Kulit mengelupas bukan main lagi... kali terakhir menggelupas adalah 7 tahun lalu selepas latihan OBS (out bound school) gara2 berkayak seharian dan ber whaller.
Kali Ini adalah gara2 menemani kanak2 ribena mandi laut di pulau giam pangkor sehari sebelum ramadhan... dr jam 9 sampai 3 petang... lamakan.... walaupun dah pakai sun screen... tak lah dapat bertahan sgt.
Sebab saya ada ekzema... 3 hr kemudian biji kecil menggerutu seluruh muka... dan tangan. Seminggu baru hilang. Dah sebulan baru nak mengelupas. Dah start peeling dr seminggu raya... tapi slow betul. Mungkin sebab dah tua.. kemuncaknya adalah sekarang... bonda tak pakai produk apapun. Natural peeling namanya...
Time mengelupas pedih macam ni. Memang rasa nak nyorok kat rumah. Tak nak bg kena matahari. pedih kan... menggelupas sehingga di kelopak mata tau. memang besar besaran sungguh. Apakan daya ... nak kena kerja jugak kan.. tip yg paling penting adalah soothingkan kulit.. biasanya pakai vaseline original perroleum jelly tu kan. Tapi bila nak keluar rumah haruslah ada sun protection. Tak syorkan pakai lotion sun sreen sebab banyak chemical kat situ. Bedak or foundation pulak akan menyerlahkan kulit menggelupas tu. Jadi simpang jauh2.
So saya pakai lip balm. Colek terus kat muka. good for lip good for your skin. plus kurang radikal and chemical sebab selalu termasuk perutkan.... Paling penting soothing jelly mesti ada vitamin e. Nak cepatkan proses pemulihan.
Lip balm sebamed ada spf 30. Vaseline pun ada lip balm with spf. Tapi paling tinggi 20.sebab matahari kat Malaysia ni memang terserlah kegarangannya... maka saya ambil lah sebamed ni. plus ada Vit E dan Jajoba oil. dan melindungi dari free radikal...
eucerine ni pun saya pakai jugak... tapi tempat tertutup sahaja. sebab spf hanya 15. tapi lip balm eucerine ni bagus utk regenerate balik sel2 kulit yang dah mati sebab penuh dengan ekstrak seed ntah apa ntah... saya tak ingat.
jangan lupa untuk extra kan pengambilan vitamin C dan lichetin. nak cepatkan proses pemulihan. tentu juga air yang banyakkkkk...
Macam mana kira spf ni ya... caranya adalah jumlah spf tersebut didarabkan dengan 10. contoh spf 30 darab 10 jadi 300. 300 ini adalah bersamaan dengan 300 minit. Bahagi 60 dapat 5 jam. maknanya dapatlah bertahan dalam 5 jam... tapi bukan bermakna 5 jam tu direct sun tau... 5 jam sipi2 je ni. Sedang eloklah dipakai pagi... hingga zohor.
Macam mana kira spf ni ya... caranya adalah jumlah spf tersebut didarabkan dengan 10. contoh spf 30 darab 10 jadi 300. 300 ini adalah bersamaan dengan 300 minit. Bahagi 60 dapat 5 jam. maknanya dapatlah bertahan dalam 5 jam... tapi bukan bermakna 5 jam tu direct sun tau... 5 jam sipi2 je ni. Sedang eloklah dipakai pagi... hingga zohor.
haaahaa.. orang pakai lp balm kat bibir... saya pakai kat muka.
No comments:
Post a Comment