Friday, August 12, 2016

Tuaian minggu ini

Habis satu pasu kangkung di tuai... dan 2 pokok sawi yg agak besar jugak. Rasanya ini sawi yang paling subur dan besar hampir menyamai sawi dipasar. cuma tak kerat dari batang. ambil yang atas sahaja. bawahnya nak dibiarkan bertunas baru.

kang kung dah tak berapa cantik. daun nya berlubang-lubang. nampak tak... kerja siapa ye kalau macam ni. nampak banyak banyak semut hitam dalam pasu tu... semut makan sayur ek??? walaupun berlubang... daunnya tetap mantap dan sado...

kailan dan kobis dah siap dipindahkan anak pokok nya ke pasu... tinggal tomato sahaja yang belum dipindahkan. tak pastilah pokoknya jenis menegak atau memanjat.




No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...