Tuesday, January 17, 2012

Melawan amukan alam dengan sedekah??


SEtelah mengkhatamkan diri dengan sebuah buku tentang sedekah…. Ada satu persoalan yang suka saya fikir bersama. Saya petik satu hadith yang kurang lengkap kandungannya akibat ingatan manusia saya yang tersangat lah lemah… namun ia berbunyi begini.

Ada satu ketika seorang sahabat bertanya yang apakah yang paling kuat dimuka bumi… (lebih kurang lah… saya pun dah kurang ingat), lalu jawab Rasullah:
Gunung yang memasak langit
Apa yang lebih kuat?
besi dalam perut bumi… (kerana besi-besi ini menjadi pembelah perut bumi, gerudi petroleum, memasak besi membina bangunan dll)
Apa yang lagi kuat?
Air yang mengalir (saintifknya air boloeh memotong besi)
Apa yang lebih kuat?
Angin yang bertiup (angin boleh membelah air)
Apa lagi yang lebih kuat?
Amal anak adam yang bersedekah…. (yang ini saya tak boleh fikir secara saintifik)

Apa yang menarik dari cerita di atas???
Secara zahirnya betapa Allah menyanjung tinggi orang yang bersedekah sehingga kekuatan amalnya di analogikan lebih tinggi dari dari segala yang ada diperut bumi….

Namun bila difikir secara lurus dan sedikit tersirat…..
Adakah amal sedekah itu sangat kuat sehingga Bumi ini mampu diselamatkan dengan amal anak adam yang bersedekah…
Atau bahasa yang lebih mudah
Amal sedekah mampu menandingi kekuatan bumi yang semakin mengamuk saban hari….?
Adakah sudah kurang pahala sedekah sehingga menyebabkan banyak amukan bumi yang memakan anak adam itu sendiri…..?

Benarnya amal sedekah anak adam itu lebih kuat dari segala-galanya maka manusia yang jiwanya ikhlas bersedekah akan terselamat dari keganasan semulajadi.

Jika dilihat antara 2 dari 4 imbalan atau balasan bersedekah adalah panjang umurnya… murah rezekinya…

Seringkali kita lihat apabila berlakunya bencana semulajadi ada saja yang terselamat sama ada nyawa mahupun hartabenda… seolah-olah tidak ada apa berlaku sedang alam sekelilingnya bagai padang jarak padang tekukur…
Kata hati saya…
mungkin ini orang yang tidak pernah mengambil hak orang lain sehingga alam sendiri tidak mahu mengambil haknya… sedangkan dia lagi berkongsi haknya dengan orang lain….

Thursday, January 12, 2012

Sedekah Dikala Susah


(hadith Albukhary) sahabat Rasullah SAW pernah bertanya sedekah apakah yang paling afdal?

Jawab Rasullah dengan menyenaraikan 4 kriteria berikut:

1. dalam keadaan kedekut atau loba
2. dalam keadaan sangat ingin menadi kaya (belum pun kaya lagi...)
3. dalam takut miskin (kesempitan hidup menyebabkan takut akan meyebabkan lebih miskin)
4. tidak dalam keadaan sudang menjelang kematian (sakit, sudah tua dll).

Sedekah disisi Allah adalah paling afdal ketika hambanya susah tetapi masih cuba menyenangi orang lain, ketika hambanya sedang mengumpul harta namun masih ingat pada yang tidak bernasib baik.... dalam keadaan masih sihat dan ingat akan kematian yang akan menjemput...

Tuesday, January 10, 2012

Akhirnya saya tutup buku....

Akhirnya saya tutup buku 2011 saya pada 6 jan yang lepas. menunggu sehingga 14 Jan dengan debaran... semoga tiada query dari AG. rasanya dalam 4 tahun saya saya buat perolehan kerajaan, tahun lepas paling mencabar. hingga di saat akhir masih ada masalah. hampir AP58 juga. ibarat buat sampah analoginya. saya cukup berdoa semoga disimpangkan. apatah lagi AP59... surcaj. dua tahun lepas saya pernah mengendalikan satu kes pembelian yang jabatan saya tersalah bayar, hasilnya surat peguam yang sampai... bayaran dah dibuat... duit dah habis. tapi yang sepatutnya dibayar tak menerima bayaran. yang tak sepatutnya dibayar diamkan sahaja. banyak juga amaunnya. hampir 250k. tak cukup gaji nak bayar...

cuma nasib baik. bila dah jadi cerita peguam, forward kes pada jab peguam kementerian. lepas tu yang saya tahu cerita... kes tersebut tidak disabit dengan jabatan saya ianya adalah dokumentasi yang silap dari pihak kontraktor (yang tak sepatutnya dibayar) dan peminjam kontrak (yang sepatutnya dibayar). jadi tuntutan tersebut perlu terus dari pejabat peminjam ke kontraktor tanpa melibatkan agensi saya. Nasib jabatan saya memang baik.... orang ketiga tak punya kontrak yang kuat untuk sue...

Tahun lepas... bermacam ragam kontraktor yang tak pernah saya jumpa selama ini saya jumpa. sehingga penutupan akaun pun barang perolehan saya masih shipping dan ada yang masih sangkut di di port. Hendak dijadikan cerita 3 hari terakhir penutupan akaun saya jatuh sakit. dua hari tak ke pejabat. tapi talifon saya masih bekerja. berputar ligat kepala saya ... nak guna cara apa lagi untuk membolehkan saya bayar tapi barangnya belum nampak batang hidung. ikut kaki saya terasa nak ke KLIA nak pergi tanya kastam kenapa query barang saya lama sangat.

Bila sampai saat akhir... dan menggunakan kuasa budi bicara kepada kontraktor... dasar kepercayaan jadi teras. dua kes saya pada saat akhir.... satu saya masih gagah untuk teruskan pembayaran satu lagi saya batalkan. keduanya mempunyai cerita yang berlainan.

yang pertama memang dari 4 bulan terakhir lagi, kontraktor dah menemui saya dengan masalah. jadi kami memang tahu dia ada masalah. masalah nya memang kami selesaikan bersama kerana ia membabitkan pihak ketiga. masalah akhirnya selesai di akhir tahun dan segala-galanya menjadi di saat akhir. atas dasar inilah... kontrak syarikat tersebut dipertahankan hingga di saat akhir sehingga terpaksa dibuat kelulusan khas untuk bayaran saat akhir kerana yakin bahawa syarikat tersebut dapat menyempurnakan obligasinya (nasib baik syarikat tu memang betul dapat tamatkan kerja... kalau takk... mesti sekarang tengah buat paper menjawab)

berbanding satu lagi syarikat yang tidak pernah langsung hubungi saya dan setiap kali saya hubunginya... perkataan yang diterima segalanya berjalan lancar tidak ada masalah... sedangkan pihak jabatan telah terima aduan mengenai masalah syarikat tersebut... hinggalah ke saat akhir apabila kontrak masih belum diselesaikan baru mengaku sebenarnya wujudnya masalah atas kelewatan tersebut. akhirnya kepuutusan dibuat untuk menggugurkan dan membatalkan kontrak tersebut dan menyebabkan kerugian kepada syarikat.

Nak batalkan kontrak saya memang tak sampai hati. ia jalan terakhir... kesian dengan rezeki orang. rugi orang... tapi risiko tak boleh ditanggung...saya lembut hati sangat... kalau ikut bos saya dah lama dan dah banyak kes dia nak batalkan dah... kalau tak... tak adalah saya nak kelam kabut last minute macam sekarang. moral of the story... lain kali ikut cakap boss, jangan ikut cakap kontraktor...

kata boss saya... saya ni baik sangat. jadi pegawai perolehan mesti garang. tak bagi muka... baru kontrak berjalan lancar... jawab hati saya...saya kesianlah bila orang yang sebaya dengan abah saya datang merayu-merayu jangan batalkan kontrak... orang melayu kita bukannya kaya...
________________________________________________________________

berita baik untuk saya... kerana peruntukan akaun dibawah pengurusan saya tidak disuntik tahun ini (tiada bajet) disebabkan peralihan MBS (modified budgeting syatem) ke OBB (outcome based budgeting) maka kerja saya pun hampir hilang 60%. maka tercapailah cita-cita saya untuk menukar portfolio baru disamping mengekalkan pengurusan kewangan 40%. lagi 60% peratus makcik dah buat pentadbiran sekarang. kita layan kerenah orang pulak. dah penat layan prosedur arahan perbendaharaan, AP 58, AP59, denda lewat bayar...audit query, dan amaran-amaran surcaj kalau buat silap.....

maka bermula dari sini kuranglah saya diburu bos dek kerana post yang tidak dipandang oleh pegawai atasan tapi diburu rakan sejawatan dan bawahan bak pegawai kebajikan masyarakat adanya... (sambil memandang kalkulator yang menjadi bestfriend dulu). tak banyak juga bezanya... kerana dari dulu juga saya yang buat kerja-kerja pentadbiran akibat kekosongan pegawai pebtadbiran yang tidak terisi... cuma tak komited... kerana beban kerja sedia ada.

Wednesday, December 21, 2011

.......?..... he he...

post ini dah lama pending. rasanya saya dah tulis sejak 16 dis. tapi tak di post kan. tak tahu nak postkan atau tak. hari ini bila saya buka... saya baca balik... keh keh saya ketawakan diri sendiri dan decide untuk post kan....
 On 16th December.....
_______________________________________________________________
Boss saya ketawakan saya....

sebab tengok muka saya yang tersangatlah serius dan mod tension selepas saya hulurkan telofon tunjuk mesej salam ikhlas dari pegawai tertinggi kementerian. Kata Boss

"Kan bagus nih... jadi orang penting.... semua kenal... ha.. ha..."

emm ye lah... tak semena-mena muka saya dicari oleh semua. kadang kadang terasa macam orang bermasalah disiplin pulak. Whooaaa... cepatlah semua perolehan barang saya sampai.... saya dah nak bayar nih. hari yang saya tulis blog ni dah 16 disember. saya dah mod risau.... KSU dah pesan tak nak AP58. nanti tak pasal-pasal famous saya kat kementerian sebab buat AP58...

kalau tiap tahun macam nih tahun depan nak tukar potfoliolah... tak buat kewangan lagi (merajuk).....
nanti tension hujung tahun.... tapi kalau buat yang lain macam bosan pulak.... (terfikir-fikir nak buat sumber manusia pulak tapi bunyinya pun dah rasa bosan....)

dah dua bulan saya resah gelisah macam ni... menunggu habis tahun 2011. nasiblah saya jenis yang telinga tebal (selalu training dengan dengan mama bab menahan bebelan).... dengar je lah dengan muka sepuluh sen...." ye.. ye Tok. Ok." jawapan standard kita kan.... ha... itu lah... dapat jadi pensyarah... dapat jadi pegawai penyelidik, elok-elok jadi engineer... nak jugak jadi PTD. Rasakanlah sekarang ....

Doa saya...
semoga kontraktor-kontraktor saya tak buat hal hujung tahun ni. nanti saya yang susah nak menjawab. gaji naik pun tak dapat nak nak ubat lara saya ni.

dan semoga akaun saya dapat ditutup dengan cemerlang seperti tahun-tahun yang lalu, kalau tak terjatuhlah kewibawaan saya yang berprestasi cemerlang nih (puji diri sendiri...). 

Cemburu...
seronok melihat keletah anak-anak yang belum mengerti beban dan tanggung jawab
seronok melihat burung yang berkicau terbang tanpa peduli rintang angin yang datang...

saya harap saya pun macam burung jugak... dapat menongkah semua angin yang datang tanpa patah sayap....
aminn.
_______________________________________________________________

Alhamdulillah... sehingga hari ini, 21 Dec 2011 semuanya berjalan lancar.... risau saya pun dah turun.... cuma ada beberapa projek lagi sahaja yang pending... dan harap dapat diselesaikan sebelum 30th dec.
Boss kat HQ pun dah tak tanya banyak... mungkin sebab nampak progress yang mendadak dan telah nampak gaya-gaya untuk projek akan ditutup.

dan saya dah tahu perancangan untuk tahun hadapan....

Friday, December 09, 2011

9th December already...

So tired...
almost every night tidur lepas magrib...

cepatlah 31 december....
cepatlah tahun baru muncul.....

Wednesday, November 09, 2011

Morning Sickness



memang saya rasa setiap pagi dilanda penyakit morning sickness ni. Biasa orang yang berbadan dua sahaja yang morning sicknesskan.... ini adalah tiada kaitan dengan simptom tersebut. cuma memang sejak masuk bulan november ini gejala morning sickness melanda bagaikan gelombang di cawangan saya....

emmm... hujung tahun... kerja akan bertambah dua kali ganda. inilah faktor utama penyebab penyakit ini. belum pergi kerja dah terbayang kerja yang berlambak sedang menunggu.... bila dah banyak kerja banyaklah masalah... banyak jugaklah ragam. setiap kali bangun tidur..... uhhhh beratnya kaki nak melangkah ke tempat kerja.... 

telefon pun berdering dengan luar biasa sekali.... macam tak boleh duduk diam. 

meyuarat?
jangan cakap ... kekerapannya pun bertambah duakali ganda.... 
Bila mesyuarat bertambah, kerja bertambah.... masa bila pulak nak buat kerja ye.... (tanya sama hati)

inilah namanya simptom hujung tahun penjawat awam. Rasanya disemua tempat samalah agak nya. Jadi cadangan DAP untuk mengurangkan penjawat awam memang tidak disokong.....
kalau tidak... menajadi-jadi lagilah morning sickness dikalangan penjawat awam.....

Wednesday, November 02, 2011

Polemik Ashraf : Merdekakah Seksualiti Rakyat Malaysia



Topik yang sensitif. Namun menjadi isu hangat dek kerana keberanian 20 NGO menganjurkan Pesta Seksualiti Merdeka bermula 1 hngga 13 Nov , yakni sekarang. Bagi yang kurang arif mengenai objektif penganjuran ini ia adalah mengenai kebebasan jantina. Penganjuran ini dikecam dan di cemuh…. Oleh sebahagian besar media-media dan pemimpin-pemimpin yang mewakili organisasi Masing-masing.

Pesta ini mensasarkan golongan transual yang semakin berkembang berjelaran seperti kayap. Setelah diteliti setiap agama … tidak ada yang menghalalkan transual. Aplikasi Malaysia sebagai sebuah negara yang agama rasminya Islam lebih jelas dengan fatwa yang telah dikeluarkan… Haram! Jika diteliti semua program yang dibuat oleh penganjur ini… tidak ada satu pun program yang berbentuk ‘ pulang ke pangkal jalan’, malah lebih kepada menjadi pemangkin kekeliruan identity.

Wed 9 Nov, 8pm
SEKSUALITI MERDEKA 2011 LAUNCH

Wed 9 to Sun 13 Nov
THE FRIENDLY POSTER SHOW

Thu 10 Nov, 8pm
CONFESSIONS CABARET

Fri 11, Sat 12, Sun 13 Nov 2011, 8pm
RAINBOW MASSACRE – Love Out Loud!

Sat 12 Nov, 2pm
POLICING SEXUALITY: Sex, Society & the State

Sat 12 Nov, 4pm
THE TRANSSEXUAL VS THE MINISTRY OF POPULATION CONTROL

Sun 13 Nov, 12pm
DEFENCE AGAINST THE DARK HEARTS: Homophobia 101

Sun 13 Nov, 2pm
UNDER A RAINBOW ROOF: The Siti & Pepper Show

Sun 13 Nov, 4pm
FIERCE & FABULOUS: Shelah’s Finishing School for Drag Queens

SPECIAL PROGRAMME

Wed 2 Nov, 8pm
HUMAN RIGHTS for LGBTIQ: Making it real in Malaysia!

Thu 3 Nov, 8pm
NINE TO FIVE: Sexuality Rights In The Workplace 

Sat 5 Nov, 8pm
JUSTICE FOR SISTERS: Nyah Rights Now!


Penganjuran ini memang patut dikritik. Sejak kes mohd ashraf @ aleesha farhana, golongan ini dilihat semakin berani…. Keberanian ini memang patut dipuji… tapi matlamatnya yang patut dikeji.

Mak nyah adalah menginai krisis identity lelaki yang mempunyai naluri kewanitaan. Sebagai manusia dan saudara seagama…  golongan mak nyah tidak sepatutnya dipinggirkan. Mereka sebahagian dari warna-warna masyarakat. Masyarakat tidak sepatutnya menolak terus… sebaliknya mendampingi dan cuba untuk membimbing agar mereka tidak tersesat jauh.

Berdamping dengan golongan mak nyah memang menggembirakan. Pengalaman saya berkawan dan bersosial dengan golongan ini mengukir senyuman dan hilai tawa yang berpanjangan. Mereka golongan yang ceria dan cukup mudah memahami perasaan saya sebagai wanita. Mereka berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa ada diskriminasi budaya, bangsa, pangkat, darjat mahupun paras rupa.

Dikalangan mereka ada yang hanya sekadar ‘nok’. Lelaki lembut. Atau lebih tepat yang sopan santun. Insyaallah masih dekat dengan tuhan. Ada yang dilihat sudah ketengah. Mempunyai aksesori wanita, berpakaian wanita. Tak kurang juga ada rakan saya yang sudah jauh… menyuntik hormone bagi menampilkan susuk tubuh wanita. Saya?…. Saya biarkan sahaja. Cuma setiapkali selepas sejam azan berkumandang akan saya Tanya ‘dah sembahyang ke belum?’. Sebahagian besar akan jawab ‘ dah kak’. Ada yang sekadar mengangguk. Tak kurang juga yang hanya tersenyum. Saya sendiri kurang pasti apa maknanya.

“kurang ilmu agama”???

Tidak. Jawapan saya pastinya tidak… ada antara mereka yang berasal dari sekolah agama. Tahu hukum halal dan haram. Mampu berbicara lebih jauh dari saya.

“ikut rasa… BINASA, ikut Hati …. MATI’

Pepatah ini patut di ia-kan. Maknyah bermula dari seorang lelaki baik, mudah didekai dan mesra dalam pergaulan. Ia bukan satu fenomena abad baru. Ia telah wujud sejak berkurun lamanya. Ciptaan tuhan itu membezakan perilaku setiap hamba yang diciptanya. Namun lelaki tetap lelaki. Biarpun ia lembut dan sopan santun, dia tetap perlu dilayan dan dihormati seperti lelaki. Namun sudah jadi penyakit masyarakat apabila melihat remaja atau seawal kanak-kanak lagi yang mempunyai perilaku sebegini ia menjadi bahan tawa dan hiburan.

‘kau ni macam perempuanlah… kau tak malu ke???’ sinis dan disambut dengan hilaian tawa.

Apa yang akan jadi kepada remaja / kanak-kanak ini bergantung kepada keutuhan institusi masyarakat. Perlu diketahui tidak semua remaja sopan santun ini, berakhir dengan dengan Mak Nyah. Ada yang terus sopan santun sehinga ke anak cucu, namun Berjaya mengekalkan identity fitrahnya. Naluri kewanitaannya disalurkan dalam masakan, rekaan busana, hiasan dan aksesori kreatif,  tak kurang juga yang menjadi kaunselor untuk menolong sesama manusia dan memahami jiwa lain (wanitakan mudah mendampingi orang lain secara psikologi). Dengan cara ini kehidupan mereka sedikit pelik dari norma masyarakat (disebabkan kelembutan itu), namun masih teguh di jalan agama.

Hanya mereka yang tidak mempunyai kekuatan (ikut hati) untuk terus berada disisi tuhan, akan berakhir dengan kehidupan yang disish masyarakat. Kerana itu… masayarakat perlu tahu… bahawa golongan ini sepatutnya mendapat sokongan dari masyarakat atau ertikata yang lain masyarakat perlu memberi sokongan untuk mereka terus berada dalam norma masyarakat Malaysia dan kehidupan yang beragama. Mengeji memang mudah namun membantu kepangkal jalan susah.

Bagi golongan Krisis Indentiti..… naluri yang ada bukan sesuatu yang negative. Ia perlu diasalurkan kearah yang betul. Ikut rasa kan binasa. Kecelaruan identity hanya bagi mereka yang tidak pasrah dan tidak redha dengan identity yang diberi. Walau bagaimana kuatpun naluri gender yang bertentangan wujud dalam jiwa… seorang manusia lelaki tetap boleh menjadi lelaki, wanita tetap boleh menjadi wanita. Agak menghairankan bila ada yang membuat pengakuan umum bahawa dia 'yakin telah membuat pilihan yang betul'. betul itu mungkin hanya sementara... kerana kebanyakkan mak nyah yang sudah senja... yang ajalnya sudah hampir tiba... ke jalan tuhan juga dia kembali kerana itu adalah 'betul' yang abadi. 

Lelaki semamangnya di label lasak,
wanita sudah sinonim dengan lembut dan cantik.
Namun tidak ada masalahnya dengan lelaki yang kekal lelaki tatapi lembut,
wanita yang kekal wanita tetapi lasak….

SAYA??
Sanjung tinggi kepada rakan-rakan ‘nok’ yang tidak lari ‘takdirnya dan hak agamanya’ dan begitu kuat menghadapi sinis masyarakat sekitarnya.


penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...