halus
Air secukupnya. Agak2 kalau tarik pakai sudu dan ditebalikkan dlm 3 saat baru jatuh.
Ada yg pakai soda bikarbonat atau serbuk penaik. Tapi ia akan menyebabkan rasa pahit dan lebih minyak akan lebih diserap. Jadi kurang gemar sikit saya...
Apa lagi... sila goreng. Jemput makan... buat dicicah dengan sos..
Kuchai memang selalu menjadi penyelamat saya tatkala tetamu bertandang dan barang kat dapaur tak berapa nak ada. paling senang buatlah cucur.... asalnya satu pasu... kemudian dua. Bulan lepas saya dah asingkan lagi buat 3 pasu... cecepatlah me rizom kan diri utk membiak.
Tips Penjagaan Kuchai.
Saya dapati Adik2 kuchai suka tempat teduh. jadi minggu lepas saya letak bawah para bingkai aquarium yang menempat pasu2 panjang sawi dan kangkung tu. so tak dapat direct sun. Adik Kuchai suka baja taik ayam berbanding baja lain... 2 minggu sekali di baja dengan baja kesukaan... Kuchai saya juga sangat baik. jarang berpenyakit atau dihinggap sebarang kulat/kekabuh. Abang squirell pun tak berapa suka kat kuchai. abang squirell lebih suka sawi, kangkung dan bayam. Binatang lain seperti Cik T, siput babi, belalang, beluncas... setakat ni belum lagi menyerang. maka bolehlah disimpulkan paling senang nak jaga kuchai ni.
Bila anda menanam secara organik... haiwan-haiwan pemakan sayur memang suka... susah nak halang... tapi kat rumah saya ada monster dalam kandang... kuat dia mengaummm kalau nampak burung atau Abang Squirell.
Monster Gemok paling suka cium pokok kuchai... prison break paling cerdik sampai mummy dia terpaksa padlock kan kandang. Jaga2 sebab pokok sayuran paling benci dengan najis kucing. |
No comments:
Post a Comment